in

Zee Avi Homecoming Tour 2011

Zee Avi Homecoming Tour 2011

Zee Avi adalah artis Malaysia yang paling berjaya di persada seni antarabangsa kini kembail ke tanah air untuk membuat persembahan eksklusif selama tiga malam di Kuala Lumpur, Pulau Pinang & negeri kelahiran Zee Avi iaitu Kuching Sarawak. Di samping itu mempromosikan album ke-dua Zee Avi bertajuk GHOSTBIRD.

Kisah karier seni Zee Avi memang menarik untuk diperkatakan dan sememangnya tuah merupakan salah satu aspek dalam penentu kejayaan seseorang artis itu. Tidak disangka, pada September 2007, hanya dengan sebuah rakaman untuk seorang sahabat yang kebetulan tidak dapat menyaksikan persembahannya telah mengubah hidup Zee Avi yang kini berumur 25 tahun. Memang tuah berpihak kepada anak kelahiran Miri, Sarawak ini apabila dia menerima respons positif daripada pengunjung laman web popular itu.

Zee Avi

Rentetan daripada kejayaan itu telah mendorong Zee Avi untuk terus memuat naik video nyanyiannya dan daripada situ, bakatnya mula dikesan oleh pemain drum kumpulan The Raconteurs, Patrick Keeler bersama-sama pengurusnya, Ian Montone.Melihat bakat istimewa yang ada dalam diri Zee Avi, Montone kemudiannya mempromosikan video muzik Zee Avi kepada Emmett Malloy yang terus mengambilnya untuk menjadi artis rakaman di bawah syarikat Brushfire Records.Brushfire Records merupakan syarikat rakaman milik seorang penyanyi dan komposer terkenal Amerika Syarikat Jack Johnson.

Sebelum merakamkan album perdananya, Zee Avi terlebih dahulu mencuri perhatian ramai menerusi sebuah lagu No Christmas For Me yang dimuatkan dalam album This Warm December: A Brushfire Holiday.Tarikh 19 Mei 2009 akan terus menjadi sejarah tersendiri buat Zee Avi apabila album pertamanya yang juga mengangkat nama komersialnya itu mula dipasarkan.Mempertaruhkan muzik akustik pop dan jazz itu, album Zee Avi telah membuka mata masyarakat antarabangsa bahawa anak kelaihran dari Malaysia juga memiliki bakat setanding dengan penyanyi luar negara.

Ghostbird mula ditulis di dapur rumah Zee pada musim panas tahun lalu di Brooklyn New York. Pada March tahun ini beliau telah merakamkan lagu-lagu itu semua bersama penerbit Mario Caldato Jr yang terkenal sebagai penerbit kumpulan ‘old-skool’ hip hop Beastie Boys. 11 lagu telah dirakam selama dua minggu untuk album Ghostbird atau dalam bahasa melalyu ‘Burung Hantu’.

Album ini telah dilancarkan pada 30 Ogos 2011 dengan single pertama beliau bertajuk ‘The Book Of Morris Jones’ telah pun dimainkan di kesemua stesen-stesen radio bahasa Inggeris.

Saksikan persembahan khas Zee Avi dan dengarkan lagu-lagu album terbaru beliau dan juga lagu-lagu hit seperti Kantoi dan banyak lagi. Disamping itu sebagai pembuka tirai, Imran atau lebih dikenali sebagai Narmi yang juga pemain dram kumpulan One Buck Short akan membuat persembahan akustik secara ‘live’ pada tiga malam tersebut.

Info Zee Avi Homecoming Tour 2011
Kuala Lumpur: KL Live, Life Centre, 17 November 2011
Pulau Pinang: TBA, 19 November 2011
Kuching: Damai Central, Damai Beach, 26 November 2011
Time: 8mlm ke atas
Admission: Tiket Berharga RM98 (Tiket Biasa ) and RM158 (Tiket Premier) melalui www.airasiaredtix.com atau di kedai-kedai Rock Corner danVictoria Music yang terpilih.
Laman Web: www.livescape.asia

Zee Avi

Zee Avi

Zee Avi

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Lagu BFF Chomell Fana dalam Album OMG Gempak

Senarai Penuh Peserta VOKAL Bukan Sekadar Rupa