Wings Mahu Cipta Sejarah di Konsert Opera Hidup

WINGS MENCIPTA SEJARAH DI ISTANA BUDAYA MENERUSI KONSERT OPERA HIDUP BERSAMA ORKESTRA SIMFONI KEBANGSAAN

Wings telah banyak mengharungi ‘Opera Hidup’ sebagai kumpulan rock tanah air selama 25 tahun di dalam memperjuangkan muzik rock bersama-sama kelompok peminat yang mereka kumpul hingga kini.

Sayap Wings tetap teguh terbang bersama Awie, Joe, Eddie dan Black merantau serta menerokai musik rock dengan lebih rakus dan berani demi mencari sesuatu pembaharuan di dalam Opera musik mereka agar tetap hidup didalam jiwa dan ingatan peminat-peminat.

16 album dari Belenggu Irama hingga Live at Planet Hollywood, pelbagai rentak dan melodi rock telah dihadiahkan Wings kepada peminat setia mereka.

Pic Wings

Dari pentas Fun-Fair hingga ke pentas Konsert selama 25 tahun mereka memberikan persembahan yang panas lagi bertenaga. Kini, pada 29 April hingga 1 Mei 2011 di Panggung Istana Budaya bakal tercipta sejarah di dalam Opera Hidup Wings dan peminat setia mereka – KONSERT WINGS OPERA HIDUP bersama Orkestra Simfoni Kebangsaan (OSK).

Bombay Worldwide dan Anggerik Event akan menganjurkan konsert ini bersama Red On Black dengan kerjasama Istana Budaya dijadualkan berlangsung selama tiga hari. Dengan berlatarkan pentas ekslusif, Panggung Sari Istana Budaya, Wings akan memberikan persembahan yang amat istimewa lagi ekslusif yang mampu memberi impak yang besar kepada peminat-peminat mereka semua.

Selaku pengarah konsert, Bombay yang telah banyak menjayakan konsert dan event yang berprestij berkata ‘Wings Opera Hidup bersama Orkestra Simfoni Kebangsaan’ adalah satu sejarah yang diciptakan buat Wings untuk peminatnya dan industri musik tanahair.

Gabungan idea dari Bombay dan sentuhan kreatif dari Joe Wings bakal menghidangkan satu karya ekslusif yang belum pernah disaksikan sebelum ini oleh semua. Menurutnya lagi, pejuangan Joe yang ingin Wings bersama dirinya untuk menghasilkan karya persembahan mereka ke tahap yang lebih tinggi maka terciptalah KONSERT WINGS OPERA HIDUP di Istana Budaya.

Konsep persembahan dan genre musik yang akan dibawa oleh Wings digabungkan bersama Ex-Wings ialah Rock Klasik Versi Orkestra sepenuhnya dan adalah dari lagu-lagu hits Wings. Bagaimanapun, memandangkan tiket adalah terhad, hanya 7000 peminat bertuah saja berpeluang untuk menyaksikan sebuah karya unggul yang boleh dianggap sebagai satu sejarah khususnya untuk mereka yang selama ini mengaku penggemar setia kumpulan Wings.

Sejarah ini tidak akan tercipta tanpa kerjasama Ketua Pengarah Istana Budaya Encik Juhari Shaarani, pegawai-pegawai dan kakitangan Istana Budaya. Dengan itu, Bombbay Worldwide ,Anggerik Event dan Red On Black serta tenaga kerja produksi Konsert Wings Opera Hidup akan menjayakan konsert yang bersejarah ini bersama-sama.

Jesteru, bagi peminat yang ingin membuat tempahan tiket bagi menyaksikan persembahan istimewa Wings ini, anda boleh melayari laman sesawang www.ticket2u.bz dan www.sayap2wings.com. Tiket-tiket berharga RM65, RM85, RM125, RM165, RM205, RM245, RM305, RM450 (Ekslusif bersama Wings).

Sidang media khas untuk mengumumkan tentang konsert Wings ini diadakan pada petang ini.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Shila Amzah di Konsert Asia Star Session

Ikuti Temubual Siti Nurhaliza Bersama Tun Mahathir dalam SITI