in ,

Saw Teong Hin Kini Gigih Arah Filem YOU MEAN THE WORLD TO ME

Astro Shaw baru-baru ini telah mengumumkan kerjasama mereka dengan Real Films untuk menerbitkan ‘YOU MEAN THE WORLD TO ME’, sebuah filem arahan Saw Teong Hin (Puteri Gunung Ledang).

Turut bersama melibatkan diri dalam filem tersebut ialah ahli sinematografi terkenal, Christopher Doyle yang mengarahkan filem popular In the Mood for Love dan Hero. Sesi pergambaran bagi filem ini bakal bermula di Pulau Pinang pada Januari 2016 dan dijadualkan untuk tayangan pada tahun 2017.

Untitled

Astro Shaw Dan Pengarah Saw Teong Hin Berganding Tenaga Demi YOU MEAN THE WORLD TO ME

[dropcap]Y[/dropcap]OU MEAN THE WORLD TO ME merupakan adaptasi daripada sebuah pementasan teater arahan Teong Hin di Festival Georgetown pada tahun 2014. Filem ini mengisahkan seorang pengarah filem terkenal, Sunny . Sunny, yang di bayangi insiden masa lampau kembali ke kampung halamannya di Pulau Pinang untuk membuat sebuah filem mengenai keluarganya tanpa pengetahuan mereka.

Filem ini dilakonkan oleh anak-anak kelahiran Pulau Pinang seperti Chelsia Ng dan John Tan . Selain itu, bakat-bakat dari Malaysia dan Singapura yang terlibat termasuk Frederick Lee, Evan Chin, Neo Swee Lin dan Yeo Yann Yann.

Najwa Abu Bakar, selaku Ketua Astro Shaw berkata:

“Kami amat berbesar hati untuk bekerjasama dengan Real Films dalam menerbitkan filem yang mempunyai jalan cerita yang mempamerkan keunikan budaya dan warisan Pulau Pinang. Gabungan pengalaman dan kepakaran kedua-dua pengarah, Teong Hin dan Christopher Doyle, yang nama tidak asing lagi dalam industri perfileman menjadikan filem ‘YOU MEAN THE WORLD TO ME’ bersesuaian dengan hasrat Astro Shaw, untuk menjadi platform yang mengeluarkan filem-filem terbaik yang menepati kehendak penonton di peringkat Asia dan global.”

Pengarah Saw Teong Hin pula berkata:

“Saya amat bersyukur dengan peluangpenggambaran ‘YOU MEAN THE WORLD TO ME’ yang akan mengambil tempat di Pulau Pinang dalam dialek Hokkien, selaras dengan visi saya untuk file mini. . Ini juga merupakan kerjasama kedua saya dengan pihak Astro Shaw yang merupakan satu peluang yang baik untuk membawa filem sebegini ke peringkat antarabangsa.”

YOU MEAN THE WORLD TO ME akan memulakan pengambaran di beberapa buah lokasi di sekitar Pulau Pinang seperti Jeti Chew, feri Pulau Pinang dan Teluk Bahang, Campbell Street, Carnarvon Road dan Bandar Baru Air Itam. Paling menarik, filem ini akan diterbitkan dalam dialek Hokkien.

Astro Shaw telah menghasilkan lebih dari 80 judul filem dalam pelbagai genre dalam bahasa Melayu, Cina dan Tamil. Astro Shaw merupakan salah sebuah pengeluar filem terbesar di Malaysia dan terkenal sebagai sebuah syarikat yang inovatif dan tanpa kompromi terhadap kualiti filem-filemnya.

Astro Shaw juga baru-baru ini telah menerbitkan beberapa filem hebat seperti, Polis Evo dan The Journey, yang mendapat catatan tertinggi dan kedua tertinggi meraih kutipan filem tertinggi di Malaysia.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Yuna Bakal Buat Persembahan di Sunway Pyramid

Raikan Sepanjang Hari 1 Januari 2016 di RTM