in

WORLDSTARS – ROAD TO HOLLYWOOD

REALITI TV : WORLDSTARS – ROAD TO HOLLYWOOD, SETIAP SELASA, JAM 10.00 MALAM DI TV2

blogProgram realiti TV sememangnya menjadi pilihan penonton terutama di kalangan remaja apatahlagi bagi mereka yang sentiasa mengikuti perkembangan industri seni tanah air. Saban hari khalayak penonton kita dihidangkan dengan bermacam-macam program realiti TV terutama melibatkan bidang nyanyian yang berminat mencungkil bakat sebagai penyanyi.

Begitu pun kini penonton setia Radio Televisyen Malaysia (RTM) berpeluang menyaksikan satu-satunya program realiti TV terbaharu yang menampilkan konsep berbeza berbanding program sama yang sedia ada iaitu Worldstars – Road To Hollywood.

Realitinya Worldstars – Road To Hollywood adalah program yang cuba mencungkil bakat-bakat masyarakat Malaysia yang terpendam melibatkan lima kategori sekaligus dalam bidang seni persembahan merangkumi Vokal, Tarian, Lakonan, Modeling dan Instrumentalis.

Pastinya Worldstars – Road To Hollywood disiarkan setiap hari Selasa, jam 10.00 malam menerusi TV2 dalam 13 episod siarannya menampilkan kemunculan gandingan pengacara pelakon terkenal Jehan Miskin dan Vanessa Chong.

Program Worldstars – Road To Hollywood bermula dengan mengikuti perkembangan dan persiapan pasukan Team Malaysia 2008 dalam pertandingan antarabangsa di Hollywood pada tahun lepas – World Championship Of Performing Arts 2008.

Terdapat 4 segmen dan segmen pertama adalah mengenai kategori Vokal dan diwakili of Noryn Aziz dan adik Iqwal. Manakala menerusi segmen kedua iaitu Modeling pula diserikan dengan kemunculan dua model terkenal iaitu diwakili oleh Tengku Azura dan Zeia.

Kemudiannya program yang bersiaran sepanjang satu jam ini diisi dengan segmen ketiga melibatkan Intrumentalis yang diwakili oleh pemuzik-pemuzik dari Istana Budaya sebelum menyusul segmen terakhir melibatkan kategori tarian dan diwakili oleh penari-penari hebat dari Istana Budaya.

Untuk mengetahui siapakah peserta-peserta yang berjaya melayakkan diri ke peringkat-peringkat yang seterusnya hingga menuju ke peringkat akhir yang bakal disiarkan pada 12 Mei 2009 kelak, usah ketinggalan menyaksikan pencarian bakat-bakat baru bidang seni ini dengan menonton Worldstars – Road To Hollywood disiarkan setiap hari Selasa, jam 10.00 malam menerusi TV2.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

PERUBAHAN JADUAL BERITA RTM MULAI 20 APRIL 2009

Pemenang Pertandingan Menulis Lirik Lagu Imran Ajmain