in ,

Zaryn Min, Julia Ziegler dalam Drama Demi Delima

SLOT CITRA TV2 BONGKAR KISAH PENCULIKAN MENERUSI DRAMA DEMI DELIMA

Kisah penculikan saban hari menghiasi dada akhbar mahupun berita di layar televisyen. Suka atau tidak kita sebagai masyarakat yang prihatin pastinya terpanggil untuk mengambil tahu hal yang berlaku di sekeliling kita. Apatahlagi kiranya kejadian itu melibatkan saudara mara sendiri atau jiran terdekat yang mahukan perhatian kita sewajarnya.

Usah hanya menuding jari menyalahkan mana-mana pihak sebaliknya setiap daripada kita perlu memainkan peranan dalam membanteras kejadian ini daripada berterusan terjadi. Tidak kiralah kes jenayah penculikkan ini melibatkan remaja mahu pun kanak-kanak yang sememangnya diberi perhatian sepenuhnya.

Isu ini diangkat untuk dikongsi sama dengan penonton menerusi drama menarik Demi Delima yang disiarkan pada 16 Julai 2010 (Jumaat), jam 10.00 malam mengisi slot drama popular RTM, Citra di TV2.

Demi Delima menyaksikan lakonan berkesan Zafrul Nordin, Zarynn Min, Julia Ziegler, Hazirah Qasdina, Pekin Ibrahim dan Zarina Zainuddin yang memaparkan tentang kes penculikan seorang kanak-kanak perempuan yang bernama Delima.

Zaryn Min

Penculiknya seorang wanita hanya dikenali sebagai Sumirah, bekas kekasih ayahnya yang telah dibunuh lapan tahun lalu. Segalanya berlaku dahulu sebelum ayahnya, Kamil berkahwin dengan Titi, ibu kandung Delima.

Sumirah ternyata begitu berdendam dengan Kamil yang telah sewenang-wenangnya memutuskan perhubungan cinta mereka. Lebih parah lagi segalanya berlaku setelah dia menyerahkan tubuhnya sebagai tanda cinta dan ingin memiliki Kamil.

Walau bagaimanapun selepas peristiwa tersebut, Kamil ternyata mungkir janji dengan memutuskan perhubungan seminggu sebelum Kamil berkahwin. Kamil telah memilih gadis lain dikenali sebagai Titi untuk disunting sebagai isteri.

Selepas lapan tahun menghilangkan diri, Sumirah kembali dengan mengupah orang untuk menculik anak pasangan Kamil dan Titi iaitu Delima. Ternyata dia masih belum bersedia untuk melupakan kesalahan yang pernah dilakukan bekas kekasihnya itu tanpa mempertimbangkan kenyataan bahawa samaada Titi mahupun Delima tidak patut dilibatkan sama dalam kes balas dendam itu.

Akhirnya Sumirah lembut hati untuk memulangkan semula Delima kepada Titi apabila menyedari kedua-duanya adalah mangsa dan mereka tidak bersalah. Namun ketika itu amarah Sumirah terus membara untuk membunuh Kamil. Mampukah Sumirah bertindak seperti yang dirancang? Lalu bagaimana pula nasib Delima yang berdepan situasi kehilangan anak tersayang di usianya yang masih setahun jagung itu? Pastikan anda menyaksikan Demi Delima yang disiarkan pada 16 Julai 2010 (Jumaat), jam 10.00 malam di TV2.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Kronologi Pergaduhan Tom MyStarz LG & Keluarga Mangsa

SHEILA MAJID

Rakaman Konsert Aku Cinta Padamu Sheila Majid & Anuar Zain di RTM