Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me









Zainal Ariffin Ismail Dalam Misteri Nusantara TV3 Musim Terbaru



MISTERI NUSANTARA
USAH BIARKAN HIDUP ANDA DISELUBUNGI MISTERI….

Kepercayaan terhadap perkara-perkara mistik dan misteri mengaburi kehidupan manusia sejagat malah tidak kurang juga menolak kewujudannya dan menganggapnya sebagai tahyul. Justeru, untuk memberi jawapan kepada perkara tersebut program Misteri Nusantara yang mula diperkenalkan pada tahun 2003 pernah mencecah rating sebanyak 3.11 juta penonton, kini kembali untuk musim baru bermula pada 19 Disember, setiap Jumaat jam 9.30 malam di TV3.

Misteri Nusantara masih diterajui oleh Zainal Ariffin Ismail sebagai pengacara yang dianggap sudah senonim, musim ini pengambaran dijalankan di sekitar Malaysia dan Indonesia serta menyelidik dan mengupas sesuatu topik dengan lebih mendalam di mana isu-isu misteri dan mistik selalu diperkatakan. Krew penerbitan Misteri Nusantara terdiri dari Mazlin Nordin (Penerbit Esekutif Misteri Nusantara) Mohd Naim Niamat (Penerbit), Djaka Legawa Dinata (Penerbit Bersama), Shahnon Rauf (Penolong Penerbit), Saiful Hadi Ahmad dan Mohd Fairuz Ariff ( Pembantu Penerbitan).

Menurut Mazlin Nordin, ”Program Nusantara diterbitkan bertujuan untuk mengenali, cara-cara mengatasi dan mengelakkan sesuatu perkara misteri dan mistik yang menjadi ikutan sesuatu pihak. Walaupun kepercayaan seperti susuk, saka dan santau tidak boleh dilihat dari mata kasar, namun sudah banyak kes-kes yang membuktikan kewujudan perkara tersebut malah percaya sepenuhnya kepada bomoh dan dukun yang dijadikan sebagai pelindung. Tidak dinafikan bomoh merupakan perantara yang mampu memulihkan sesetengah penyakit tetapi kita tidak boleh bergantung sepenuhnya untuk mengelakkan akidah seseorang itu dari terpesong.”

Antara topik-topik yang dibincangkan ialah santau seperti santet tanah seberang, santau angin, santau grik, santau Iban dan juga cara-cara bagaimana penyembuhan jika seseorang itu mendapat santau atau mendapat penyakit-penyakit aneh yang lain. Kejadian misteri yang berunsur mistik turut dikupas di mana sebuah banglo lama yang terletak di Utara Semenanjung didiami oleh ribuan tebuan yang dikatakan ada suatu jelmaan. Begitu juga dengan sebuah Arca berbentuk sebatang tongkat di daerah Dayeuh Luhur Indonesia dikatakan kepunyaan Eyang Jaka Perkasa yang menghilangkan diri di dalam pertapaannya kini dikunjungi ramai orang yang mempercayai bahawa ia mempunyai keramat.

Misteri Nusantara mendekati tiga orang pemuda yang memiliki kemahiran membuang saka daripada seorang wanita tua, yang dikatakan terdapat saka bersarang di dalam tubuhnya bertahun-tahun lamanya. Akhirnya saka itu berjaya dibuang dengan melalui cara dan kaedah tertentu. Paparan seterusnya pula menyaksikan seorang dukun menggunakan lidahnya untuk merawat pelbagai penyakit kulit. Sebelum menjilat pesakit,  dukun itu akan menjilat sebilah parang yang dipanaskan dengan api.

Turut dipaparkan ialah di sebalik kisah Penjara Pudu dibina dengan bentuk X  menyerupai penjara Kandy Bogambia di Afrika. Penjara yang pada asalnya menempati hanya enam ratus orang banduan akhirnya terpaksa menampung 6550 orang pesalah. Namun sejak ia ditinggalkan bermacam-macam cerita aneh didengari dan dikatakan beberapa jelmaan dan jeritan misteri terdapat di dalamnya. Begitu juga dengan perkara aneh yang terjadi di sebuah masjid di pinggir Kota Jakarta yang dikenali sebagai Masjid Pintu Seribu. Bagi sesiapa yang belum biasa dengannya dilarang masuk tanpa juru pandu dikhuatiri akan tersesat kerana ia mempunyai banyak pintu malah di dalamnya juga terdapat sebuah kolam misteri yang kononnya belum pernah kering meskipun di ambil ribuan orang.

Salah satu daripada episod pada musim terbaru ini, pihak penerbit akan memaparkan kisah pemburu alam ghaib yang berbeza dan bagaimana cara dan kaedah menangkap makhluk halus. Krew Misteri Nusantara ke Jakarta bertemu dengan seorang pemburu makhluk halus bernama Ustaz Ridhuan yang sering dijemput dalam upacara pembersihan rumah yang didiami makhluk halus. Apa yang menarik ialah ketangkasannya menangkap makhluk halus dengan melompat dari tempat yang tinggi.

Bagi mereka yang menggemari perkara misteri dan mistik pastikan anda menonton Misteri Nusantara yang pastinya bakal menjawab persoalan di minda anda. Selamat menonton!

Tags:

Tags:

Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • MISTERI NUSANTARA DI PERUBATAN ISLAM DARUL SYIFAK
  • Konvoi Misteri Jalan Lama Di Tasik Titiwangsa
  • Lirik Lagu Terbaru Bob AF Sinar Menunggu
  • Siapa Mentor Musim Ke-6
  • Pengarah Drama SAKA: Minda Penonton Perlu Diubah
  • Gambar Kartini Pengacara 3R Musim Terbaru di Anugerah Skrin 2007
  • Unveil The Truth
  • Senarai Juri Anugerah Industri Muzik AIM18
  • Unveil The Truth Bersama Desmond di 8TV
  • Program Wanita Hari Ini Bakal Perkenal Set Baru



    • mohd nor bin mohamed

      saya mohd nor bin mohamed, mohon jasabaik pihak tuan utk mendapatkan alamat dan no. tel./hp pengamalan perubatan tradisional menggunakan batu pada penyiaran misterinusantara bertarikh 08 dis. 2009. Terlebih dahulu saya mengucap berbanyak terima kasih diatas rancangan misterinusantara yang bolih memberi menafaat kepada penonton.

    • Ija

      Salam. Saya ingin mendapatkan alamat Pn kurasap ( yang menggunakan batu untuk membuang sihir ) dan 3 orang pemuda yang boleh membuang saka – saya boleh di hubungi di talian 016-2747458
      Segala kerjasama krew nusantyara amatlah saya hargai .

    • http://tiara@bosssolution.com.my Tiara

      saya ingin mendapatkan alamat insan yang dapat menyembuhkan penyakit kulit yang ditayangkan pada 25 Ogos 2009 yang menetap di Batu Pahat Johor.terima kasih di atas pertolongan anda .

      016-2813806

    • man

      saya ada terrakam 1 video yang pelik di siang hari. Memang pelik…ada cara ke saya nak kongsi sama dengan pihak media?

    • http://tabibazharudin.webs.com azharudin

      sy seperti nama di atas ingin menengahkan perubatan sy yang berkaitan dgn makhluk halus yg menyebabkan ramai terkena sakit jantung kalau tuan berminat dengan perkara yang misteri ini. sila contact sy no tepon sy 0199510104 laman web sy tabibazharudin.webs.com

    • http://tabibazharudin.webs.com azharudin

      assalamualaikum encik zainal,
      insaallah sy pernah mengubati pesakit yang terkena histeria,sihir,saka,payudara,sakit kulit,sakit kepala,sakit perut dan jantung. no telefon 0199510104

    • x

      Ho-yo!!! Smart betul kamu ini, ha!!! x betul-betul terkejut!!!!!!!!!!

    • firus

      Asalamuialaikum… knp tak cuba perubatan darul syifa, darul salam, akrine,ridam,darul saka n sinar zamduri ke… insyallah mereka berkelayakan untuk rawatan angkara jin… cuma taip nama tersebut d laman web dapat maklumat….

    • Azmi Mohd. Salleh

      Saya, Azmi Mohd. Salleh adalah Wartawan Daerah Media Terkini dari Kota Bharu, Kelantan. Jika sesiapa memerlukan rawatan tradisional sama ada gangguan makhluk halus, perubatan zahir dan batin boleh menghubungi saya
      di talian 013-9640377 dan saya boleh berikan perawat mana yang sesuai untuk dihubungi. Saya sudi membantu anda. Walau bagaimanapun, cubalah baca karya/artikel saya dalam akhbar Media Terkini itu kerana selain cerita/kisah misteri, saya juga memaparkan temubual dengan perawat tradisional yang dimaksudkan. Media Terkini boleh didapati di gerai-gerai akhbar dan pemborong akhbar di mana terbitannya setiap 1 dan 15 haribulan setiap bulan. Cubalah membaca Media Terkini, kerana selain memaparkan cerita-cerita misteri, terdapat juga isu-isu masyarakat semasa dan santai, benda-benda aneh dan pelik. Oleh: Azmi Mohd. Salleh, Wartawan Daerah, Media Terkini – Tel: 013-9640377.

    • Azmi Mohd. Salleh

      Kepada pembaca Media Terkini dan orang ramai yang ingin mendapatkan rawatan tradisional berhubung ketagihan dadah tegar dan biasa di samping rawatan tradisional lain sama ada melibatkan penyakit zahir, penyakit khusus, penyakit batin dan urutan & refleksologi daripada perawat tradisional yang terbaik dan tersohor di Kelantan boleh menghubungi saya sebagaimana nombor telefon di bawah. Saya boleh menyarankan perawat mana yang sesuai dalam usaha menyembuhkan penderitaan penyakit yang dialami oleh tuan-tuan dan puan-puan.
      Dalam pada itu, insya Allah untuk keluaran Media Terkini tahun 2010 ini saya akan memuatkan temubual dan artikel berhubung dengan perawat tradisional yang dimaksudkan. Sila dapatkan akhbar Media Terkini di pasaran di mana keluarannya dua kali sebulan iaitu 1 dan 15 setiap bulan. Selain itu juga, bagi peminat cerita-cerita misteri, pelik dan aneh juga artikel berhubung pelancongan (santai), isu semasa masyarakat turut dipaparkan dalam akhbar Media Terkini. Dapatkannya dengan segera. Terima kasih. Oleh: AZMI MOHD. SALLEH, WARTAWAN MEDIA TERKINI – TEL: 013-9640377.

    • ZABIDI IDRIS

      aslmkm..
      Anak sy mpunyai penyakit kutil(gatal-gatal) sudah betahun2 lamanya.bolehkah sy mendapat alamat,no.tel lelaki yang pandai mgubat dgn cara menjilat..sy bharap sgt agar pihat tuan dpt memberi alamat dan no tel..terima kasih..Yg dekat rengit, Batu Pahat.
      Salam….

    • SALBIAH

      SAUDARA YG BUDIMAN SAYA HARAP AWAK DAPAT BANTU SAYA
      TOLONG DAPATKAN SAYA ALAMAT – PARANORMAL – USTAZ AZMI YG
      TINGGAL DI – JAKARTA , INDONESIA . IT WAS TELECAST LAST SUNDAY
      IN SINGAPORE .

    • HADI

      salam tuan zainal yg budiman..

      Adakah selama Misteri Nusantara bersiaran di TV3,Adakah Tabib,bomoh@pakar-pakar perubatan tradisional,sains yg boleh mengubati tanagan saya yang lumpuh sebelah tangan kanan yg sudah mencecah 14 tahun lama nya.

      Tuan..
      Bayang kan saya mempunyai 5 tanggungan untuk di sara dengan keadaan ekonomi yang semkin tinggi,terlalu susah untuk saya mendapat kan kerja yg tetap untuk membesar kan anak2 saya..

      Tuan..
      Jika ada pawang,tabib,bomoh@pakar yg boleh mngubati & mnyembuh kn pnyakit saya ini..sudah banyak bomoh tradisional yg saya telah mencuba tetapi semua nya tidak boleh mngubati pnyakit saya ini..

      Skian terima kasih..

      yang benar,
      HADI

    • http://yahoo along 77

      apasal hantu jenglot tak ada ,sial betul kata nusantara kalau tak ada jenglot makna nya suria!

    • aini

      salam…sy nak minta tolong supaya en zainal dapat memberi no tel dan alamat bagi ustaz yang boleh membantu mengubati penyakit buatan orang yang mengunakan bahan dari kubur…hubungi saya di ainibhd@yahoo.com.my

    • http://assalamualaikum hafiz

      sya nak minta tolong supaya en zainal ataupn pihak encik dapat memberi nombor tel dan alamat bomoh batu di sabah yang baru disiarkn di dalam tv beberapa hari kelmarin…bomoh ni menggunakan batu untuk mengeluarkan besi, jarum daripada badan…sya mohon pihak encik dapat membantu sya krn sya ada mengalami masalah yang berkaitan dengan masalah tersebut…nati encik hantar no tel dan alamat kt emeil sya….haffif_jazz@yahoo.com.my atau kt no tel 0194379705

    • atan

      saya ingin mendapatkan no tel dan alamat bagi bomoh yang dapat menggeluarkan benda yang mengganggu ibu saya. Boleh kah saya mendapatkan alamat bomoh yang baru disiarkan minggu lepas itu?

      Sekian, terima kasih

    • Khairul

      Saya ingin minta pertolongan dari en.Zainal untuk membantu saya mencari tabib atau bomoh yang boleh mengubati ayah saya yang terkena buatan dari perempuan sabah…sehinggakan ayah saya tidak lagi bersembahyang,dan sentiasa mengingati perempuan tersebut.Ayah saya sudah benci kepada isteri dan anak2nya,dan tidak lagi menunaikan kewajipan sebagai ketua keluarga lagi.Saya mohon ptolongan Encik Zainal atau sesiapa hubungi saya 0147240603 jika dapat membantu.

    • ZAINAL ARIFFIN

      Asalkm enck Zainal
      saya ingin kan alamat atau no telepon bomoh batu yang di siar kan di tv dua minggu yang lepas.Pertolongan enck zainal amat saya hargai .Sya mohon pihak encik dapat membantu sya krn sya ada mengalami masalah yang berkaitan dengan masalah tersebut…nati encik hantar no tel dan alamat kt emeil nasir.m@panunited.com.sg
      TERIMA KASIH

    • enma lim abdullah

      saya ada terlihat rancangan misteri nusantara yang memaparkan cara perubatan yang menggunakan batu dan ada ulat dan juga bendasing yang keluar daripada kulit. saya ingin cuba datang ke tempat tu untuk mengubati gatal2 d kulit saya yang tidak pernah sembuh sejak 6 tahun. boleh kah saya dapatkan nama kampung tersebut?

    • http://tiada Mohas Smile

      Assalammualikum,
      Kabare !
      En.Zainal Ariffin Ismail, saya dengan besar hati ingin memohon dapat kiranya Encik Zainal memberikan alamat dan No. talipon USTAZ SHAHRAN SYAFEI yang bolih membuang SAKA / JIN yang merasuk dalam TUBUH MANUSIA. Seperti apa yang telah saya tonton di tv3 rancangan MISTIK lokasi di Sabah ..Kinabatangan
      kerjasam dari Encik Zainal sangat-sangat saya harapkan
      Sekian.Terima Kasih. TERUSKAN USAHA TUAN YANG MURNI.

    • yunmeyra

      aye suke sangat negok cite nusatara sebab bes sangat-sangat

    • SITI SARAH ZAINAL ABIDIN

      SALAM.
      En zainal, saya dengan besar hati ingin memohon dapat kiranya Encik Zainal memberikan alamat dan No. talipon USTAZ SHAHRAN SYAFEI yang boleh membuang SAKA / JIN yang merasuk dalam TUBUH MANUSIA. Seperti apa yang telah saya tonton di tv3 rancangan ILMU ALAM GHAIB.
      kerjasama dari Encik Zainal sangat-sangat saya harapkan
      Sekian.Terima Kasih. TERUSKAN USAHA TUAN YANG MURNI.

    • http://MisteriNusantaraSantau Putri

      Maaf ya Mas Zainal Arifffin,
      Saya nonton Misteri Nusantara kalo ngak salah 2 tahun lalu, dokumentasi Santau (santet di Indonesia) saya ngak ingat nama dukun itu, tapi yang bikin santet dan jugak yang bisa mengobatin santet, selalunya, dukun yang bisa bikin santet adalah dukun yang bisa menyembohkannya jugak. Saya tinggal nya di Amerika, ada teman baik yang punya masalah , jadi saya mau bikin persediaan dari sini sebelum ke Indonesia. Mohon Mas Zainal bisa bantu kasi alamat dan nomor telpon dukun tersebut. Terima Kasih Mas Zainal.

    • ima

      Salam En Zainal saya memerlukan no hp Ustaz Shahran Syafie untuk tujuan perubatan Islam. terima kasih

    • farid

      Salam en zainal, boleh tak berikan no telefon ustaz dalam slot misteri nusantara hari ahad bertarikh 26/09/2010 pukul 10.30 malam serta alamat kampung ustaz tersebut.

      Kerana saya memerlukan cara untuk berhubung dengan ustaz tersebut

    • Gee

      salam en zainal, saya amat memerlukan no. tel dan alamat ustaz di dalam slot misteri nusantara hari ahad 26.09.10 baru-baru ini kerana salah seorang ahli keluarga saya mengalami penyakit misteri dan sehingga kini masih tidak pulih lagi.

    • http://www.itsme-fieza.blogspot.com Anna

      Salam..saya nk minta cadangan dari pembaca di mana utk saya berubat ayah saya yg mengalami masalah penglihatan sejak Ogos2010 akibat kencing manis. Kadangkala die dapat lihat samar2..Kdg2 xnampak..Tolongla..
      Masalah kedua nk ubat ibu yang tiroid …
      Masalah ketiga untuk rawatan untuk dapatkan anak since rawatan pertama didapati ada gangguan makhluk luar yang dihantar utk duk dlm rahim. Benda tu dtg dari mertua. Masalah sekarang husbandnya seolah2 tidak percaya semua itu. Jadi cemane caranya. Tlg la saya.
      sila hubungi atau sms ke 013-3433 878 atau 0133908807
      salam. tq

    • mohd faizal

      ASSALAM”.. saya tidak mempunyai apa2 komen, tentang rancangan m’nusantara. ”cuma tunton sekadar hiburan sahaja”…1! DI SINI SAYA INGIN MEMINTA BANTUAN ABG ZAINAL. KALAU BULEH SAYA DAPAT KAN NO TEL; USTAZ YG MENGUBATI PESAKIT.( susok berlian) siara hari ini. ”12/12/2010”. saya AMAT2 MEMERLUKAN.. ( abg saya kini sudah 4thun tidak buleh bertutur.) dipercayai terkena perbuatan org. bantuan abg zainal amat2 saya perlu kan. ”JASA MU DIKENAG” CALL atau SMS. pada no tel saya: 012-3270232. (24hr) on. TERIMA KASIH..

    • liya

      salam…saya sudah berkawhwin 5 thn …tlh mengalami 4 kali keguguran usia 3 to 4 bln…dan menghidap kanser….stp kali berubt saya dberitahu saya mempunyai saka…dr arwah datok…yg juga pengamal prbtn…saya cuba membuang saka dan kblhn spt mendapat alamat brktn bencana alam yg bakal berlaku…brtemu dgn roh org yg akan meninggal dunia…dan blh mgetahui jantina bayi…serta lain2 lg….skrg byk dah buang kblhn tuh…cuma saya masih blum bjaya nak mgdg spt org lain….bantulah saya…saya nak dptkn number ust harun din dan berubt dgn beliau sendiri…krn sblm n klrga saya pernah mbawa saya berubt dgn ssorg dr perak…saya telah dsihir dan disantau…malah keluarga juga turut terkena tempiasnya…

    • ibrahim ahmad hadzmy

      saya amat berminat tentang dunia mistik,saya sendiri telah pergi ke tempat yang dikatakan berisi namun segala tempat saya pergi tidak menemui apa apa menarik,jikalau krew misteri nusantara mengatakan bahwa ada hantu,saya kurang beryakinan.adakah ini mistik direka cipta atau benar benar ada.saya berminat untuk menelongkari dunia mistik..no telefon saya 0105926858

    • ohusa

      En Zainal, tolong berikan alamat dan nombor telefon 3 pemuda dari Perak yang berjaya membuang saka seorang nenek dalam rancangan tuan pada tahun 9 Januari 2009. Saya amat memerlukannya.

      Sekian, terima kasih.

    • carlead

      semua org minta bantuan pulihkan penyakit. sy nak mintak tolong sesiapa yg tau bomoh2 yg bole menyantau orang.



































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK