Home HOME | My Jurnal | My Few.net | Foto Blog | Tips Money | Who Linked Me | Enter-tainment | Hubungi | Arkib | Bookmark (Ctrl+D)

















[ Lebih 20 ribu pembaca setiap hari! Iklankan produk anda di Sensasi Selebriti! Klik Sini! ]





YASMIN HARON, FARAH PUTRI DALAM DRAMA PERCATURAN

PERCATURAN : SLOT PERMATA SETIAP ISNIN HINGGA JUMAAT, JAM 3.30 PETANG DI RTM1

Saban hari menerusi akhbar mahu pun televisyen, kita sentiasa didedahkan dengan laporan jenayah termasuklah kes rompakan yang berlaku di kedai barang kemas. Justeru pelbagai pihak dilihat bertanggungjawab untuk membanteras aktiviti ini termasuklah Radio Televisyen Malaysia (RTM) menerusi platform penyiarannya dengan menyiarkan drama bersiri terbaharu, Percaturan mengisi slot Permata, setiap Isnin hingga Jumaat, jam 3.30 petang di RTM1.

Percaturan terbitan The First Post Studio Sdn Bhd ini mengetengahkan watak utama iaitu Qazem Nor, Yasmin Haron, Farah Putri, XY Zakari, Yang Kassim dan Shaharuddin Tambi yang membongkar kisah percaturan Fatimah, Seri, Mazlan dan Hafiz yang telah terjebak dan membongkar satu sindiket penjualan barang kemas curi.

Percaturan bermula apabila Fatimah yang bekerja di syarikat milik majikannya, Tuan Hussain yang menjalankan perniagaan penjualan barang-barang kemas menerima kunjungan adiknya, Seri dari kampung. Seri seorang pelajar kolej dan pelatih tae-kwan-do mahu menghabiskan cuti semesternya bersama kakaknya di bandar.

Dalam pada itu, di luar pengetahuan Fatimah, Tuan Hussain sebenarnya berhubungan baik dengan perompak bernama Mansor yang giat menjalankan aktiviti rompakan barang-barang kemas sekitar Kuala Lumpur.

Fatimah memiliki teman lelaki bernama Mazlan yang bersahabat baik dengan Hafiz. Satu hari ketika keluar makan bersama mereka terbaca berita rompakan kedai emas dan mereka begitu tertarik dengan ganjaran yang dijanjikan pihak berkuasa sehingga tertangkapnya penjenayah terlibat.

Sementara itu, Tuan Hussain juga giat berurusan dengan Mansor yang dibantu dua pengikutnya, Zack dan Din menjalankan aktiviti mengenalpasti kedai-kedai yang mahu dirompak seterusnya. Tambahan pula mereka begitu yakin aktiviti mereka dapat dikaburi dengan aktiviti perompak Indonesia yang memecah masuk kedai emas membantu menarik perhatian polis pada masa sama.

Namun dalam diam Tuan Hussain juga tidak memberikan sepenuh kepercayaannya terhadap Mansor. Dia merancangan untuk menghapuskan Mansor kerana bimbang satu hari ‘teman baik’ nya itu akan menikamnya dari belakang.

Fatimah pula mengatur pertemuan untuk memperkenalkan Mazlan dengan adiknya, Seri. Kebetulan Mazlan membawa Hafiz bersama. Di situ Hafiz dan Seri jatuh cinta pandang pertama. Namun hubungan itu kurang direstui Fatimah yang menganggap adiknya masih terlalu muda untuk menjalinkan hubungan dengan lelaki. Apatahlagi adiknya masih belajar.

Mereka berempat kemudiannya tanpa sengaja terjebak sama dalam aktiviti membanteras perompak yang didalangi Mansor dan konco-konconya. Kemuncaknya apabila Seri yang mahu pulang ke kampung telah diculik oleh Mansor membuatkan kakaknya, Mazlan dan Hafiz bertindak mahu menyelamatkannya.

Saksikan kesudahan melibatkan kes sindiket penjualan barang kemas curi ini menerusi Percaturan yang bersiaran 26 episod mengisi slot Permata, setiap Isnin hingga Jumaat, jam 3.30 petang di RTM1.

Tags: ,

Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Sinopsis Filem Pocong 3
  • Rakaman Konsert Raya Pop Yeh Yeh RTM
  • Filem Duyung Lakonan Maya Karin & Yasmin Hani
  • Gambar Farah AF2 & Isma Yusoof Dalam Drama Popular
  • Profile Raja Farah Pelakon Drama Gadis Dari Bintang
  • Farah Breep Breep Pelakon Drama Glam Arahan Woo Ming Jin
  • Drama Duranni lakonan Raja Farah di Astro Ria
  • Filem Eeee, Hantu Lakonan Raja Farah & Ashraf Sinclair
  • Gambar Kekasih Yasmin Hani, Don Nazar Mustaffa Bekas Suami Haflin
  • Filem Mukhsin Menang Pingat Perak di Netpac Festival Di Jogjayarta



  • Sila tinggalkan komen anda di sini:




























































































































































































































































































    Support Our Sponsors:










    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by MERCUMAYA.NET