Yanie Mentor Meninggal Dunia
Berita terbaru yang Budiey terima pada petang tadi, penyanyi kelahiran program realiti TV, Mentor di TV3 – Yanie atau nama sebenarnya, Siti Suriane Julkarim telah meninggal dunia dalam usia 25 tahun selepas Zuhur, jam 1.15 tengahari pada 21 Mac 2010 di Hospital Keningau akibat ketumbuhan paru-paru. Sebelum ini, Yanie dikatakan menderita terlantar sakit selama 4 bulan.
Jenazah Allahyarham telah dibawa ke Sembulan, Sabah dari Hospital Keningau dan akan dikebumikan esok di Kampung Sembulan Lama.
Ning Baizura selaku mentor Yanie telah menulis di Twitter mengatakan bahawa beliau telah mendapat panggilan berita ini daripada suami Yanie sendiri, Irfin Abdul Manan.
Memetik berita yang disiarkan di Utusan Malaysia – “Saya berasa terkejut dan tak sangka dia diserang penyakit itu. Kali terakhir saya berjumpanya ialah pada Julai lalu,” kata Ning ketika dihubungi di Bangkok, Thailand.
Ning yang berada di sana kerana menjalani penggambaran iklan komersial berkata, keluarga Yanie tidak dapat dihubungi oleh media massa kerana mereka tidak mahu diganggu ketika ini.
Pengacara Melodi, Fara Fauzana yang pernah berlakon drama Fara bersama Yanie juga telah mengumumkannya di Facebook Fanpage beliau:
“Salam semua.. FF nak mengambil kesempatan ni utk maklumkan kepada u guys pasal ‘kehilangan’ sahabat FF dalam SITKOM FARA .. marilah kita doa dan sedekahkan ALFATIHAH kepada allahyarham YANIE @ WANIE yang telah pulang ke ramahtulallah petang semalam atas masalah ketumbuhan di paru2. semoga rohnya dicucuri rahmat..”
Kepada pembaca yang masih samar-samar, Yanie pernah bergandingan dengan mentornya, Ning Baizura & Nikki dalam lagu Drama. Pernah lahir dengan lagu duet dengan Diddy – Saling Terpesona. Pernah berlakon drama Fara – memegang watak Wanda di bawah arahan Aziz M Osman.
Setelah lama menyepi dan dah lama juga tak mendengar berita tentang Yanie, akhirnya hari ini ramai yang terkejut dengan berita pemergian beliau.

Yanie yang merupakan pemenang tempat ke-3 musim pertama Mentor telah berkahwin pada November 2007 dengan Irfin Abdul Manan dan meninggalkan seorang anak bernama Iris Sofea Irfin berusia 2 tahun.
Petikan dari Mstar Online: “Arwah tenat sejak bulan Februari. Dia hanya terlantar tidak bercakap dan tidak lalu untuk makan,”
Dalam pada itu, Irfan turut menyampaikan pesanan arwah isterinya sebelum menghembuskan nafas terakhir iaitu meminta maaf kepada semua ahli keluarga, rakan-rakan artis dan pihak media serta pengurusnya.
“Sebelum arwah benar-benar nazak dia menyampaikan pesanan agar dimaafkan segala perbuatannya yang menyinggung mana-mana pihak, iaitu kepada keluarga, rakan-rakan artis, pihak media dan bekas pengurusnya yang selama ini menyokong kerjaya sebagai artis,” ujarnya penuh hiba.
Updated: Jenazah Yanie telah selamat dikebumikan pada pukul 12.00 tengah hari tadi di Tanah Perkuburan Islam Likas, Sabah.
Semoga ruhnya dirahmati oleh Allah. Semoga dia ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Salam takziah dari budiey.com untuk seluruh famili.
Al-Fatihah
Profile Yanie
Nama Penuh : SITI SURIANE JULKARIM
Nama Panggilan : Yanie
Asal : Kota Kinabalu, Sabah
Tarikh Lahir : 14 November 1985
Tempat Lahir : Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu
Zodiak : Scorpio
Ketinggian : 5 kaki 3 inci
Berat Badan : 52 kilogram
Bil. Adik-beradik : 5 orang (Anak Sulung)
Cita-cita : Polis dan Penyanyi yang disegani
Pendidikan : SPM
Sekolah : SK Sembulan Kota Kinabalu dan SMK Sanzac Kota Kinabalu
Status : Berkahwin
Pekerjaan : Penyanyi & pelakon
Warna Pilihan : Hitam dan Putih
Muzik Pilihan : R&B, Funk dan Jazz
Hobi : Menyanyi dan Memasak
Pengalaman Seni :
- Mula menyanyi sejak berusia 5 tahun.
- Mula menyertai pertandingan pada usia 10 tahun dan kerap kali menjuarai mana-mana pertandingan yang disertai.
- Mewakili sekolah dalam pertandingan bakat harapan antara sekolah.
- Menyertai koir sekolah.
- Menjuarai pertandingan Bintang Karaoke RTM pada hari terbuka RTM 2004.
- Terlibat dengan persembahan-persembahan untuk Program RTM dan rancangan Radio Sabah seperti ‘Titian Mesra dan Penghibur Minggu Ini’.
- Sering kali terlibat dengan acara-acara besar di sekitar Sabah menjadi artis jemputan.
- Mengikuti program lembaga kebudayaan Negeri Sabah.
- Menjadi Artis jemputan bagi ‘dinner show’ di hotel-hotel sekitar Sabah.
Click on the following buttons to share this article with your friends:
Baca artikel lain yang berkaitan:





March 21st, 2010 at 8:57 pm
al fatihah…..smga ALLAH tmptkn yani bersame glngn org2 yg beriman..amin..
March 21st, 2010 at 9:32 pm
takziah buat pakcik jul dan family, al-fatihah buat arwah, semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang yang beriman…
insyaAllah esok p rumah arwah… x sangka pulak… sedihnya dengn pemergian arwah,
March 21st, 2010 at 9:53 pm
hmm.. terkejut dgr berita ni.. takziah buat keluarga beliau
March 21st, 2010 at 10:07 pm
Takziah buat keluarga Yanie…May your soul rest in peace…
March 21st, 2010 at 10:36 pm
ade td org ckp Yanie masih lagi hidup…aiyoo…macamana ni…tolong confirmkan berita meninggal dunia ni betul…perkara kematian2 ni tak elok dipermudah2kan…senang2 je org skrg ni nak ckp org itu meninggal…org ini meninggal…tanpa usul periksa…astaghfirullah…Budiey…please confirm the story…thanks
March 21st, 2010 at 11:12 pm
untuk makluman penulis, penyanyi ni belum meninggal sehingga setakat ini. sekarang ni sedang sakit tenat di hospital keningau. untuk makluman. terima kasih..
March 21st, 2010 at 11:12 pm
al-fatihah…salam takziah
March 21st, 2010 at 11:42 pm
[...] blog Budiey.com, berita Yanie Mentor meninggal dunia kerana ketumbuhan paru-paru. Yanie pernah gak berlakon dalam [...]
March 21st, 2010 at 11:50 pm
inginkan kepastian tentang kematian yanie nie…kalau betul yang yanie masih hidup semoga ianya tebah menjalani ujian daripadanya dan jika benar yang yanie telah meninggal dunia,saya doakan agar beliau ditempatkan bersama orang2 yang beriman…dan salam takziah kepada keluarganya…
amiinnn
March 21st, 2010 at 11:51 pm
inginkan kepastian tentang kematian yanie nie…kalau betul yang yanie masih hidup semoga ianya tabah menjalani ujian daripadanya dan jika benar yang yanie telah meninggal dunia,saya doakan agar beliau ditempatkan bersama orang2 yang beriman…dan salam takziah kepada keluarganya…
amiinnn
March 21st, 2010 at 11:55 pm
di twitter ning baizura, dia telah menyatakan
“It’s not a joke, I just spoke to Irfin Yanie’s hubby. Dia meninggal lepas Zohor dikebumikan esok di KK. Al Fatehah
( “
March 22nd, 2010 at 12:12 am
al-fatiha..semoga d tmpt kn org2 yg bre iman…amin takziah pd keluarga yanie
March 22nd, 2010 at 1:32 am
salam..nie btol ke x dy mninggal..hope law dy brnyawa lg,dy dpt truskn idop..papepn takziah to family yanie.
March 22nd, 2010 at 8:06 am
salam mmg sah yanie dah meninggal..al-fatihah..kawan rapat dia fafau yg umum di fb
March 22nd, 2010 at 8:08 am
mcm xpecaya je yg yanie dh meninggal..
tp salam takziah dan al-fatihah buat beliau..
March 22nd, 2010 at 9:07 am
Salam,takziah utk family yanie…terkejut dgn berita ini…xde desas-desus mengatakan beliau sakit,tetiba dpt berita yg beiau telah meningal dunia..sedih sgt2
March 22nd, 2010 at 9:08 am
terkejt dgr berita ni…al-fatihah buat beliau dan salam takziah pd family yanie,semoga d tpt kn d org2 yg beriman
March 22nd, 2010 at 9:17 am
salam takziah buat keluarga yanie.. n Al-fatihah bt arwah yanie semoga rohnya ditempatkan bersama org2 yg beriman…..
March 22nd, 2010 at 9:31 am
Takziah kpd keluarga arwah…memang semua terkejut dengan berita ini termasuk sya sendiri. Tapi itulah hakikatnya, ajal maut tak mengira siapa kita, usia n whatsever…Al-Fatihah utk arwah n utk kita yg masih hidup teruskan menhimpun sbnyk mn bekalan abadi (ibadat,amal n taqwa) bertemuNYA nti krn kita x pasti bila hari kita……(peringatan utk diri sy jg)
March 22nd, 2010 at 10:05 am
salam takziah utk keluarga yanie.semoga roh nya di kalangan org yg beriman,aminn….
March 22nd, 2010 at 10:07 am
Akum.. memang sah yanie dan meninggal dunia.. apa pun salam takziah buat keluarga yanie. semoga Allah mencucuri Rahmat ke ats Roh Allahyarham. AL-FATIHAH..
March 22nd, 2010 at 10:09 am
semoga roh yer dcucuri rahmat…
buat famly yanie…
semoga tabah menghadapi dugaan…
AL-FATIHAH…………
March 22nd, 2010 at 10:09 am
salam takziah buat seluruh famili arwah yanie… semoga arwah dicucuri rahmat allah s.w.t. amin
March 22nd, 2010 at 10:27 am
Takziah..trkejut dgn brita ni,xsgka beliau sakit..pada keluarga arwah..byk bersabar,ini adalah ketentuan-Nya..Al-Fatihah
March 22nd, 2010 at 11:39 am
salam takziah buat keluarga arwah.. moga rohnya dicucuri rahmat al-fatihah amin
March 22nd, 2010 at 11:57 am
SALAM TAKZIAH KEPADA KUARGA YANIE…KITER SUMER AKAN PERGI KEPADANYA…
March 22nd, 2010 at 12:39 pm
tiada ape yg hendak kita terkejut berita kematian kerana sesungguhnya ALLAH telah menurunkan ayat yg bermaksud’ Sesungguhnya mati itu benar,dan setiap hambaKU pasti melalui detik kematian itu….
Tanya lh dlm dri kita masing2,sudah bersediakah kita menghadap Rabbul Izzati?
Masya Allah Sesungguhnya Mati itu terlalu perit,….
March 22nd, 2010 at 12:48 pm
Takziah buat ahli keluarga yanie..sy sgt terkejut dengan brita ini..saya sbg salah seorg peminat yanie juga terkilan kerana para peminat tidak di beri tahu bahawa yanie sedang sakit ketika arwah masih hidup.walau bagaimanapun..semoga roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan di sisi orang yang beriman..AL-FATHIHAH
March 22nd, 2010 at 1:17 pm
Astaghfirullah al azim…..tidak di sangka2 yanie meninggal dalam usia yang begitu muda!….takziah saya ucapkan…dan semoga pemergian beliau memberi seribu satu pengajaran kepada semua manusia….
pemergian beliau sememangnya satu pemergian yang amat berharga……
ya Allah,berikatilah roh yanie …semoga beliau terus berada di dalam golongan orang2 yang beriman…insyaAllah…
March 22nd, 2010 at 1:40 pm
al-fatihah…takziah utk keluarga yanie…semoga rohnya d cucuri rahmat…amin…….
March 22nd, 2010 at 3:07 pm
Salam takziah diucapkan buat seluruh ahli keluarga arwah yanie, diharap agar semua tabah menghadapi ujian Allah. Buat suami yanie kuatkan semangat dan tabah menghadapi ujian ini. semoga arwah dicucuri rahmat Ilahi dan ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman… Al-Fatihah…
March 22nd, 2010 at 3:12 pm
salam takziah…
March 22nd, 2010 at 5:25 pm
salam takziah buat keluarga yanie, daripada Dia kita dtg kepadaNya jua kita kembali..smoga ditempatkan dlm golongan solehah..srta dicucuri rahmat keatas rohnya amin..
March 22nd, 2010 at 5:53 pm
salam takziah buat keluarga Yanie skeluarga…..
harp tbh menghdapi dugaan kehilang insan tersyang…….
Allah S.W.T mgmbil ssuatu yg kta syg namun akn mggntiknnya dgn sesusatu yg lebeh berharga…..janji Allah itu pasti……….
smoga roh Allahyarhamah aman dsana….aminnnn
March 22nd, 2010 at 6:06 pm
salam takziah kepada ahli keluarga. dan kepada peminat yani, jgn bersedih dan tabah kan hati anda.
March 22nd, 2010 at 6:23 pm
al-Fatihah untuk family arwah yanie…semoge rohnye ditempatkan di kalangan roh orang-orang yg dirahmati-Nya…
March 22nd, 2010 at 6:36 pm
assalamualalaikum… sdy sgt bila dapat tahu yanie da meninggal dunia… cz eyda bawu baca paper metro yg dye kritikal, tetiba baca dalam sensasi selebriti dye da meninggal… aper pown eyda doakan rohnya dicucuri rahmat ( Amin )… kepada famly Yanie, Banyakkan bersabar… ini semua ujian Yang Maha Kuasa… Tahziah…
March 22nd, 2010 at 6:41 pm
Saya kira niat blogger adalah baik utk menyampai kan berita tentang pemergiaan roh yanie. Tetapi benar kan saya memberi sedikit komen dan maaf jika komen ini mungkin menyinggung perasan blogger. Bagi yg telah meninggal dunia saya kira adalah baik nya kita sama2 tidak menyiarkan gambar2 roh yg telah pergi yang mungkin sedikit tidak kena (not appropriate). Saya rasa photo yg kedua lebih sesuai dan mencukupi (yg berbaju unggu dan berselendang, dan yg berbaju hitam agak kurang sesuai utk membuat pengumumam bg yg telah pergi). Saya harap blogger tidak salah faham tentang komen saya ini. Harap maaf jika mengundang rasa tidak sedap. Terima kasih dah Al-fatihah utk roh Yanie semoga rohnya dicucuri rahmat dan dilepaskan azab kubur dan di terangi cahaya nur hendaknya, insyAllah. Amin
March 22nd, 2010 at 7:30 pm
mse tlntg skit x de media g lawat k?da meniggal bru g tau?kitorng terkezut gile……………………………………………pape pn yg idup pstikn mati..
March 22nd, 2010 at 7:53 pm
al-fatihah kapada keluarga allahyarham moga roh nya dicucuri rahmat amin
March 22nd, 2010 at 8:50 pm
salam semua..
lambatnya aku tau berita sedih ni…
walaupun aku bukan peminat allahyarhamah yani,
tapi aku turut bersimpati kat anak, suami and semua ahli keluarga yani…
semoga rohnya ditempatkan dikalangan org2 beriman..
amin…
March 22nd, 2010 at 9:26 pm
salam takziah untuk ahli keluarga.sumoga roh nya berada di sisi org2 yang soleh.amin.al.fatihah.
March 22nd, 2010 at 10:18 pm
SALAM TAKZIAH BUAT KELUARGA YANI..SEMOGA ALLAHYARHAM DITEMPATKAN ORANG-ORANG YANG BERIMAN…AMIN.
March 22nd, 2010 at 10:37 pm
Salam takziah buat keluarga yanie sekeluarga. Al-Fatihah juga arwah yanie…semoge rohnye ditempatkan di kalangan roh orang-orang yg dirahmati-Nya… Amin
March 22nd, 2010 at 11:19 pm
Takziah..sssungguhnya dr allah kita dtg dan kpd allah kita kmbali.tp knapa x penah kua lam media pun gtau yg arwah saket.haaish..sedihla..ttbe dah mninggal.tula..ajal x kira usia,seme org mati.sama2 la kite ingat mngingati antra satu same lain.hidup hnya sementara,akhirat yg kekal abadi.peace..
March 23rd, 2010 at 12:19 am
salam….takziah to family yanie. semoga roh beliau akan di semadikan bersama2 orang yang beriman…al-fathihah…
March 23rd, 2010 at 1:23 am
AL-FATIHAH..Takziah kepada keluarga Yani.. semoga rohnya ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. Amin.
March 23rd, 2010 at 2:15 am
hmm…few wex ago mummy ak msk same wad ngan arwah..ingtkn bkn arwah..but arwah g duluan kuar wad dr mummy ak..tp kat hqe bkn kat hsptl kngau…
March 23rd, 2010 at 2:28 am
Kami pelajar uitm juga mengucapkan salam takziah buat keluarGA arwah….kami terkejut sngt dengan berita ini. betul setiap yang hidup pasti akan mati tidak kira usia,masa,siapa,dan tempat. jadi pada kita yang masih hidup sedarlah bahawa kita juga akan menempuh seperti yang telah berlaku. jadi bersedialah kita dengan amal ibadat. INSYAALLAH
March 23rd, 2010 at 7:19 am
salam…pe citer ni..mana satu yang betul ni..jangan main2 lo dgn kematian…
March 23rd, 2010 at 8:47 am
al-fatihah, takziah kepada keluaraga aruwah, semoga rohye ditempatkan di antara orang yang beriman…amin
March 23rd, 2010 at 9:02 am
salam takziah buat suami anak dan seluruh keluarga. Beruntung arwah Yanie pergi di ketika masih muda…itu bermakna Allah amat sayangkannya.
March 23rd, 2010 at 11:15 am
al-fatihah…..salam takziah buat family arwah..redha kan lah permergian arwah dengan hati yg tabah dan sabar..semua itu ada hikmahNya..
March 23rd, 2010 at 12:15 pm
salam takziah buat keluarga…..buat suami dan anak yanie…semoga rohnya ditempatkan bersama2 org yg beriman…amin….
March 23rd, 2010 at 12:18 pm
salam takiah buat keluarga yanie…saya org sabah sendiri tdak mengetahui atas kehilangan yanie..saya salah seorang peminat yanie ketika yanie berlakon dgn fara fauzana….
March 23rd, 2010 at 12:35 pm
al fatihah..smoge roh dicucuri rahmat..aminnn
March 23rd, 2010 at 12:39 pm
innalillahiwainnailaihirojiun….
al-fatihah buat kuarga allahyarhamah
March 23rd, 2010 at 2:33 pm
YA ALLAH…TERKEJUT DGN BERITA NIH..TK SANGKA DIA MENINGGAL KERANA SAKIT, SEBAB ORGNYA NAMPAK SIHAT N CERIA JER..MASIH TERBAYANG WATAK DIA SBG WANDA DLM SITCOM FARAH..NGAN RAMBUT KERINTING DIA, SENYUM CERIA DIA..ALLAHYARHAM JUGA ARTIS YG BERSIH DR KONTROVERSI…ALFATIHAH..MOGA ROHNYA DICUCURI RAHMAT DAN DITEMPATKAN DISAMPING ORG2 YG BERIMAN..
March 23rd, 2010 at 2:49 pm
semoga rohnya dicucuri rahmat…bt family yg tggl redhalah dengan pemergiannya…Alfatihah…
March 23rd, 2010 at 2:54 pm
al fatihah utk arwah..semoga segala apa yg salah diampunkan..
berharap keluarga arwah dpt menerima segala dugaan di bumi allah s.w.t
March 23rd, 2010 at 3:19 pm
sesungguhnya dr ALLAH kita datang dan kepadaNYA kita kembali…alfatihah
March 23rd, 2010 at 3:59 pm
btoi la arwah dah meniggal..klau x caye g bca paper berita harian…takziah wat family yanie….hrap bersabar yer…al-fatihah buat arwah yanie..
March 23rd, 2010 at 4:37 pm
SEMOGA ROH YANIE DICUCURI RAHMAT..
SEMOGA DIAMPUNKAN SEGALA KESALAHAN YG PERNAH DILAKUKAN
SEMASA BELIAU HIDUP DI DUNIA..
AL FATIHAH..
AMIN..
March 23rd, 2010 at 5:20 pm
SALAM TAKZIAH KEPADA KELUARGA ARWAH…SEMOGA ROHNYA SENTIASA DICUCURI RAHMAT OLEH ALLAH SWT…AL-FATIHAH….
March 23rd, 2010 at 10:31 pm
salam takziah buat keluarga yanie…semoga tabah menghadapi dugaan ini.
semoga roh nya di tempat kan di sisi2 org yg terpilih.amin..
March 23rd, 2010 at 10:40 pm
salam takziah buat keluarga allahyarhamah Yanie…semoga rohnya dicucuri rahmat & berbahagia di alam sana…Al Fatihah
March 24th, 2010 at 12:32 am
sy amat trkjut dgn berita khilangan yanie..smg yanie d cucuri rhmat..pd suami yanie hrp tbh dan dpt mnjaga ank dgn ank krn ank ini lah stu2 nya kngan dr yanie..ank yg yanie kndungkan 9 bulan..ank ini juga lah pnymbung dr yanie…smg tbh dlm mhghadapinya..
March 24th, 2010 at 12:43 am
Al Fatihah Untuk Yanie
March 24th, 2010 at 12:44 am
salam takziah buat family yanie….AL-FATIHAH..
March 24th, 2010 at 2:27 am
semoga roh yanie dirahmati ALLAH S.W.T
SESUNGGUHNYA ALLAH SAYANG DENGAN ARWAH…
March 24th, 2010 at 8:51 am
Salam takziah wat keluarga allahyarham Yanie..semoga roh nye dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan org2 yg beriman…aminn…
March 24th, 2010 at 3:49 pm
aslmekum, takziah buat keluarga yanie xpecially suami yanie.. terkejut sangat dengan berita pemergian yanie.. betul2 mendadak.. saya minat gak dengan lakonan dan suara dia yang nyaring tuw.. tak sangka Allah lebih sayangkan beliau. sama2 lah kita berdoa agar cdia dicucuri rahmat dan ditempatkan di tempat org2 yang beriman.
AL FATIHAH
March 24th, 2010 at 6:03 pm
semoga rohnya dicucuri rahmat amin…….
March 24th, 2010 at 6:14 pm
takziah kepada family yanie……
semoga roh yanie dirahmati oleh ALLAH SWT….
AMIN……………
March 24th, 2010 at 6:33 pm
Innalillah…
Takziah….
Al-Fatihah….
Kita yg hidup ni, jgn lalai suruhan Tuhan….sok lusa turn kita pulak mengadap Ilahi….
March 24th, 2010 at 7:01 pm
Takziah buat keluarga Allahyarham YANIE… Banyakkan bersabar.. Tuhan lebih menyayangi Yanie..Mari kita semua sama-sama sedekahkan Al-Fatihah buat Allahyarham SITI SURIANE BINTI JULKARIM..semoga roh beliau ditempatkan bersama sama orang yang beriman..AMIN..
March 25th, 2010 at 10:15 pm
assalamualaikum…….takziah kpd kluarga allahyarham yanie atas pmergian beliau.smoga rohnya dcucuri rahmat…..amin
March 25th, 2010 at 10:21 pm
takziah wat family allahyarham yanie….smoga roh nya dcucuri rahmat y ESA..amin
March 28th, 2010 at 10:29 am
Takziah buat keluarga Yanie..smg rohnya dicucuri rahmat..A-Fatihah amin….
March 28th, 2010 at 4:14 pm
Takziah juga untuk suami dan keluarga Yanie..moga allah swt mengampunkan dosa2nya dan di tempatkan di kalangan hamba2nya yg beriman……al-fatihah…
March 31st, 2010 at 10:47 pm
takziah buat keluarga yanie….
April 4th, 2010 at 1:07 pm
semoga Allah mencucuri rahmat ats roh arwah yanie…
al-fatihah
amin…
April 18th, 2010 at 1:53 am
Al-fatihah… semoga rohnya ditempatkan di antara orang2 yg beriman… Amin…
May 2nd, 2010 at 11:21 pm
assalammualaikom….
ya allah, sy baru dpt tahu berita ttg kematiann arwah..hurm,, x sangka kn. sy ske tgk gelagat arwah dlm sitkom fara.. salam takziah sy ucapkn kpd keluarga arwah…semoga rohnya dicucuri rahmat..! al fatihah..
May 8th, 2010 at 1:26 pm
semoga Allah mencucuri rahmat ats roh arwah yanie…
al-fatihah
amin…
May 28th, 2010 at 3:06 pm
Al-fatihah… semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang2 yang beriman… amin…
September 15th, 2010 at 11:31 am
al fatihah buat yanie mentor…sesungguhnya ajal dan maut itu Allah yg tentukan..kita hanya mampu berdoa buat kesejahteraan arwahyarham yanie semoga rohnya tenang di alam lain..insyaAllah…