in

WISHING YOU A PROSPEROUS CHINESE NEW YEAR ONLY ON 8TV!

Semoga Tahun Baru ini memberikan anda tuah, kesihatan dan kegembiraan

Kami di 8TV mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina untuk penonton-penonton setia kami. Sebagai menghargai sokongan semua, 8TV telah menyediakan rancangan-rancangan yang cukup menarik untuk tontonan anda seisi keluarga! Bermula dari malam Tahun Baru Cina sehingga hari keempat, anda semua akan dihiburkan dengan program-program dari luar negara dan tempatan bagi menemani cuti panjang anda!  

 

25 JANUARY 2009, AHAD:

HO CHAK! CNY SPECIAL 2009 – 25 & 26 Jan
Masa: 7.00 malam   
Sempena dengan perayaan Tahun Baru Cina, Ho Chak! akan membawa anda membongkar rahsia menyediakan 8 jenis hidangan penting pada perayaan ini. Program ini turut dimeriahkan dengan penampilan selebriti jemputan popular yang hadir menemani pengacara  Ho Chak! –  Orange dan Chris.

8TV CNY COUNTDOWN CELEBRATION LIVE
Masa: 10.30 malam   
8TV membawakan program menarik ini khas untuk tontonan anda seisi keluarga. Saksikan persembahan menarik dari artis-artis popular tempatan. Pelbagai segmen menarik turut diselitkan antaranya ramalan horoskop/Feng Shui, ucapan tahun baru, temubual dengan artis, temubual pelajar-pelajar dari luar negara, muzik video dan banyak lagi!
         
26 JANUARY 2009:

8TV ALL STARS CNY SPECIAL 2009 
Masa: 9.00 pagi
Drama muzikal ini mengisahkan tentang pekerja-pekerja belakang tabir 8TV dari beberapa jabatan. 8TV ALL STARS CNY SPECIAL 2009 terbahagi kepada empat cerita yang rata-rata berkisarkan tentang perayaan Tahun Baru Cinta. Dibintangi oleh Gary Yap, Desmond Tey, Ng Kar Yoon, Natalie, Rickman, Ken, Orange, MeiSim, Dylan, Lili, Chris, Owen, Jeffrey, Cheryl, Henley dan Jack.

ROOTS
Masa: 12.00 tgh
Program ini membawa anda menyelami asal usul dan sejarah masyarakat Cina yang cukup unik dengan pelbagai dialek. Pengacara akan membawa anda menganalisa fakta menarik, mengkaji sejarah masyarakat Cina dan menyalurkan informasi yang cukup berguna untuk semua.

DIAMOND CLUB CNY SPECIAL (PART 1)
TIME: 1.00pm, PART 2 – 27 Jan, 1.00pm
“Diamond Club” merupakan sebuah program untuk mengasah bakat. Khas untuk Perayaan Tahun Baru Cina ini, beberapa artis popular antaranya Li Jing, 5566, Peter Ho dan Tammy Chen akan membuat persembahan untuk hiburan anda semua!

MOVIE: SHOPAHOLICS
TIME: 8.30pm
Filem komedi ini menampilkan Cecilia Cheung sebagai watak utama. Tabiat Fong Fong (Cecilia) yang suka membeli-belah telah menyebabkan beliau dikelilingi hutang. Fong Fong berjumpa dengan seorang pakar sakit jiwa – Choosey (Lau Ching Wan) untuk mengurangkan tekanan yang dialaminya. Richie (Jordan Chan) seorang jutawan pula mempunyai satu hobi pelik ketika membeli-belah. Kedua-dua lelaki ini akhirnya jatuh cinta dengan Fong Fong. Apakah kesudahan cerita ini? Mana yang lebih berkuasa – wang atau cinta?
 
27 JANUARY 2009:

Go-go-Go! CNY SPECIAL 2009
Masa: 6.00 petang
Pernahkah anda menyaksikan selebriti-selebriti tempatan beraksi selain dari menyanyi, menari dan mengacara? Go-go-Go! CNY Special 2009 membawa anda untuk menyaksikan kehebatan selebriti tempatan menunjukkan kebolehan masing-masing dalam beberapa acara yang cukup mencabar fizikal dan mental peserta.  Selebriti ini akan berentap dengan beberapa orang penonton untuk merebut hadiah-hadiah yang cukup lumayan!

MICHAEL WONG’S BEST MUSIC MOMENT
TX: 7.00pm
Mini konsert ini telah dirakamkan secara langsung di hadapan peminat-peminat. Michael Wong’s Best Music Moment terbahagi kepada empat segmen yang menampilkan kisah- kisah menarik di sebalik kejayaan beliau. Turut menyelitkan perjalanan karier seni Michael dalam bidang seni suara. Michael akan mendendangkan 10 buah lagu popular khas untuk penonton semua. 

MOVIE: JUST FOLLOW LAW
TX: 8.30 malam
Filem komedi Singapura ini akan merungkai politik pejabat yang selalu berlaku di kalangan kita.  Lim Deng Zui (Gurmit Singh) seorang pekerja biasa telah bertukar jasad secara tidak sengaja dengan Tanya Chew (Fann Wong) yang merupakan seorang naib presiden di sebuah syarikat di dalam sebuah kemalangan. Pengalaman luar biasa ini mengajar mereka untuk lebih menghormati dan memahami di antara satu sama lain.

COUNTDOWN COUNCERT LIVE IN TAIWAN 2009
TX: 10.30 malam
Countdown Concert Live In Taiwan 2009 ini membariskan artis-artis terkenal Taiwan antaranya Wang Lee Hom, Jolin, Fish Leong, May Day, Van Fan, Energy, Yi Da, Alan Kuo, Evan Yo, Nan Quan Mama dan ramai lagi. Anda pasti terpukau dengan persembahan bertenaga artis-artis ini.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Abby Abadi Rawat Luka Terpendam Ke China Bersama Zulkifli Ariffin?

Majalah Sensasi Bertukar Selebriti, Saniboey Bersara dari Manja?