Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me











Zero To Hero Papar Aksi Pemanduan Lumba Kereta Rally



BERSEDIAKAH anda untuk mendengar deruman kereta dan mengikuti aksi-aksi pemanduan lumba kereta Rally di kaca TV anda? 

Pencarian bagi mencari juara baru Kejohanan Rally Malaysia kini bermula dan sedia untuk berderum di Astro RIA (saluran 104) pada setiap hari Selasa, jam 10.00 malam bermula 10 March 2009 ini!   

Menurut Pengurus Saluran Astro Ria (saluran 104), Khairul Mizan Shagul: “Di Astro, kami sering akur dengan kehendak para pelanggan yang dahagakan program-program yang terbaik dan lain dari yang lain menerusi salurannya yang pelbagai.

Khairul Mizan

“Sebagai contoh, Astro RIA ternyata berjaya menarik perhatian para penonton melalui program-program realiti berbentuk hiburan seperti Akademi Fantasia dan Sehati Berdansa. Program-program ini terbukti berjaya meletakkan kedudukannya yang tersendiri di kalangan para peminat dunia seni hiburan tanahair. Terbaru, Astro RIA terpanggil untuk menayangkan program realiti TV kereta lumba Rally kerana percaya sukan jenis ini semakin mendapat perhatian umum terutamanya di kalangan para belia.

“Kami tidak mahu ketinggalan dalam menyuntik semangat kesukanan itu di kalangan para pencinta sukan lumba kereta Rally dan para penonton setia kami. Istimewanya program ini ialah apabila kita dapat melihat perkembangan para peserta yang pada asalnya tidak memiliki apa-apa kemahiran asas kecuali memandu kereta sehingga bersedia untuk menyertai sesebuah kejohanan. Pelbagai aksi menarik para peserta dapat dilihat dalam usaha untuk memenangi pertandingan ini.”

Zero 2 Hero akan mengikuti perkembangan para peserta meningkatkan kemahiran memandu dan mencari arah serta pengetahuan teknikal ke satu tahap yang lebih meyakinkan sehingga mereka bersedia untuk bertanding di Kejohanan Rally Malaysia 2009.   

Lima belas pasukan yang terdiri daripada seorang pemandu dan seorang pembantu pemandu yang datang dari pelbagai latar belakang telah dipilih bagi mengikuti bengkel teori serta latihan praktikal yang telah ditetapkan.     

Pertandingan ini terbuka kepada rakyat Malaysia yang berumur di antara 18 hingga 30 tahun dan perlu lesen memandu yang sah.

Mereka yang pernah memiliki lesen berlumba tidak dibenarkan masuk. Program realiti TV kereta lumba Rally; Zero 2 Hero sebanyak 5 episod ini tidak mengamalkan sistem penyingkiran pada setiap minggu tetapi sebaliknya setiap pasukan dikehendaki untuk mengumpul markah tertinggi.

Pasukan yang mengumpul markah tertinggi di pusingan keenam Kejohanan Rally Malaysia 2008 akan memperoleh kemenangan dan keputusannya bakal diumumkan di episod terakhir nanti. Hadiah utama yang menanti juara ialah sebuah kereta Rally jenama Proton yang telah diubahsuai untuk bertanding dalm Kejohanan Rally Malaysia 2009.

Barisan juri yang akan mengadili program ini terdiri daripada Pengarah Urusan Wheel Sport Management (WSM), Raja Nor Mazli Raja Tun Mohar serta Pengarah dan Pengasas Wheel Sport Management (WSM), Tengku Shaharin Abu Bakar Almarhum Tengku Suleiman.    

Ahmad Razman Mustafa, jurulatih kanan bersama Automobile Association of Malaysia (AAM) pula akan bertindak selaku ketua jurulatih di sepanjang program. Pada setiap episod, pemandu-pemandu dan bekas pemandu yang pernah bertanding dalam Kejohanan Rally Malaysia akan memberi nasihat dan berkongsi pengalaman kepada para peserta secara bergilir-gilir.

Pastikan temujanji anda menonton program realiti TV kereta lumba Rally; Zero 2 Hero pada setiap hari Jumaat, jam 10.00 malam bermula 10 March 2009. Eksklusif di Astro RIA (saluran 104).

Tags:

Tags:

Comments

comments

Powered by Facebook Comments



Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Zero To Hero Musim Ke-2 Kembali Lagi
  • Zero To Hero
  • Sinopsis Filem Impak Maksima
  • AG Hot FM & Dira di Program Jom Ronda di TV3
  • Trivia: Kereta Selebriti Ke?
  • Trailer Filem Jalan Kembali Bohsia 2
  • ENTER THE CARTOON NETWORK HERO UP CHALLENGE!
  • Maya Karin, Atilia, Adi Putra, Radi OAG Dalam Jom Ronda
  • Luna Maya Nafi Buang Tatoo
  • Keputusan Pemenang Hot FM Makan Angin



  • 11 Komen untuk entri “Zero To Hero Papar Aksi Pemanduan Lumba Kereta Rally”

    1. khairul kata:

      A’kum dan salam sejahtera bila lg program ni dibuka saya minat dlm suka permotoran terutama rally

    2. zaidi kata:

      saya nak menyertai program zero to hero….macamana ya?
      saya minat dalam perlumbaan kereta lasak tetapi tak pernah masuk mana2 perlumbaan pun….kereta pun untuk guna sekeluarga.
      contak saya klu ada peluang; 0123802956 zaidi.

    3. mohd zaki kata:

      saya berminat jugak dalam aktiviti lasak.dengan adanya program zero to hero bolehlah saya menyertainya,bila lagi program ini di buka saya berminat dlm sukan permotoran terutama rally..klu ada peluang saya ingin berlumba..018 4662796

    4. mohd hadfiz kata:

      saya juga berminat dalam sukan rally.dengan adanya program zero to hero bolehlah saya menyertainya,bila lagi program ini di buka saya berminat dlm sukan permotoran terutama rally..klu ada peluang saya ingin berlumba..014-8211560

    5. Anuar Zahari kata:

      saya nak menyertai program zero to hero….macamana ya?
      saya minat dalam perlumbaan kereta lasak tetapi tak pernah masuk mana2 perlumbaan pun….kereta pn hanya untuk kegunaan famili.
      kalau ada peluang untuk join juga;019 3703289

    6. mz.white kata:

      assalamualaikum…ni tk sbr2 nk join ni..borg ade dh..ternggnu tgu…..
      kmi nk bktikn ank tggnu best…

    7. poksue kata:

      keyakinan dah ada. kemampuan pn dh dirasa. dulu keje kt litar f1 ada gak test drive just for fun. terpanggil plk nk serta lah. cuma keta auto utk keluarga je yg ada. kalu bole cntc je 0192150088 :) tq.

    8. sabree kata:

      bagus para pelumba2,krew2 pelumba,,,,tingkatkan lagi usaha

    9. sabree kata:

      nak minta borang kemasukan?dapat tak?

    10. syuk kata:

      salam..saya berminat dgn sukan yg melibat kan kereta..boleh tlg beri informasi tentang cara cara untuk menyertai sukan rally ni?

    11. niesya kata:

      hye,saya niesya..emm…saya tahu saya girlz tapi tak bermaksud lemah kan…saya ingin menyertai rally zero 2 hero tapi saya tak tahu macam mana cara nye nak sertai and daftar kat program tersebut..saya berminat sangat…please…sesiapa yang tahu tolong beritahu saya..cntct 0126785727(boy/niesya)

    =========================
    SEGALA KOMEN YANG DITULIS ATAS TANGGUNGJAWAB DAN RISIKO ANDA SENDIRI. PIHAK BUDIEY.COM TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KOMEN YANG DITULIS OLEH PEMBACA. HARAP MAKLUM

    Sila tinggalkan komen anda di sini:































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK