Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me









WULAN KEMBALI MULAI 13 JANUARI 2009 DI TV2



Jika anda peminat setia drama bersiri hebat Indonesia, Wulan yang pernah mencetus fenomenanya tersendiri menerusi TV1 tahun lalu, kini anda berpeluang menyaksikan sambungan konflik menarik kisah wanita bernama Wulan ini mulai 13 Januari 2009.

Namun kini ianya akan bersiaran di TV2, Dunia Ria mengisi slot Sutera @ 2, setiap Isnin hingga Khamis, jam 6.00 petang.

Menerusi episod terakhirnya yang disiarkan 31 Disember 2008 lalu, penonton dapat menyaksikan kisah Wulan terhenti berlegar sekitar kisah konflik Wulan yang sudah pun menimang cahayamatanya hasil hubungannya dengan Budi, teman lelakinya terdahulu.

Ia menimbulkan situasi pelbagai daripada watak-watak penting termasuk penerimaan Awan, teman lelakinya kini terhadap bayi yang dilahirkan itu. Begitu juga konflik dilalui watak Budi, yang telah menikahi Aline dan hidup berumahtangga dengannya. Bagaimanakah penerimaannya setelah mengetahui bekas teman wanitanya itu melahirkan anak hasil hubungan sulit mereka.

Justeru kepada anda yang sebelum ini ternanti-nantikan konflik demi demi konflik dan kesudahan hidup wanita cekal dikenali sebagai Wulan ini diharap tidak melepaskan peluang menyaksikan sambungan drama bersiri hebat ini mulai 13 Januari 2009, setiap Isnin hingga Khamis, jam 6.00 petang menerusi TV2.

Wulan dibintangi Dhini Aminarti, Giovani L.Tobing, Alice Norin, Kinaryosih, Asmirandah, Rio Reifan, Shireen Sungkar, Cha Cha Frederica dan Aditya Herpavi Rachman.

Tags:

Tags:

Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Sinopsis Drama Wulan Lakonan Dhini Aminarti dan Giovani L Tobing
  • Profile Asmirandah Pelakon Drama Wulan
  • Profile GIOVANI L. TOBING Pelakon Drama Wulan
  • Profile DHINI AMINARTI Pelakon Drama Wulan
  • PERUBAHAN TERBAHARU WAKTU SIARAN BERITA TV2 DI RTM
  • Tipu Kanan Tipu Kiri
  • Pelakon Drama Wulan Giovani L. Tobing & Dhini Aminarti Di Malaysia
  • Drama Safira Lakonan Yukino Amira dan Lucky Perdana di TV2
  • UJIBAKAT BINTANG RTM 2009
  • PERUBAHAN JADUAL BERITA RTM MULAI 20 APRIL 2009



    • http://www.selebriti.tv selebriti

      layan…

    • http://www.vote.my vote me

      On of Best dramatic and high tv series rating in indonesia too..

    • june

      lum pernah tgk pun..kalau sinetron Suci tu ada gak…

    • http://www.yahoo.com achu

      tak pernah tengok? citer ni khas ditujukan buat lelaki-lelaki yg menjadikan perempuan seperti HABIS MADU SEPAH DIBUANG…bila nak cari kesempurnaan, tiba-tiba kesempurnaan tu jadi sebaliknya…padan muka…tauladan ye buat lelaki-lelaki yg terasa nak buat perempuan cam BAJU yea…

    • Tabuan

      Kan betol tak apa aku kata… orang terlebih warak ni.. kalo mengamuk.. mengalahkan berok aji mat rip !
      Ni mcm nak bersyarah… ? hahaha! buat lawak ada lah..
      Last2 orang warak naik angin maki2..
      muhahaha!!

    • eastsmile

      aku tak setuju pukul 6..b4 this pukul 7:30…mana sempat aku balik keje woi…tkrla…

    • ynyn

      oh tidak..ini bermkna siri big is beautiful dah nak hbs…oh tidak!!!!!!!!!!!!!!!!

    • dahnakjadi

      cerita maksiat ni… berzina..minum arak..pakai seksi2…singkat2…kuo msk bilik tido ngan slamber tanpa muhrim..pegang dog (ntah islam or tak ..aku tak tau la)…siap ciom2 dog lagi wehh..

      saiko citer ni sbnrnya…berlindung disebalik maksiat…nampak suci la kunum

    • http://gossipgalore.today.com LJ

      Oh you mean skg ni they all dah stop showing the show ke?? alahai pity my mother lah… dia peminat setia.. frust dia bila the show stop airing during the start of the year..

      Thanks anyway… I let her know :)

    • RB

      terus-terang I kata, I tak suka sangat sinetron wulan tu.opps sorry, alamak terlebih sudah!

    • eastsmile

      Kata: they show on 6pm monday-thursday

      dahnakjadi: pernah tengok ke cerita tu? rasanya u tak pernah tengok kut…mana ada anjing dalam cerita tu..salah cerita ni…

    • nurul

      please adakan cerita big is beautiful tv2 tu…
      yg dah abis….
      please kita nak download cerita tu….
      please cerita tu best sgt sgt….
      cerita wulan x minat…..
      minat kimi cerita big is beautiful……

    • http://wulan bucuk bucuk….

      Tak setuju wulan di tukar waktu siaran….wahhhhhh tak sempat nak tengok…harap boleh ubah siaran seperti dulu…7.30 pm….tolong lah wah suka ni cite….

    • iena

      ala nape cite big is beautiful dah abissss.. xdapat tgk part yg last ar!!! eeeee geramnye… nk tgk kimi lg!! ape brng cite wulan.. xbest ar!!

    • http://january17,2009at11.32 girls

      ala…………awek cite big is beautiful abis pat ngat………
      x best rrrrrrrrrrrrrrr
      chat lom ngok ep last….
      x tau pe ksudahannye……….
      buat la tayangan alik………
      chat suke ngat2…..
      best giler………..hu…hu2………

    • http://yahoo sz

      mmg aku minat giler kat ctire wulan ni walaupun ada maksiat kat situ… kita yg islam kat malaysia ni pun ada yg bela anjing juga ada yg minum arak juga ada yg berzina juga so nak kata apa???????

      dulu boleh juga online tgk tapi sekarang ni tak boleh (sbb tak tahu cara…..nak online) pastu tu pukul 6pm ergggggggggggg geram aku….frust tau……… tukarla balik pukul 7.30 tukarla balikkkkkkkkkkkkkkkkkk

    • anis

      mane aci…x smpt tgk episod akhir big is beautiful!!!
      boikot criter wulan!!!

    • @tok

      ader sape2 yg tau mana nak donlod season 2 sinetron wulan nih… my wife x sempat tgk tu yg nak donlodkan…

    • tengok dulu-dulu

      nak tanya apa dah jadi dengan wulan sebab sekrg tunjuk pukul tiga, x dapt tengok kat ofis.

    • handsome

      pelakon ni dhini aminarti telah berkahwin ngan pelakon kat indonesia Dimas seto, gantang sangat.



































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK