in

Yang Menarik di Hari Ke-4 Karnival Usahawan Desa 2015

Hari ini dah pun masuk hari ke-4 berlangsungnya, Karnival Usahawan Desa 2015 (KUD 2015) yang telah bermula pada 2 hingga 6 September ini di Presint 3, Putrajaya. Sudah tentu pada hari ini, ramai orang berpusu-pusu datang dan diingatkan kepada korang semua yang nak datang tu, rancanglah perjalanan, memandangkan cuaca yang agak panas, anda juga dinasihatkan supaya minum air yang banyak ya. Begitu juga dengan parking kereta, korang boleh parking di tepi-tepi jalan.

Seperti hari-hari sebelum ini, KUD 2015 tidak lepas mendapat kunjungan dari selebriti sensasi yang popular untuk memeriahkan lagi beberapa booth yang terlibat. Seperti pada hari ini, Siti Saleha akan muncul di Desa Lestari.

Siti Saleha di KUD 2015

Budiey dengar, seramai 700 usahawan desa dari seluruh negara akan menyertai Karnival Usahawan Desa (KUD) 2015 ini. Memang sangat besar karnival ini.

‪#‎Highlight‬ Antara aktiviti aktiviti yang sedang berlansung dan yang bakal dijalankan pada hari ini dari jam 10:00 pagi sehingga 1:00 petang mengikut Zon:

Pentas Utama:
Pertandingan Kompang
Pertandingan Kawad Kaki
Pertandingan Andaman Pengantin
Cabutan Bertuah

Zon A:
Persembahan Watimang Landak
Persembahan Silat Kura Kura
Persembahan Gendang Pribumi
Persembahan Kebudayaan Sabah
Penampilan Boboiboy

Zon B:
Pesta Ria
Permainan Gasing Terbang
Permainan Gasing Uri
Permainan Kertok

Zon D:
Sukaneka Rakyat
Pertandingan Sumpitan

Zon E:
Belon Udara Panas
Zon Tarikan Pengunjung:
Demo Masakan oleh chef selebriti – Chef Yang Jamil
Demo Produk

Boulevard:
Beca Berhias
Kereta Kuda

Jangan lupa ikuti update terkini kami melalui platform media sosial KUD2015

Facebook: KUD 2015
Twitter: @kud2015
Instagram: @kud_2015
Web: www.kud.my

‪#‎kud‬ ‪#‎kud2015‬ ‪#‎sayapergi‬ ‪#‎sayasokong‬ ‪#‎kklw‬ ‪#‎mindorder‬ ‪#‎putrajaya‬ ‪#‎hari4‬ ‪#‎saturday‬ #09052015

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

iPhone 6s & 6s Plus Mulai Dijual di Malaysia pada 16 Oktober 2015

TGV Cinemas Tayang Konsert Take That From 02