Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me









Zarina An-Julie Ditahan Sah Positif Dadah



SEPANG: Pelakon Zarina An-Julie Mohd.Fahizul, 24, yang ditahan dalam satu sekatan jalan raya ‘Ops Perayaan Tahun Baru Cina’ berhampiran Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT), di sini malam semalam disahkan positif dadah selepas menjalani saringan ujian air kencing.

Pelakon Drama Anak Pontiana, Zarina An Julie

Ketua Pegawai AADK di sini, Syaiful Asfar A.Rahman turut mengesahkan rakan Zarina yang juga berusia 24 tahun turut disahkan positif selepas menjalani ujian saringan tersebut di pejabat AADK di sini.

Pelakon yang pernah membintangi drama seram bertajuk ‘Anak Pontianak’ itu ditahan setelah mengaku mengambil dadah jenis ketamin ketika diarahkan menjalani ujian saringan air kencing.

Dia yang sebelum ini pernah mencetuskan kontroversi berhubung gambar separuh bogelnya di Internet ditahan bersama rakannya yang turut mengaku mengambil dadah jenis syabu, dalam operasi yang disertai anggota Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Selangor dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sembilan.

Operasi selama kira-kira tiga jam bermula pukul 8 malam itu melibatkan 27 kakitangan AADK dan 20 penguatkuasa JPJ. [sumber]

Tags:

Tags:

Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Gambar Zarina An-Julie Anak Pontianak Liar Hisap Dada Kaki Disco?
  • Pelawak Yassin Dibebas Dengan Jaminan Polis
  • Pelawak Yassin Ditahan Kerana Dadah Lagi
  • Pelakon & Tunang Ditangkap Kes Dadah
  • Pelakon Kontroversi Mengaku Ambil Dadah
  • Gambar Terbaru Zarina An Julie Bersosial
  • Anggota Kumpulan Kecik Raja Lawak Ditahan Ambil Dadah
  • Saiful Apek Lari dari Wartawan
  • Gitaris Rock Terkenal Kaki Lalok Ditahan
  • Pelakon Komedi Saiful Apek Ditangkap Kerana Ganja



    • leha

      aik… kate tgu result air kencing 2 mgu lag?? nih cnfrim positif
      plak yg mane 1 satu nih?? ermm apa2 pon minah nih mmg suka cri publisiti murahan, belakon ntah apa2 knapelah org mcm nih leh jdi
      artis… sungguh xsesuaiiiiii….. memburukkan name baik kaum artis je

    • http://www.affiliatekerajaan.com/index.php?ref=pjutawan JutawanGlamour

      gila la dia ni..nasib la

    • Bubuk

      tak ble ‘buang’ dia nih dari jadi artis ke aaaa? teruk sangat.. dari awal dulu dia naik sbb berlakon jadi anak hantu hingga betul2 hantu.. tak habis2 kontroversi. kalau org sebegini di angkat menjadi model dalam masyarakat, alamat, rosak lah anak muda. ya lah, berita sensasi dunia artis yg slalu didedahkan dalam media, 75% negatif. jarang ada cerita artis khatam alquran, bukak masjid, kaki ibadah. seronok cerita pasal artis buat dosa. pas ni kot rasanya hantu ni masuk paper pegi mekah konon taubat… hehehe..

    • graffe

      syg, muker jer lawa. tp abih2 ngan kontroversi..ntah pape

    • Hamba Allah

      Kalau takde iman di dada, mcm ni la hasilnya! Mula2 bg org hisap buah dada…pastu dia sendiri hisap “dada” (ikut Dato Samy Vellu ckp)…
      appeda….

    • combi

      like father like doter no….gila glamor

    • I say

      budak ni perlu kan pertolongan dari segi akhlak dan juga agama so kalau bolih jangan biarkan beliau muncul lagi di kaca x2 TV dan juga Layar Perak kerana Image yang tak sihat & negative beliau amalkan so lebih baik ban terus dari jadi artist ” dik sebab nila setitik rosak susu sebelanga “

    • elllyz

      dia memang problem dari awl lagi kan kan

    • apeck becha

      @graffe.. lawa la sngat.. ptuihh

    • ati

      semoga dia dapat pengajaran atas kesalahan dia nie…



































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK