in

Yong Hwa, Da Som, Hong Ki, Nicole Jadi Pengacara Golden Disk Awards

Yong Hwa, Da Som, Hong Ki, Nicole Jadi Pengacara Golden Disk Awards

[dropcap]S[/dropcap]elepas Budiey siarkan tentang berita Malaysia akan menjadi tuan rumah untuk Samsung GALAXY The 27th Golden Disk Awards, ramai peminat dan pembaca budiey.com memberi reaksi. Macam-macam reaksi yang diterima. Ada yang tak suka, dan tak kurang ada yang tak sabar untuk beli tiket walaupun terpaksa habiskan wang semata-mata untuk menonton secara langsung. Yang pasti, sebalik kutukan ramai, setidaknya pemilihan negara kita sebagai tuan rumah bagi pasti akan mencatat sejarah tersendiri, betul tak?

[pullquote align=”right”] The biggest K-Pop event in Malaysia as more than twenty groups of world-famous K-Pop artistes will perform on the stage![/pullquote]

Untuk info pembaca budiey.com, Samsung GALAXY The 27th Golden Disk Awards akan berlangsung pada 15 dan 16 Januari 2013 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC).

Selain lebih 20 ikon K-Pop terkenal BigBang, Super Junior, Girls’ Generation -TTS, BEAST, 2NE1, KARA, PSY, 4 Minute, Epik High, T-ara, CNBlue, FT Island, Infinite, B.A.P, EXO, Beast, 4 Minute, Sistar, Secret, B1A4, Busker Busker, Miss A, Shinee, K-Will, Ailee dan MBla, anugerah ini menampilkan empat idol popular untuk menjadi hos anugerah ini.

Yong Hwa, Da Som, Hong Ki, Nicole Jadi Pengacara Golden Disk Awards

[dropcap]M[/dropcap]ereka ialah dua jejaka kacak, Jung Yong Hwa daripada kumpulan CN BLUE dan Lee Hong-Gi daripada kumpulan FT Island. Sementara ‘bunganya’ pula, Kim Da Som dari kumpulan SISTAR dan Nicole dari kumpulan KARA.

Dua pengacara iaitu seorang lelaki dan seorang wanita untuk setiap satu malam. Bagaimanapun setakat ini, belum ditentukan siapakah pasangan mereka dan sama ada hari pertama atau hari kedua mereka akan mengacara.

Dimulakan pada tahun 1986, penghargaan melalui Golden Disk Awards merupakan satu taraf yang didambakan oleh penggiat muzik Korea. Anugerah ini akan dibahagikan kepada 2 klasifikasi iaitu Album dan Lagu yang terdiri daripada kategori Utama iaitu Disk Album, Disk Album of The Year. Manakala kategori Utama untuk Lagu ialah The Song of The Year, The Most Popular K-POP Star, MSN Southeast Asia Award, MSN International Award, New Rising K-Pop Star Award, Best Hip Hop Award, Single Album of The Year.

Anugerah ini akan dibahagikan kepada 2 klasifikasi iaitu Album dan Lagu yang terdiri daripada kategori Utama iaitu Disk Album, Disk Album of The Year. Manakala kategori Utama untuk Lagu ialah The Song of The Year, The Most Popular K-POP Star, MSN Southeast Asia Award, MSN International Award, New Rising K-Pop Star Award, Best Hip Hop Award, Single Album of The Year.

  • January 15th, 2013 (Tue) 19:30~22:30 Album
  • January 16th, 2013 (Wed) 19:30~22:30 Digital Music

Harga tiket-tiket seperti berikut:

Samsung Galaxy Zone: RM898 (early bird), RM999

Rockpit : RM620 (early bird), RM688

Maklumat lanjut layari [email protected] atau talian hotline 03-78807999 atau www.goldendiskawards.asia.

Samsung GALAXY The 27th Golden Disk Awards in Kuala Lumpur

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Maya Karin Mengaku Keluar Makan Dengan Remy Ishak

A Joyful Christmas Tree Light-Up Ceremony At Impiana KLCC Hotel