in

Yuna Mengakui Berkawan Rapat Dengan Jules

[dropcap]P[/dropcap]agi semalam, bertempat di Lobi Bangunan Pentadbiran Istana Budaya (bangunan baru) media Malaysia berkesempatan untuk menemubual Yuna melalui sidang video Skype di Los Angeles – Kuala Lumpur di Majlis Sidang Media Eksklusif Konsert Yuna bersama Yuna lintas langsung dari USA. Wah, canggihnya dunia sekarang, sidang media boleh buat dengan Skype je. Mungkin suatu hari nanti, media kita tak perlu lagi pergi ke sidang media, duk menaip kat rumah pun boleh.

Menurut, penyanyi Yunalis Zarai, beliau mengakui sedang mengenali hati budi Julian Schratter atau Jules selepas gambar mereka sering dimuat naik menerusi Instagram milik Yuna.

Beberapa hari lalu, hubungan rapat dan mesra itu mula dihidu setelah Yuna memuat naik beberapa gambar mesranya bersama Schratter di Instagram. Malah, menerusi muzik video terbarunya yang merupakan single pertama sejak bernaung di bawah syarikat rakaman, The Verve Music Group, I Wanna Go, Yuna turut menampilkan Schratter sebagai watak dalam video tersebut. Wow, seronok je tengok video klip ni sebab Yuna bersahaja dan spontan berlakon bersama Jules.

Enggan membiarkan peminat dan masyarakat terus membuat spekulasi liar, Yuna tampil memberitahu hubungannya bersama Schratter masih di peringkat awal.

yuna jules

Bagaimanapun enggan mengulas sejauh manakah hubungan mereka kerana mahu memberi perhatian kepada kerjaya nyanyiannya yang semakin rancak di Amerika Syarikat.

“Saya minta maaf kerana tidak dapat berkongsi mengenai soal peribadi tetapi apa yang boleh saya katakan, saya dan Julian sedang mengenali hati budi masing-masing dan selebihnya adalah peribadi untuk dikongsi di sini. Buat masa ini saya sangat sibuk untuk menyiapkan album kedua saya di Amerika yang dijangka berada di pasaran pada Oktober depan. Karier adalah keutamaan saya buat masa ini.”

Tambahnya lagi kegagalan mempertahankan hubungan cinta dengan pelakon dan pengacara, Qi Razali banyak mengajarnya untuk lebih berhati-hati dalam berkongsi kisah peribadi kepada umum dan berharap peminat dan media memahami situasi itu.

Dalam perkembangan lain, penyanyi yang popular dengan lagu Terukir di Bintang ini bakal mengadakan konsert sulungnya di Istana Budaya bersama Orkestra Simfoni Kebangsaan pada 6 hingga 8 September depan. Harga tiket konsert itu dan ia akan diumumkan dalam masa terdekat.

yuna

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Noniswara Pernah Ditolak Suami Hingga Cedera

Shila Amzah Jawab Isu Gambar Tayang Badan