Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me











Yuna & Diandra Arjunaidi Lancar Album di DBKL



Pada jam 3 petang tadi, Budiey sempat singgah di Holding Room, Menara 1, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur DBKL untuk menyaksikan Majlis Pelancaran Album Yuna & Diandra Arjunaidi.

Yuna & Diandra Arjunaidi Lancar Album

Yunalis Zaraai atau Yuna memperluaskan kerjaya seninya apabila memilih seorang penyanyi muda bernama Diandra Arjunaidi untuk bernaung di bawah syarikat pengurusan iaitu Yuna Room Records (YRR).

Yuna berkata, bakat yang dimiliki Diandra membuatkan dia yakin anak muda berusia 20 tahun itu mampu pergi jauh dalam industri muzik tanah air.

“Apabila saya lihat Diandra, dia seperti saya pada lima tahun lalu yang merakamkan pelbagai lagu tetapi tidak tahu bagaimana mahu perkenalkan karya tersebut kepada umum. Sebab itu saya pilih dia. Diandra juga seorang yang amat rajin dalam meneroka dunia muzik. Alhamdulillah, berdasarkan persembahan yang dilakukan, lagu-lagunya menerima respons yang positif. Malah, pengambilan Diandra sebagai artis naungan pertama YRR adalah permulaan dalam mengembangkan perniagaan syarikat saya itu,” katanya pada Majlis Pelancaran Album Yuna & Diandra Arjunaidi di Holding Room, Menara 1, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di sini, Rabu.

Yuna & Diandra Arjunaidi Lancar Album

Tambah Yuna, dia juga berharap agar para peminat tidak membandingkan lagu-lagu ciptaannya dengan Diandra kerana masing-masing mempunyai konsep muzik yang berbeza.

“Setakat ini, diakui memang ada yang beranggapan Diandra membawakan lagu-lagu seperti saya, sedangkan kami mempunyai muzik yang berbeza termasuklah cara nyanyian kami. Bagaimanapun, saya percaya, selepas mendengar ketujuh-tujuh lagu dalam album Diandra, persepsi mereka akan berubah,” katanya.

Album pertama Diandra yang menggunakan judul namanya sendiri memuatkan sebanyak tujuh buah lagu seperti Angkasa, Things We Don’t Say, Remember, Happy, Entitled, White Lines dan You.

Sementara itu, Yuna turut muncul dengan album keduanya berjudul Terukir Di Bintang di mana ia memuatkan sebanyak lapan buah lagu seperti Sparkle, Photo of You, Memo, KL Kita, Coffe, Someone out Of Town dan Fears And Frustration.

“Jika album pertama saya berkonsepkan alternatif, kali ini Terukir Di Bintang lebih berbeza di mana muziknya lebih santai dan perlahan, sesuai dengan usia saya 25 tahun,” ujarnya. via Mstar Online

Yuna & Diandra Arjunaidi Lancar Album

Yuna & Diandra Arjunaidi Lancar Album

Pelancaran Album Yuna & Diandra Arjunaidi

Pelancaran Album Yuna & Diandra Arjunaidi

Pelancaran Album Yuna & Diandra Arjunaidi

Pelancaran Album Yuna & Diandra Arjunaidi

Pelancaran Album Yuna & Diandra Arjunaidi

Pelancaran Album Yuna & Diandra Arjunaidi

Pelancaran Album Yuna & Diandra Arjunaidi

Pelancaran Album Yuna & Diandra Arjunaidi

Pelancaran Album Yuna & Diandra Arjunaidi

Pelancaran Album Yuna & Diandra Arjunaidi

Pelancaran Album Yuna & Diandra Arjunaidi

Pelancaran Album Yuna & Diandra Arjunaidi

Pelancaran Album Yuna & Diandra Arjunaidi

Pelancaran Album Yuna & Diandra Arjunaidi

Pelancaran Album Yuna & Diandra Arjunaidi

Pelancaran Album Yuna & Diandra Arjunaidi

Pelancaran Album Yuna & Diandra Arjunaidi

Tags: , , , ,

Comments

comments

Powered by Facebook Comments



Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Diandra Arjunaidi di EARTH HOUR 2012 Anjuran YTL
  • Karnival Jom Heboh 2012 Precint 2 Putrajaya
  • TAHNIAH! Yuna Terima Anugerah Kembara AIM18
  • Gambar Yuna di Karpet Biru Anugerah Juara Lagu 26
  • Yuna & Lee Guitars Ada Chemistry
  • Lirik Lagu Terukir Di Bintang Yuna
  • Gambar Yuna di Karpet Merah Anugerah Juara Lagu 25
  • Video Yuna Nyanyi Live Your Life di Conan O’Brien Show
  • Hafiz AF7 Akan Lancar Album Sulung Masih Jelas
  • Konsert Inul Daratista Di Stadium Putra Dibatalkan



  • =========================
    SEGALA KOMEN YANG DITULIS ATAS TANGGUNGJAWAB DAN RISIKO ANDA SENDIRI. PIHAK BUDIEY.COM TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KOMEN YANG DITULIS OLEH PEMBACA. HARAP MAKLUM

    Sila tinggalkan komen anda di sini:































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK