in , ,

Yana Samsudin & Iqram Dinzly di Bosnia Dalam Drama KALAU HATI INI RAMA-RAMA

Berlatarkan lokasi yang pernah bergolak suatu ketika dahulu, Sarajevo, Bosnia, Radio Televisyen Malaysia (RTM) membawakan sebuah drama bersiri terbaharu bertajuk “Kalau Hati Ini Rama-Rama” mengisi slot Selekta Prima di TV2.

Menampilkan pelakon Yana Samsudin, Iqram Dinzly, Iskandar Zulkarnain, Zarina Zainoordin, Norish Karman, Hafidzuddin Fazil, Syed Ali, Qazem Nor, Aida Ruyati dan Ann Abdullah, drama bersiri 13 episod arahan Izzman Hafiz ini menemui penonton mulai 2 Jun ini, setiap Selasa hingga Khamis, pukul 9.00 malam.

Jodoh itu kententuan Tuhan. kadangkala hadir tanpa diduga. Kemelut cinta Nur bermula bila dia datang ke Kuala Lumpur untuk mencari kerja. Tetapi kerana sikapnya yang agak kurang yakin dengan diri sendiri ketika menjalani temuduga membuatkan penemuduga sendiri tidak yakin untuk mengaji Nur sebagai pekerja.

Yana Samsudin & Iqram Dinzly di Bosnia Dalam Drama KALAU HATI INI RAMA-RAMA

Yana Samsudin dan Iqram Dinzly Ke Sarajevo, Bosnia Bintangi Drama Bersiri “Kalau Hati Ini Rama-Rama” di TV2

Bagaimanapun, ketika dia selesai salah satu temuduganya, Nur bersiar siar di sebuah kompleks membeli belah dan ketika memasuki sebuah kompleks membeli belah dan ketika memasuki sebuah pasaraya, Nur telah ternampak sebuah dompet di tandas yang sudah bersepah-sepah. Nur menghubungi pemilik dompet iaitu Munirah Arshad, iaitu isteri kepada Zubir dan juga ibu kepada Iskandar.

Nur berusaha memulangkan dompet tersebut yang sebenarnya dicopet oleh seseorang ketika Munirah berada di kompleks tersebut. Munirah terharu dengan sikap tanggungjawab dan kejujuran Nur dan menyarankan agar Nur diambil bekerja di hotel mereka. Suaminya Zubir bersetuju dan beberapa hari selepas itu, Nur diambil bertugas sebagai Pegawai Khidmat Pelanggan.

Pada masa yang sama, Iskandar sedang menghadapi konflik dengan tunangnya, Vee, seorang dramatis terkenal. Vee didakwa ada hubungan sulit dengan seorang pelakon lain dan hubungan mereka diperkatakan di berbagai media. Hubungan Iskandar dan Vee berakhir dengan perpisahan dan Iskandar meminta ibunya mencarikan jodoh dalam masa yang terdekat. Niatnya adalah untuk mengajar Vee.

Oleh kerana Munirah memang sukakan sangat dengan Nur, maka Munirah suarakan hasratnya itu kepada gadis muda itu. Nur terkejut dan mulanya dia menolak tetapi Munirah bijak memujuk Nur dan juga keluarga hingga dalam masa 2 minggu sahaja, Nur sah menjadi isteri Iskandar. Walaupun Iskandar sendiri yang menyuruh ibunya mencarikan isteri tetapi Iskandar tidak sentuh Nur ketika malam pertama. Malah sebenarnya Iskandar tidak ikhlas pun dengan perkahwinan tersebut. Dia hanya mahu mengajar Vee.

Vee pula bagaikan meroyan bila dapat tahu yang Iskandar bernikah kerana dia masih memerlukan Iskandar terutama dari segi kewangan. Vee berazam untuk memiliki cinta Iskandar kembali dan dia sanggup memutuskan hubungan dengan kekasih gelapnya. Kehadiran Vee dikesan oleh Munirah dan Munirah terpaksa bertindak pantas. Mereka khuatir kalau Iskandar tiba-tiba berubah hati.

Munirah dan Zubir menghantar Iskandar dan Nur untuk mengambil alih sebuah hotel di Bosnia dan dibantu oleh sepupu Iskandar iaitu Emir. Oleh kerana mereka akan tinggal untuk masa yang agak lama, mereka berdua menetap di sebuah rumah dan di sinilah bermula insiden-insiden di antara kedua mereka.

Nur berusaha sebaik mungkin untuk mendekati suaminya tetapi Iskandar tidak endahkannya. Masakan Nur tidak dijamah, berbual jarang sekali dan masa Iskandar dihabiskan sama ada di depan komputer atau pergi mesyuarat. Nur semakin keliru. Iskandar tidak meluahkan rasa cinta tetapi tiada juga kata nista. Pergolakan jiwa Nur terus bergelombang dengan kehadiran mengejut Vee di dalam hidup mereka yang menagih cinta Iskandar.

Nur kaget kerana dia bersendirian di buami asing ini dan kalau ikutkan hati, mahu sahaja Nur pulang ke tanahair tetapi mengenangkan harapan Munirah, Nur bersabar juga.

Bagaimanapun, kesabaran Nur ada hadnya dan bila saban malam dia melihat Iskandar keluar dengan Vee, Nur akhirnya mengambil keputusan untuk meninggalkan Iskandar. Malah sebelum pergi, Nur pergi bersemuka dengan Vee dan menyerahkan cincin perkahwinan yang diberi oleh Iskandar sebagai peminangannya kepada Vee. Nur mendoakan Vee akan bertemu bahagianya dengan Iskandar.

Kehilangan mengejut Nur mengejutkan Iskandar dan dia tidak sangka yang Nur bertindak sebegitu rupa. Barulah Iskandar kelam kabut mencari Nur dan barulah dia sedar yang dia bersalah kerana tidak menjalankan tanggungjawab sebagaimana yang sepatutnya. Iskandar putuskan hubungan sekali lagi dengan Vee. Vee kecewa tetapi pada masa yang sama dia sedar dia tidak dapat menyaingi cinta Nur.

Iskandar kembali ke tanahair bersama-sama dengan Vee. Berita kepulangan mereka dikesan oleh pihak media dan sampai ke pengetahuan keluarga Iskandar. Munirah marah dan Iskandar tiada pilihan selain menjelaskan apa yang terjadi. Iskandar juga pergi ke rumah keluarga Nur tetapi malangnya Nur tiada di sana.

Ke manakah sebenarnya Nur menghilang? Adakah masih ada peluang Iskandar menebus kesalahan terhadap isterinya?

Yana Samsudin & Iqram Dinzly di Bosnia Dalam Drama KALAU HATI INI RAMA-RAMA

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Corat Coret MTV Music Evolution Manila Hip Hop 2015

AirAsia Terbang Semula Ke Dhaka Bangladesh