Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me









Ziana Zain Dalam Drama Telemovie Khas Aidiladha Tetamu Allah



ZIANA ZAIN BINTANGI TELEMOVIE KHAS AIDILADHA : TETAMU ALLAH PADA 08 DISEMBER 2008 DI RTM2

Istimewa sempena sambutan Aidiladha ini, Radio Televisyen Malaysia (RTM) menyiarkan drama menarik Tetamu Allah terbitan Rumah Karya Citra Sdn Bhd yang mengetengahkan peranan penyanyi terkenal Ziana Zain yang berperanan sebagai seorang wanita yang berkahwin dengan bangsa asing dan mengamalkan cara hidup yang jauh menyimpang daripada ajaran Islam.

Gambar Ziana Zain Bertudung:

Tetamu Allah disiarkan khas sempena Aidiladha pada 08 Disember 2008 (Isnin), jam 10.05 pagi menerusi RTM2 turut dibintangi pelakon Mohd Baitich, Fahrin Ahmad, Vanida Imran dan Khatijah Tan yang pastinya mengundang keinsafan kepada penonton dengan garapan plot cerita yang mantap.

Tetamu Allah mengajak penonton menghayati kisah Juliana, 39, bekas seorang pramugari. Ketika muda Juliana agak sosial dan hanya mahu berkawan dengan lelaki Inggeris sahaja. Buat Juliana lelaki melayu bukanlah kelas dia.

Sehinggalah pada usia 25 tahun, Juliana mengakhiri zaman bujangnya bersama lelaki pilihannya iaitu Micheal dari Switzerland. Perkahwinan mereka sama sekali tidak menunjukan apa-apa perubahan kepada Micheal mahupun Juliana yang sesungguhnya tidak langsung mampu membimbing Micheal menjadi seorang muslim yang baik.

Rumah mereka selalu mengadakan parti dengan minuman keras dan pergaulan bebas. Micheal tidak pernah diajar selok belok tentang Islam terutamanya bab solat dan fardhu ain. Juliana juga mengambil pil perancang setelah 2 kali mengandung dan digugurkan kerana belum bersedia untuk mendapat anak kerana kononnya mahu menghabiskan masa mudanya dengan bersuka-ria.

Akhirnya apabila kali ketiga dia mengandung, Juliana berusaha menggugurkannya dengan memakan ubat dan adakalanya minum minuman keras tetapi anak itu tidak berjaya digugurkan. Doktor juga menasihatinya supaya tidak melalui proses pengguguran itu kerana ianya boleh membawa maut memandangkan usia kandungan sudah masuk 5 bulan dan keadaan Juliana yang tidak berapa sihat. Akhirnya, Juliana selamat melahirkan anak yang dikandungnya tetapi anak itu cacat. Kelahiran anak itu memberi satu tamparan yang amat luarbiasa kepada Juliana.

Pada ketika itu Jualiana terbuka hati untuk mengerjakan umrah. Juliana bersama rombongan jemaah yang mengerjakan umrah sempena bulan puasa baru sahaja sampai ke Madinah. Sebaik sahaja kumpulan jemaah ini turun dari bas, Juliana jatuh pengsan. Riuh rendah suasana di situ yang panik dengan kejadian yang tiba-tiba menimpa Juliana itu. Ketua rombongan Encik Alwi menyarankan supaya Juliana dibawa ke hospital dengan segera. Doktor masih tidak dapat mengesan penyakit Juliana yang kini sudah hampir 2 hari koma. Alwi setia menunggu dan menziarah Juliana. Tiba-tiba setelah 4 hari koma, Juliana terjaga dan dia berada di dalam ketakutan yang amat sangat. Juliana menceritakan bagaimana dia berada di alam lain ketika koma itu.

Sebaik benar-benar pulih dari fobianya, Juliana banyak menghabiskan masanya di hadapan kaabah dan juga di dalam masjid memohon keampunan dari tuhan atas segala dosa-dosanya sebelum ini. Juliana begitu bersyukur kerana ALLAH telah memberinya peluang untuk hidup setelah dikomakan dan diberi merasai keazaban neraka.

Selesai mengerjakan umrah, Juliana nekad pulang dengan satu keazaman untuk membina hidup baru. Malangnya sekembali dia ke rumahnya, dia mendapati Kristina anaknya yang cacat itu telah dihantar oleh Micheal ke Rumah Kanak-Kanak Istimewa. Ini adalah kerana Micheal merasa malu dan tertekan sejak kehadiran Kristina di dalam rumah itu.

Micheal juga tidak dapat menerima perubahan pada diri Juliana yang agak mendadak sejak kebelakangan ini. Penampilan diri Juliana sudah cukup memualkan Micheal. Sejak Juliana mengambil keputusan untuk membina hidup baru, awal-awal lagi Micheal sudah membantah namun Juliana bertekad juga sehingga dia mengambil keputusan untuk mendapatkan hidayah dengan mengerjakan umrah.

Kepulangan Juliana dari Mekkah lebih mendukacitakan Micheal lebih-lebih lagi melihat Juliana sudah bertudung. Micheal masih mahukan kehidupan seperti dulu. Juliana dituduh wanita kolot dan dia tidak lagi mahu membawa Juliana keluar bersamanya terutamanya ke parti-parti sosial.

Alwi menasihatkan supaya Juliana harus bersabar dan terus berusaha andai mahu menyelamatkan rumahtangganya kembali ke jalan ALLAH. Alwi juga menyarankan supaya Juliana mesti bertanggungjawab keatas anaknya Kristina. Anak itu mesti berada dibawah jagaan Juliana dan buat sementara menunggu Micheal berubah, Alwi mencadangkan supaya Kristina diambil semula dan diletakkan sementara di bawah jagaannya. Juliana semakin akrab dengan Alwi dan isteri Alwi, Mai.

Dari Alwi dan Mai jugalah Juliana mendalami ilmu agamanya. Juliana cuba merapatkan Alwi dengan Micheal dengan harapan Alwi dapat merubah Micheal. Berjayakah usaha mereka untuk membimbing Micheal menuju ke jalan kebenaran? Mampukah mereka kembali membina keluarga bahagia menuju jalan Allah seperti yang diharapkan?

Untuk mengetahui kesudahan drama sarat pengajaran ini, jangan ketinggalan menyaksikan Tetamu Allah disiarkan khas sempena Aidiladha pada 08 Disember 2008 (Isnin), jam 10.05 pagi menerusi RTM2.

Tags: ,

Tags: ,

Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Gambar Ziana Zain di Anugerah Industri Muzik 18
  • Program Khas Aidiladha di RTM
  • Gambar Ziana Zain Bertudung Bersama Jejaka Mana Ni?
  • Ziana Zain Selamat Melahirkan Anak Kembar Lelaki dan Perempuan
  • Apa Dah Jadi Dengan Tangan Ziana Zain?
  • Rancangan Raya Ziana Zain
  • Gambar Bayi Ziana Zain Diperkenalkan Pada Januari 2010
  • Sneak Preview Rakaman Konsert Fenomena Anuar Zain & Ziana Zain
  • Lagu Pawana & Album Terbaru Ziana Zain Kini di Pasaran
  • Ziana Zain Gayakan Gaun Hitam Syaiful Baharim



    • http://www.myyoungmillionaire.com Honeybee

      Arnd 10am raya haji ni tgh aktiviti ziarah ni ..

    • Nidani

      Diharapkan ianya dapat memberi pengajaran kepada muda mudi sekarang yang terlalu leka mengejar duniawi.

    • botolsusu

      cerite ni brdasarkan kisah benar.. pernah terbace dlu tp dh lupe kat mane.. mmg mginsafkan..

    • ummie cute

      Baca sinopsis je dah rase semcm tu belom tonton lg…bebudak la ni bkn ade rasa takut..buat le drama ttg islam ke,dosa pahala ke,azab neraka sekali pun dorang tak heran sb d tv pun la ni bercambah crita2 fantasi gila..cerita sex…video klip artis hollywood yg seksi..lucah..dn yg sewktu dgnnye…so dr dorang nonton cite ttg pengajaran ni lebih baik dorang tgk citer yg haram tu…..jgn kan remaja..bebudak sekolah tadika pun dah pndai bab2 ber**en ni…yg paling sedih tu..mak bapak pun seronok tngok ank2 menari lucah tmbah2 klu masuk tv lg mak bapak bangga…sedih..sedih..

    • http://www.myyoungmillionaire.com Honeybee

      Tul tu UC.. mcm2 rancgn hburan yg mlibatkn kanak2 lani .. makin brtambah. Progrm keagamaan yg mlibtkn bdk2 .. TV9 6:30pm tu je lh ..

      *Sweet lh Kak Ziana msa semi final Juara Lagu tdi… Smoga KZZ dpt bby grl dlm 2009, insyaAllah. UC .. cmna? ;)

    • http://www.uttsb.uum.edu.my Jom Cuti-Cuti Malaysia

      bagus lah ada cite2 macam ni.sekurang2 nya boleh jugak menginsafkan diri kita semua yg. tak terlepas dari dosa2 kecil..

      cuti raya haji ni tak balik kg. boleh la tengok cite kan..

      dah berlakon bertudung tu.. bila lagi KZ nak bertudung yg. betol2..hehe..tapi apa2 pun biarlah niat ikhlas.

    • shegheeda

      waduh..cite ni sungguh sedih..
      walaupun kita duduk dunia kita mesti igt allah s.w.t.
      dia yg mencipta kita..

    • http://www.myyoungmillionaire.com Honeybee

      Dh byk bala yg Allah swt turunkn lani .. samada kita sedar @ tidak je.. Takziah kpd ahli kluarga n waris mgsa tanah runtuh d Bkt Antarabgsa pgi tdi…

    • justriezal

      ermmm…mcm2 hal brlaku tnpa kita sedar…harap drama nie akn mmbawa pengajaran pada kita smua…and i widh that ..one day…kak ziana akan brtudung penuh …mcm dlm drama nie…smoga allah merahmati kak ziana sekelurga juga kita smuaa…amin….selamat mnyambut hari raya korban…

    • nadyana

      camne nk tgk balik cite nh?xsempat tgk la…uuuwaaa!nk tgk zz!!

    • kyle

      assalamualaikum…
      buat kak GeE,tahniah kerana DINGIN masukke final AJL 2008….saya happY apabila diumumkan DINGIN masuk,kerana lagu nie mmg best dr segi melodi dan lirik……..kpd pmnat kak gEE,kt sm2 doakan smg kakgEedpt buat yg tbaik nnt….GOOG LUCK K.GEE…lv u so much….



































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK