in

Zarynn Min Cinta Nazim Othman Dalam Telemovie Sambal Ikan Bilis

Zarynn Min Cintai Nazim Othman Dalam Telemovie Sambal Ikan Bilis Di TV1

Benarkah pelakon Zarynn Min yang kerapkali muncul membintangi drama-drama tempatan dalam diam menyukai pelakon baru yang mencipta nama dikenali sebagai Nazim Othman? Ataukah ia sekadar lakonan mereka dalam menjayakan watak dalam drama?

Hakikat itu bakal terjawab menerusi sebuah drama menarik bertajuk Sambal Ikan Bilis pada 1 Oktober 2011, jam 9.00 malam mengisi slot Panggung Seri di TV1 yang menggandingkan kedua-duanya sebagai pasangan yang menaruh hati sesama masing-masing dalam diam.

Menariknya drama ini mengangkat menu istimewa masyarakat kita yang digemari tanpa mengira kaum kerana rasanya yang lazat dan menyelerakan. Nyata pendekatan diambil dengan mengetengahkan sambal ikan bilis yang berjaya menyatukan dua hati ini realitinya turut berlaku dalam kehidupan seharian.

Kisahnya bermula dengan watak pemuda bernama Zarul lakonan Nazim Othman amat manja dengan mamanya. Suatu yang pelik, Zarul amat suka sambal ikan bilis mamanya. Setiap hari malah setiap makanan akan dimakan dengan sambal ikan bilis hasil tangan mamanya.

Berkerjaya sebagai arkitek landskap, menjadikan hidupnya sentiasa sibuk. Masih bujang walaupun dah sampai masa sepatutnya berumahtangga, kerana amat memilih calon isteri yang pandai memasak seperti mamanya.

Setiap hari Zarul bertekak dengan pegawai akaun di pejabatnya. Ada saja perkara yang tidak kena antara mereka. Dalam diam-diam Siti menyimpan perasaan terhadap Zarul. Siti menyamar sebagai orang gaji untuk mendapatkan rahsia masakan mama Zarul.

Kemalangan yang menimpa Zarul dan mamanya, menjadi titik tolak klimaks rahsia isi hati dua insan ini. Siti memasak sambal ikan bilis untuk mama Zarul yang sedang sakit. Masakan itu mendapat pujian mamanya.

Lalu apakah yang terjadi seterusnya? Dapatkah sambal ikan bilis menyatukan cinta mereka? Turut membintangi drama ini Fadilah Mansor, Serena Redzuawan, Maizurah Hamzah dan Sherry Merlis.

sAMBAL Ikan bILIS mama

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Siapa Pemenang MY KIDS AWARDS 2011

Filem Aksi Komikal LIBAS Sasar RM12 Juta