Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me











Ziana Zain Jadi Nenek Kebayan Dalam Filem Magica



Baru-baru ini, ada cerita pasal Ziana Zain telah dilamar oleh KRU Studios (KRU) untuk berlakon dalam filem Magica yang akan menjalani pengambaran pada Januari 2009. Selain penyanyi bersuara lantang ini, pelakon Diana Danielle, Mawi dan M. Nasir juga antara yang menerima untuk berlakon dalam Magica.

Ziana Zain katanya dah bersertuju dan terima lamaran KRU untuk berlakon dan akan memegang watak sebagai nenek kebayan. Bukan satu watak yang senang. Sah-sah Ziana Zain akan disolek rapi dengan solekan yang kreatif dan canggih giler. Antara sebab Ziana nak kembali berlakon, selain watak nenek kebayan tu sangat unik dan tak pernah dibuat pelakon muda, Ziana teruja sebab filem ini dikhaskan untuk kanak-kanak. Sebelum ini Erra Fazira pernah berlakon jadi nenek tua dalam Hingga Hujung Nyawa. Tapi rasanya watak nenek kebayan lakonan Ziana Zain lebih unik karakternya.

“Filem ini adalah hikayat atau dongeng kanak-kanak dahulu kala di mana dalam satu filem itu nanti terdapat cerita rakyat lain yang akan dipersembahkan oleh pelakon popular tempatan. Satu langkah yang baik kerana pada masa yang sama juga untuk memberi kefahaman kepada kanak-kanak akan kesan yang akan terjadi jika enggan mengikut kata ibu bapa mereka.

“Maklumlah sajalah, kanak-kanak sekarang sudah tidak lagi seperti zaman kanak-kanak dulu yang percaya dengan hikayat rakyat atau dongeng yang diceritakan ibu dan bapa kita. Pada masa yang sama juga memberi kesedaran mereka akan kewujudan cerita rakyat yang bertahan sehingga sekarang.”

Pada 5 Disember ini lagu nyanyian Ziana Zain akan berentap di peringkat separuh akhir Muzik-Muzik. Ziana janji akan buat yang terbaik dan mahu bersikap positif. Ziana sangat suka dengan lirik lagu Dingin dan pertama kali nyanyi terus jatuh cinta. Kalau ada rezeki, adalah… kalau takde pun, tak pe, ini semua nasib dan rezeki.

Tags:

Tags:

Comments

comments

Powered by Facebook Comments



Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Gambar Terbaru Ziana Zain di Majlis Ulangtahun Murai
  • Rancangan Raya Ziana Zain
  • Gambar Ziana Zain di Anugerah Industri Muzik 18
  • Gambar Ziana Zain Bertudung Bersama Jejaka Mana Ni?
  • Apa Dah Jadi Dengan Tangan Ziana Zain?
  • Ziana Zain Selamat Melahirkan Anak Kembar Lelaki dan Perempuan
  • Gambar Bayi Ziana Zain Diperkenalkan Pada Januari 2010
  • Lagu Pawana & Album Terbaru Ziana Zain Kini di Pasaran
  • Sneak Preview Rakaman Konsert Fenomena Anuar Zain & Ziana Zain
  • Gambar Suprise Hari Jadi Ziana Zain @ Hotel Le Meridien Kuala Lumpur



  • 10 Komen untuk entri “Ziana Zain Jadi Nenek Kebayan Dalam Filem Magica”

    1. SENSASI kata:

      Keless…Ziana zain, walau namanya dah dingin di persada nyanyian, dia pandai beralih pada lakonan pulak. Ya la, kalau X…nanti nama semakin hilang dipersada seni

    2. Honeybee kata:

      Nenek kbyan meletopppp!!!

    3. june kata:

      wewiit…jadi nenek..nenek vogue gitu…

    4. justriezal kata:

      bagi aku… kak ziana x penah dingin dalam bidang nyanyian…sbb dia dh jadi the living legend…she such a talented star…bley menyanyi dan berlakon…dua2 dia succes…and dia x bley nk dicompared2kan dgn the other star…sbb she’s the only one…no other ziana zain….i wish her all the best….keep on singing and acting kak ziana…u such a precious star in our music and acting industry… you are the truly diva….

    5. farrafarisy kata:

      she`s the best n the only one…n dia bukan artis yg ske mnyepi tbe2. n klu korg perasan,she`s not famous becoz of cntroversy but becoz she`s a talented singer and actress. cud b A DIVA!!

    6. NONA kata:

      BETUL KATA JUSTRIEZAL..SI SENSASI NI MUNGKIN MEMBESAR TAHUN 20 AN..AWAL 90AN ZIANA ADALAH PENYANYI DAN PELAKON TERKENAL..SO APA LAK KATA DIA BERALIH DLM BIDANG LAKONAN..AKU TERINGAT LG PERISTIWA KAUNTER TIKET PECAH..GARA2 NK TGK SEMBILU PUNYA PASAL..MASUK TAHUN 98..SITI CANTAS..TK KIRA LA KALO ORG LAIN SORE DIA ORG POWER CAMANA PUN..SITI JUGAK YG ASYIK2 MENANG…

    7. Pemerhati kata:

      ziana sememangnya penyanyi and pelakon yang hebat….sebelum berundur seketika dalam bidang lakonan dialah yang pegang title and anugerah pelakon pada masa tu…..habis angurah dia sapu….lepas berehat dari lakonan baru lah erra fazira ada peluang menang pelakon popular….pada saya ziana zain is the best singer…..diva….Ziana love u 4ever

    8. deeba kata:

      siapa kata ziana zain dah dingin …..

    9. Helen kata:

      Kelas betul kak ziana tu.^_^.

    10. Cute mix kata:

      Cute betul kak ziana tu di filem magika.¤_¤betul cute.

    =========================
    SEGALA KOMEN YANG DITULIS ATAS TANGGUNGJAWAB DAN RISIKO ANDA SENDIRI. PIHAK BUDIEY.COM TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KOMEN YANG DITULIS OLEH PEMBACA. HARAP MAKLUM

    Sila tinggalkan komen anda di sini:































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK