in ,

Yus Jambu Meninggal Dunia

Pelakon dan pelawak terkenal, Yus Jambu, 39 atau nama sebenar, Yussry Edoo telah meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung dan sesak nafas di Hospital Selayang pada awal pagi tadi.

Bagi Budiey, industri hiburan kehilangan seorang lagi insan seni yang berbakat besar. Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah.

Rakan karib beliau yang juga pernah dalam satu Grup Jambu, Tauke telah menyiarkan berita sedih ini di laman Instagram miliknya, @taukejambu:

“Salam semua kawan2 dan sahabat2 jambu saudaraku yussry bin edoo @pakyuih @yus_jambu76 telah kembali ke rahmatullah sebentar tadi di hospital selayang akibat sesak nafas minta kawan2 sedekahkan AL-fatihah kepada arwah 30 november 2015.”

Yus Jambu

Sahabat rapat kepada pelawak itu, Sherry Al Hadad, berkata Yus atau lebih dikenali dengan gelaran Pak Yus rebah ketika mengadakan persembahan dan terus dikejarkan ke hospital.

“Saya dimaklumkan oleh Abang Afdlin mengenai perkara itu. Dia meminta supaya kami mendoakan kesihatan Pak Yus. Tidak lama selepas itu, kami diberitahu Pak Yus sudah tiada lagi. Buat masa ini, hanya itu saja yang dapat yang dapat saya kongsikan. Saya dalam perjalanan ke Hospital Selayang untuk menziarahi jenazah arwah.”

Beberapa rakan artis turut memuat naik status dan gambar di media sosial bagi memaklumkan mengenai berita kematian pelawak itu.

Ini gambar Yus Jambu beberapa jam sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Yus Jambu Meninggal Dunia

Jam 5 pagi: Baru sahaja selesai urusan mandikan dan khafankan jenazah arwah Pak Yus Jambu dan jenazah terus dibawa ke Perlis untuk dikebumikan di kampung halaman beliau. Semoga rohnya dicucuri rahmat serta ditempatkan dikalangan orang yang beriman.

Beliau dilahirkan pada 15 Mac 1976 dan dibesarkan di Kg. Nesam, Batu Pahat, Kangar, Perlis. Beliau merupakan anak bongsu daripada tiga beradik. Menamatkan pengajian di Sekolah Menengah Syed Alwi, Kangar. Beliau mula bergiat dan menggilap bakatnya dalam bidang seni melalui teater.

Kerjaya seni beliau bermula bila menyertai Sinaran Pasport Kegemilangan pada tahun 2001 anjuran sebuah televisyen tempatan. Tetapi nasib beliau kurang baik apabila tidak berjaya dalam program tersebut. Namun beliau tidak berputus asa. Pada tahun 2007 beliau mencuba nasib sekali lagi, kali ini di program Raja Lawak Astro yang pertama kali diadakan. Percubaan beliau nampaknya tidak sia-sia apabila beliau diumumkan sebagai Juara program tersebut pada 11 Mac 2007.

Al fatihah. Semoga diletakkan di tempat orang yang beriman.

Untitled

Yus Jambu Meninggal Dunia

Yus Jambu Meninggal Dunia

Yus Jambu Meninggal Dunia

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Acong Sweetchild Dapat Imuniti Sebab Persembahan Konsisten

Peraduan Premiere STAR WARS: THE FORCE AWAKENS