in

Yuna Dibayar RM120 Ribu Nyanyi Lagu Tema Filem Animasi The Croods

Yuna Dibayar RM120 Ribu Nyanyi Lagu Tema Filem Animasi The Croods

[dropcap]S[/dropcap]eronok melihat kejayaan penyanyi mudah bersemangat waja, Yuna di arena antarabangsa. Satu persatu kejayaan dicipta oleh gadis tinggi lampai ini. Kejayaannya memang kadang-kadang kita tak sangka pun. Selepas dipertanggungjawabkan menyanyi lagu tema bagi filem Savages sebuah filem thriller dari Amerika arahan oleh Oliver Stone, tahun lalu, nampaknya ramai lagi produser filem Hollywood mula membuka mata dan pintu buat Yuna menyanyikan lagu runut bunyi filem-filem terbitan mereka.

Itulah rezeki namanya. Rezeki yang murah buat Yunalis Zarai.

yuna-zarai

Terbaru, Yuna sekali lagi diberi kepercayaaan menyanyikan lagu tema filem. Menariknya kali ini dia berpeluang menyumbangkan khidmatnya kepada produksi animasi yang bukan calang-calang iaitu Dreamworks. Wow, Dreamworks tu!

Berkongsi mengenai projek tersebut, Yuna berkata dia dipilih menyanyikan sebuah lagu bagi filem animasi, The Croods berjudul Shine Your Way.

[pullquote align=”right”]Filem berkenaan dibintangi oleh Nicolas Cage, Ryan Reynolds, Catherine Keener, Emma Stone, Clark Duke, dan Cloris Leachman dan akan ditayangkan pada Mac tahun ini[/pullquote]

Filem yang dijangka ditayangkan di Amerika Syarikat pada Mac depan itu dijayakan oleh pelakon hebat yang terkenal di seluruh dunia pastinya antaranya Nicolas Cage dan Emma Stone.

Difahamkan untuk lagu tema tersebut, Yuna menerima bayaran yang tinggi iaitu sebanyak USD40,000 (kira-kira RM120,000).

“Saya nyanyikan lagu tema untuk filem The Croods. Ia sebuah filem animasi. Untuk projek ini mereka membayar saya kira-kira 40, 000 USD tetapi bukanlah keseluruhan jumlah itu menjadi milik saya. Sebahagiannya diserahkan kepada label muzik saya.”

Yuna berangkat pulang ke Los Angeles pada hari Isnin, 21 Januari. Eh, hari ni lah ye.

yuna

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Michelle Yeoh Bakal Kahwini Bekas Presiden Ferrari

Shae Kunjungi Malaysia 29 Januari Ini Jemput Pembaca Budiey ke #DinnerWithShae