in ,

Filem Animasi WHEELY Arahan Yusry KRU Laris di Peringkat Antarabangsa

Anak syarikat KRU International Sdn Bhd, Kartun Studios Sdn Bhd mengumumkan kejayaan awal filem animasi terbaru mereka berjudul WHEELY yang mendapat tempahan pengedar-pengedar di serata dunia melalui pra-jualan di pasaran-pasaran filem antarabangsa di Cannes, Los Angeles dan Berlin.

“Wheely” sebuah filem animasi/aksi/komedi merupakan filem kedua terbitan Kartun Studios dan filem animasi pertama arahan Yusry KRU yang kini didalam proses akhir produksi yang dijalankan di studio KRU di Ipoh, Perak.

Poster-Wheely

Filem Animasi WHEELY Arahan Yusry KRU Laris di Peringkat Antarabangsa

“Pengalaman mengarah sebuah filem animasi sebenarnya bukanlah terlalu asing bagi saya kerana sebelum ini kebanyakan filem-filem arahan saya banyak menggunakan teknik CGI dan perancangan syot melalui papan cerita yang dihasilkan sebelum penggambaran.

“Wheely” menggabungkan elemen aksi komedi yang sesuai untuk tontonan umum dan bukan terhad kepada golongan kanak-kanak saja. Saya mengambil peluang ini untuk mengenengahkan lokasi-lokasi menarik sekitar Putrajaya, Kuala Lumpur dan destinasi-destinasi pelancongan tempatan yang lain walaupun bertemakan penceritaan universal.” ujar Yusry.

Walaupun watak-watak kenderaan “anthropomorphic” (berciri kemanusiaan) pernah dihasilkan di Barat melalui iklan Chevron, filem “Cars” dan siri “Herbie”, “Wheely” mempunyai plot cerita dan reka bentuk watak yang unik dan tersendiri.

Ianya mengisahkan watak “Wheely” sebagai teksi yang dipandang rendah oleh komunitinya terpaksa berdepan dengan sindiket jenayah yang menculik kenderaan-kenderaan mewah iaitu kenderaan import yang menjadi golongan elit di bandaraya tersebut.

Menurut Dato’ Norman Abdul Halim, selaku Penerbit Eksekutif “Tempahan yang kami terima bagi filem “Wheely” sememangnya luar biasa memandangkan filem ini masih di dalam proses produksi.

Kebanyakan pengedar yang membuat tempahan filem “Wheely” adalah pengedar-pengedar yang sama mengambil hak pengedaran filem animasi pertama kami berjudul “Ribbit” yang telah meraih sekitar US$4 juta kutipan di pawagam (termasuk di Poland sebanyak US$1juta) dan memenangi Filem Keluarga Terbaik di Niagara Integrated Film Festival di Canada.”

“Wheely” bakal diedarkan di 94 buah negara dan dijangka akan berada di pawagam tanahair sekitar bulan Mac 2018 didalam versi Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia. Untuk mengikuti perkembangan lanjut mengenai “Wheely”, sila “like” Facebook WheelyTheMovie, “follow” Instragram WheelyMovie dan “subscribe” You Tube Kartun Studios.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

JAILANGKUNG Filem Seram Indonesia Paling Laris Ditayang di Malaysia

Yuna Selamat Bertunang Dengan Adam Sinclair