in ,

Yang Menarik Tentang Konsert Permata Seni Muzik

Konsert Permata Seni Muzik telah diadakan pada 25 Oktober 2015 (Ahad) di Dewan Tunku Abdul Rahman, Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC) yang menampilkan 45 anak-anak pintar bermain muzik secara berkumpulan dalam bentuk orkestra.

Konsert yang berlangsung selama lebih satu jam pada petang tersebut menyaksikan persembahan mantap ahli Permata Seni Muzik memainkan gabungan 14 karya muzik klasikal antaranya Rosini, Mozart, Vivaldi dan Mendelssohn termasuk sebuah lagu klasik iaitu Beethoven Symphony No.5 yang digubah semula dalam genre rock dan lagu Sayap Ilusi oleh kumpulan Wings berserta beberapa buah lagu tema daripada filem.

Konsert Permata Seni Muzik

Saudara Mustafa Fuzer Nawi iaitu konduktor Orkestra Simfoni Kebangsaan (OSK) yang juga merupakan Pengarah Muzik program Permata Seni Muzik terlibat sebagai konduktor konsert berkenaan.

Program Permata Seni Muzik yang dilancarkan di bawah kelolaan Istana Budaya sejak 11 Januari 2010 merupakan satu program khas bertujuan memberi pendedahan mengenai persembahan bertaraf kebangsaan serta memperkenalkan jenis muzik bertaraf tinggi kepada para peserta.

Para peserta yang berusia antara 8 hingga 14 tahun diberi pendedahan kepada muzik berorkestra secara profesional dan keutamaan diberi kepada kanak-kanak yang bermain alat muzik bertali seperti violin, viola, cello, double bass, piano, percussion dan juga “Rhythm Section.

Ahli-ahli Permata Seni Muzik diberi latihan berterusan melalui program bengkel muzik yang diadakan sekali setiap hujung bulan dan tiga (3) sesi kem muzik ketika cuti persekolahan setiap tahun.

Selain daripada mengadakan konsert sebegini, ahli-ahli Permata Seni Muzik sering mengadakan persembahan untuk tetamu-tetamu khas YAB Perdana Menteri yang terdiri daripada Presiden atau Perdana Menteri dari negara-negara luar.

Mereka juga diberi pendedahan antarabangsa dengan mengadakan persembahan di luar negara antaranya New York, Dubai, Kazakhstan, Jerman dan Beijing, China.

Konsert Permata Seni Muzik

Konsert Permata Seni Muzik

Konsert Permata Seni Muzik

Konsert Permata Seni Muzik

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Senarai Pemenang Anugerah EMA 2015

Himpunan Kisah-Kisah Mistik Dalam KIFARAH MISTIK