in

Yo Gabba Gabba

YO GABBA GABBA! : RANCANGAN KANAK-KANAK ANTARABANGSA YANG TURUT DIMINATI OLEH GOLONGAN DEWASA!

Sebuah siri kartun yang terkenal dari Amerika Syarikat akan ditayangkan di MALAYSIA melalui Saluran Ceria Anda – ntv7 mulai Januari ini! Sertailah DJ Lance Rock dalam sebuah pengembaraan magikal bersama rancangan terbaru ntv7 – Yo Gabba Gabba!

Rancangan ini memaparkan segmen yang dirakam bersama penonton di studio secara langsung dengan menampilkan karakter kartun yang serba comel dan unik – Muno, Foofa, Brobbee, Toodee serta Plex di samping sketsa pendek dan dendangan lagu menarik. Karakter penuh warna-warna ini akan menyanyi, bermain dan mendidik adik-adik kecil. Anda hanya perlu katakan YO GABBA GABBA!

Juga, jangan lepaskan peluang untuk menonton bintang kesayangan Hollywood anda sebagai artis undangan dalam rancangan yang mendapat rating tinggi ini iaitu Jack Black, Dennis Horkenbach, Leslie Hall, The Shins, The Aggrolites, Andy Samberg, Cornelius, Biz Markie, Shiny Toy Guns, Supernova, Mark Mothersbaugh, Rahzel, The Postmarks, Sugarland, Tony Hawk, The Roots, Low, Laila Ali, Elijah Wood, Mýa, The Salteens serta Sean Kingston.

Sean Kingston

Dicipta oleh Christian Jacobs dan Scott Schultz, rancangan TV menarik ini telah mencetuskan suatu fenomena apabila ditayangkan di Saluran Nickelodeon Jr di Amerika Syarikat, Itali, Australia dan Kanada. Lebih mengujakan, rancangan ini turut memenangi Anugerah Siri Antarabangsa Terbaik BAFTA dan turut dicalonkan dalam Anugerah Daytime Emmy 2008.

Untuk informasi yang lebih lanjut mengenai Yo Gabba Gabba!, layarilah laman web kami di www.ntv7.com.my

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Zero To Hero Musim Ke-2 Kembali Lagi

Kesegaran Berpanjangan Dengan DEODORAN SHOWER CLEAN