in ,

Yatt Hamzah Pengacara Baru Malar Segar Musim 2

Malar Segar Musim 2 Tampilkan Lebih Artis Popular Di TV1

Penerimaan terhadap program yang menggabungkan lagu-lagu lama dan baru berjaya dibuktikan Radio Televisyen Malaysia (RTM) dengan sambutan hangat yang diterima terhadap program terbitannya, Malar Segar yang pernah disiarkan menerusi TV1.

Justeru mulai 3 Oktober lalu, RTM sekali lagi kembali menerbitkan musim kedua Malar Segar, program hiburan berkonsepkan lagu-lagu popular yang berunsur malar segar dengan pelbagai genre yang mengetengahkan artis lama dan baru. Malah menariknya menerusi musim baru ini, RTM menjemput artis-artis lama yang sudah agak lama menyepi daripada industri dengan menemubual dan member peluang kepada mereka beraksi di pentas.

Yatt Hamzah ... pengacara baru Malar Segar

Yatt Hamzah Pengacara Baru Malar Segar Musim 2

Disiarkan setiap Isnin, jam 10.00 malam di TV1, program 13 episod ini yang mendapat sambutan hangat penonton tanpa mengira peringkat usia menerusi edisi musim pertama siarannya tampil lebih mantap lagi dengan mengundang artis Datin Paduka Julie Sudiro, Azizul Khamis, Zehra Zambri dan Haziq serta ramai lagi artis tempatan tanahair.

Program diterbitkan Haliza Mat Kharsa, Unit Hiburan TV RTM kali ini membawa angin baru perubahan dengan memberi suntikan kepercayaan kepada pelakon cantik, Yatt Hamzah tampil sebagai pengacara menggantikan penyanyi Ifa Raziah yang menjadi hos musim pertama.

Pastinya program ini mampu mengubat kerinduan peminat terhadap artis-artis popular lama yang sebahagian besarnya sudah lama menyepi daripada muncul membuat persembahan selain pendekatan mengundang artis baru bagi menarik penonton terutama golongan remaja meminati lagu-lagu malar segar.

Sepanjang sejam siarannya, program ini menampilkan kemunculan artis-artis undangan popular lama dan baru membuat persembahan dengan rangkaian lagu-lagu popular mereka. Rancangan ini diselangi nyanyian lagu-lagu malar segar popular mengikut zaman dengan iringan pemuzik secara langsung dan bual bicara. Menariknya program ini tampil dengan tema berlainan setiap minggu dalam menyuntik kelainan dan mencetuskan suasana ‘segar’ kepada penonton.

Kepada peminat artis lama dan baru yang ingin menyaksikan artis kesayangan mereka beraksi, pastikan anda meluangkan masa menyaksikan program Malar Segar setiap Isnin, jam 10.00 malam di TV1.


Datin Julie Sudiro

Datin Julie Sudiro

Haziq

Haziq

Zehra Zambri

Zehra Zambri

azizul khamis

Azizul Khamis

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Airasia X And Chengdu Tourism Ties The Knot

Search Gegar Konsert Fenomena 30 Tahun Search