Yuni Shara, Kakak Kris Dayanti Bawa Lagu Melly Goeslow
Rupanya Kris Dayanti ada seorang kakak yang juga seorang penyanyi. Yuni Shara namanya. Sangat terkenal dan popular di Indonesia tapi tidak berapa meletop di Malaysia. Tapi dengan ada album terbaru, Yuni Shara berusia 35 tahun mahu menembusi pasaran Malaysia di bawah label Suria Records Sdn. Bhd. Album ini telah berada di pasaran pada 2 Julai lalu, mempertaruhkan lagu ciptaan Melly Goeslow, Cecep As, Oddie Agam, Deddy Dhukun dan ramai lagi. Lagu Sepi dan Maafkan ciptaan Melly Goeslow penyanyi berusia 35 tahun ini yakin mampu menarik minat peminat muzik tempatan. Yuni akan berada di Malaysia dari 7 hingga 13 Julai ini. Untuk peminat Yuni, saksikan persembahan Yuni di Konsert Suria FM di perkarangan Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 7 Julai ini yang bermula dari pukul 4 petang hingga 12 malam. Selain Yuni, lebih 50 lagi artis lain akan turut menjayakan konsert itu. Antaranya Slank, Zainal Abidin, Ramli Sarip, Erra Fazira dan Dayang Nur faizah.
[tags]Yuni Shara, Melly Goeslow, Cecep As, Oddie Agam, Deddy Dhukun, Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur, Slank, Zainal Abidin, Ramli Sarip, Erra Fazira, tips awet muda, young, happy tips, Dayang Nur faizah, gambar seksi, Konsert Suria FM, Suria Records Sdn. Bhd, Jom heboh, TV3, Indonesia, artis Seberang, gossip, Penceraian Kris Dayanti[/tags]

Tags: Berita, Yuni Shara
Tags: Berita, artis Seberang, Cecep As, Dayang Nur faizah, Deddy Dhukun, Erra Fazira, gambar seksi, gossip, happy tips, Indonesia, Jom heboh, Konsert Suria FM, Kuala Lumpur, Melly Goeslow, Oddie Agam, Penceraian Kris Dayanti, Ramli Sarip, Slank, Stadium Bukit Jalil, Suria Records Sdn. Bhd, tips awet muda, TV3, young, Yuni Shara, Zainal AbidinClick on the following buttons to share this article with your friends:
Baca artikel lain yang berkaitan:



