in

Ziana Zain Bakal Lancar Kempen Harapan Diberi Kehidupan Sihat Dirai

Ziana Zain Lancar Kempen ‘Harapan Diberi, Kehidupan Sihat Dirai’ bersama Antabax & Tesco Untuk Menyumbang Dana bagi Tabung Kebajikan Perubatan Malaysia, Hospital Sungai Buloh

Antabax, jenama terkenal dalam barangan penjagaan diri anti-bakteria dan Tesco Stores (Malaysia) Sdn Bhd akan memperkenalkan kempen ‘Harapan Diberi, Kehidupan Sihat Dirai’ yang akan didermakan kepada Tabung Kebajikan Perubatan Malaysia, Hospital Sungai Buloh. Tujuan utama adalah untuk Memberikan Harapan kepada yang kurang bernasib baik dalam mendapatkan Kehidupan yang Sihat.

Antabax Ziana Zain

Bermula 20 Julai sehingga 20 September, 2012, 10% daripada jualan produk Antabax yang dijual di semua cawangan Tesco seluruh Negara akan disumbangkan Tabung Kebajikan Perubatan Malaysia untuk disalurkan kepada keluarga-keluarga yang memerlukan rawatan perubatan untuk anak-anak mereka yang berada di Hospital Sungai Buloh.

Kempen ini adalah sebahagian daripada kerjasama kempen khidmat masyarakat berterusan antara Antabax dan Tesco dalam usaha membantu masyarakat dengan lebih bermakna dan berkesan.

Acara ini turut memuatkan lawatan ke wad pesakit kanak-kanak Hospital Sungai Bulah bagi menghiburkan hati mereka dengan pemberian hadiah berupa buku-buku aktiviti kanak-kanak, peralatan seni, snek makanan ringan dan barangan penjagaan diri. Duta jenama Antabax, penyanyi, pelakon dan ibu kepada 4 orang anak, Ziana Zain akan turut serta dalam lawatan ke wad tersebut.

» Objektif dan butiran terperinci berkenaan kempen ‘Harapan Diberi, Kehidupan Sihat Dirai’

» Bagaimana pihak Antabax dan Tesco berkerjasama sebagai rakan kongsi dalam kempen mengumpul dana ini.

» Butiran terperinci berkenaan Tabung Kebajikan Perubatan Malaysia, Hospital Sungai Buloh

» Bagaimana dana akan digunakan, siapa yang layak untuk memohon , bagaimana untuk memohon dana

» Jangkaan kepada jumlah dana yang diharap dapat dikumpulkan

» Bagaimana Antabax dan Tesco mendapatkan sokongan untuk mengumpul dana

Majlis Pelancaran Kempen Harapan Diberi Kehidupan Sihat Dirai ini akan diadakan pada 13 Julai ini di Hospital Sungai Buloh.

Budiey harapkan majlis ini memberi manfaat kepada kita semua & semoga majlis pelancaran nanti berjalan lancar.

Ziana Zain

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sasha Elite Sah Cerai Talak Satu

Sambutan Muzikal Aidilfitri Sungei Wang Plaza