in ,

Filem PEKAK Julang Zahiril Adzim Menang Pelakon Terbaik di IMF Rusia

Filem Pekak terbitan Grand Brilliance dan Lightbulb Pictures melakar kejayaan awal apabila merangkul dua anugerah utama pada International Motivational Film Festival – Bridge of Arts 2016 (IMF) di Russia, baru-baru ini.

Anugerah terbabit diraih menerusi lakonan Zahiril Adzim dalam kategori Pelakon Lelaki Terbaik, manakala naskhah tulisan Alfie Palermo pula dinobatkan sebagai Skrip Terbaik pada festival yang berlangsung di Restv-on-Don, Russia, 24 hingga 28 Ogos lalu.

Filem PEKAK Julang Zahiril Adzim Menang Pelakon Terbaik di IMF Rusia

Filem PEKAK Julang Zahiril Adzim Menang Pelakon Terbaik di IMF Rusia

Filem arahan Mohd Khairul Azri ini juga pernah dicalonkan pada World Premiere Film Festival Philippines, tahun lalu, manakala pada Mei tahun ini lalu, Pekak dipilih secara rasmi oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) untuk tayangan di Marche du Film 2016, iaitu acara pasaran filem terbesar di Cannes, Perancis.




Bakal menemui penonton di seluruh negara mulai esok, Pekak mengisahkan seorang pemuda cacat pendengaran bernama Uda, yang terjebak dengan jenayah pengedaran dadah. Beliau berbuat demikian bagi menampung kos pembedahan memulihkan pendengarannya.

Takdir menemukan Uda dengan Dara, seorang pelajar sekolah bermasalah yang ingin melarikan diri daripada kongkongan bapanya. Selain Zahiril, filem ini turut diperkuatkan barisan pelakon berbakat lain seperti Sharifah Amani, Amerul Affendi, Sharifah Sakinah, Iedil Putra dan ramai lagi.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Berjayakah Huawei Atasi Samsung & Pesaing Lain dalam Kemaskini Keselamatan?

Kenny Thing Named General Manager of U for Life