in

Zapin Api Menguji Kekebalan Penari

Dalam misi menyelongkar warisan dan tradisi unik dunia, episod Dunia Tersembunyi kali ini akan memaparkan khazanah bumi Sumatera, Indonesia. Pada asalnya merupakan sebuah simbolik berserah jiwa kepada Sang Pencipta, kini hanyalah bersifat sebuah persembahan, Tari Zapin Api menarik perhatian kru penggambaran Dunia Tersembunyi. Kru penggambaran Dunia Tersembunyi telah mengembara ke Pulau Rupat, Daerah Bengkalis, Riau, Sumatera, Indonesia demi menyaksikan keistimewaan tarian tersebut.

Diperkenalkan menerusi pedagang Arab pada abad ke-18, zapin mula berkembang sebagai seni rakyat sekitar tahun 60an. Seni yang pernah terkubur sekitar tahun 40an, kini muncul hasil inisiatif anak jati Pulau Rupat, Mohd Nor Yan Chik.

Antara keunikan tari Zapin Api ini adalah hanya penari lelaki dibenarkan menarikan tarian ini kerana cabaran fizikal yang harus ditempuh. Selain memerlukan fizikal yang kuat, elemen kerasukan turut diterapkan dalam seni ini agar penari diberi ‘kekebalan’ ketika menarikan zapin di atas bara api.

Menurut Penerbit Dunia Tersembunyi, Encik Mohd Raziff Zulkafli (Ajieb),

“Sukar untuk difahami dan diterjemah apabila menyaksikan tubuh si penari tidak sedikit pun cedera ketika zapin ditarikan di atas api. Namun, terselit pantang larang yang harus dipatuhi si penari dan pengendali acara zapin api bagi mengelak sebarang musibah.”

Penduduk Pulau Rupat merupakan antara taburan pendudukan tamadun Melayu. Malah, kepulauan Riau sendiri sentiasa tertulis dalam sejarah kegemilangan Tamadun Melayu. Oleh itu, pertuturan harian komuniti Melayu di Pulau Rupat sebenarnya tidak ubah seperti orang melayu Melaka.

Untuk menyaksikan keunikan seni penuh mistik ini, saksikannya secara eksklusif di TV3 kerana segalanya bakal dipertontonkan kepada anda menerusi episod Tari Zapin Api dalam Dunia Tersembunyi, pada Sabtu ini, 17 Januari 2015, jam 11.00 malam.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Penyanyi Nurul Wahab Selamat Melahirkan Anak Kedua

The Hottest Music Artists Nicki Minaj & Ed Sheeran