in , ,

Ziana Zain, Jaclyn Victor & Suki Meriahkan 1Malaysia Aidilfitri

Raikanlah 1Malaysia Aidilfitri dengan DIVA-DIVA

Raikanlah Raya ini dengan Muhibbah selaris dengan tema 1Malaysia Aidilfitri yang dianjurkan oleh Sungei Wang Plaza berikutan perayaan Hari Raya Aidilfitri dari 10 Ogos hingga 4 September 2011. Banyak aktiviti menarik menanti anda dan seisi keluarga pada musim ini. Tiga Diva terkenal Malaysia, Ziana Zain, Jaclyn Victor dan Suki Low akan membuat persembahan semasa majlis pelancaran 1Malaysia Aidilfitri dan Majlis Berbuka Puasa pada 10 Ogos 2011, 5.30 petang di ruang legar Sungei Wang Plaza. Turut serta pada hari itu juga adalah penyanyi tempatan terkenal IQA (Mentor 4) dan kumpulan lelaki VIP.

Popular dengan lagu-lagunya seperti Anggapanmu, Setia Ku Di Sini dan Puncak Kasih, Ziana Zain telah menjadi minat orang ramai di arena hiburan. Ziana telah mencipta sejarah dalam hidupnya apabila memenangi gelaran “Voice of Asia” di Kazakhstan pada tahun 1995. Kejayaan besar ini telah menjadikan Ziana salah satu DIVA POP yang terhebat di SelatanTimur Asia. Dia juga pernah berlakon dalam beberapa tayangan tempatan seperti Sembilu dan Maria Marianna.

Ziana Zain

Ziana Zain yang sentiasa meletop. Cantik gambar ni.

Jaclyn Victor atau lebih dikenali dengan nama singkatnya, “Jac” merupakan penyanyi dan pelakon tempatan yang telah memenangi gelaran Ikon Malaysia. Jac pernah memenangi anugerah penyanyi terbaik di Anugerah Juara Lagu dan juga berlakon dalam filem Yasmin Ahmad, “Talentime”. Album terkininya, 3 Suara merupakan gabungan Ning Baizura dan Shilla.

Akhir sekali, Suki Low yang namanya terserlah apabila memenangi Juara Pertandingan Menyanyi One in A Million yang merupakan pertandingan realiti pertama yang menawarkan sejuta ringgit kepada juara. Anak Seremban ini pernah menjadi jurucakap PEPSI pada tahun 2007. Album terkininya yang berjudul, “Finally / Akhirnya” diterbitkan pada tahun 2008.

Tetamu istimewa pada hari itu adalah RUMAH KEWAJA yang merupakan rumah perlindungan dan terapi untuk wanita khas yang telah dianiayai dan didera. 25 wanita bersama penjaga rumah mereka akan meraikan upacara berbuka puasa bersama- sama artis. Mereka juga akan diberikan duit Raya berserta cenderamata dan peluang untuk bersembang dengan artis pada majlis pelancaran tersebut.

Mengikut KK Lim, Pengurus Kanan Bahagian Promosi dan Perhubungan Awam Sungei Wang Plaza, konsept 1Malaysia Aidilfitri ini adalah untuk merapatkan lagi hubungan silaturahim sesama kaum dengan meraikan Hari Raya Aidilfitri ini bersama walaupun perayaan ini adalah untuk umat Islam. Dia bertambah lagi; “ Untuk majlis pelancaran dan berbuka puasa ini, kami telah menjemput pihak KEWAJA untuk meraikan bersama kami supaya mereka tidak rasa ketinggalan atau sedih walaupun telah melalui kehidupan yang susah.”

Lagu-lagu popular seperti “Suasana Hari Raya”, “Hari yang Mulia ini”, “Indahnya di Hari Raya” dan “Selamat Hari Raya” antara lagu-lagu yang akan dipersembahkan oleh tiga DIVA, IQA (Mentor 4) dan kumpulan lelaki VIP.

Antara aktiviti menarik yang disediakan pada musim Raya ini termasuklah;
• Pertunjukan 1Malaysia Dance Showcase dari 12 – 14 Ogos, 19 – 21 Ogos, 26 – 28 Ogos dan 2 – 4 September pada 8.30 malam.
• Pertunjukan Fesyen 1Malaysia oleh Carven Ong dan Carven Ong Academy of Fashion pada 18 Ogos, 8.30 malam.
• Pertandingan Beragam “Little Prince & Princess 1Malaysia Children Costume Contest pada 14 Ogos, 2 petang.
• Bazar Aidilfitri yang akan berlangsung dari 12- 29 Ogos.

Sambutan Hari Raya ini ditaja oleh Watson’s.

Sungei Wang Plaza mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua!

Suki 2

Suki

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Syahadah Musim 7 Selusuri Perkembangan Islam di Malaysia

Selebriti Kongsi Pengalaman Guna Fair & Lovely Forever Glow