in

We The Kings Featuring We Are The In Crowd Live In Malaysia 2012

TALENT HARVEST MEMPERSEMBAHKAN WE THE KINGS FEATURING WE ARE THE IN CROWD LIVE IN MALAYSIA 2012

Band terkemuka tempatan Oh Chentaku, Kyoto Protocol dan Bunkface bakal membuka tirai konsert sulung We The Kings dan We Are The In Crowd di Malaysia. Tiket boleh didapati sekarang!

Saksikan muzik video Check Yes Juliet” dari We The Kings:

Saksikan muzik video “Rumor Mill” dari We Are The In Crowd di link ini:

Talent Harvest hari ini mengumumkan konsert Talent Harvest Presents We The Kings Featuring We Are The In Crowd Live In Malaysia 2012 yang menampilkan kumpulan pop punk We The Kings dan kumpulan alternatif We Are The In Crowd dari Amerika Syarikat.

Konsert yang dinantikan oleh peminat muzik rock alternatif dan pop punk tanahair bakal berlangsung pada 30 Mei 2012 di Stadium Bukit Jalil, Car Park A.

Apa yang lebih unik lagi, We The Kings dan We Are The In Crowd yang bakal mengadakan konsert jelajah Asia Tenggara secara berasingan di bulan April dan May, akan berentap dalam satu konsert yang sama di Malaysia. Ini membuatkan konsert di Kuala Lumpur satu konsert yang mesti disaksikan para peminat We The Kings dan We Are The In Crowd.

Dalam jadual konsert Talent Harvest We The Kings featuring We Are The In Crowd Live In Malaysia 2012, We Are The In Crowd akan memainkan lagu hit mereka seperti Rumor Mill, Never Be What You Want, dan lagu baru mereka bersama Alex Gaskarth dari kumpulan All Time Low yang berjudul Kiss Me Again. We The Kings kemudiannya akan mengubat rindu para peminat dengan lagu Check Yes Juliet, Secret Valentine, Skyway Avenue, dan lagu terbaru mereka iaitu Say You Like Me.
Talent Harvest We The Kings featuring We Are The In Crowd Live In Malaysia 2012 merupakan konsert sulung kedua-dua kumpulan di Malaysia.

Kumpulan Oh Chentaku, Kyoto Protocol dan Bunkface Akan Membuka Tirai KonsertnTiga kumpulan dari Malaysia yang tidak asing lagi iaitu Oh Chentaku, Kyoto Protocol dan Bunkface akan membuka tirai persembahan konsert Talent Harvest We The Kings featuring We Are The In Crowd Live In Malaysia 2012.

Yang menariknya, Oh Chentaku dijangka akan membuka tirai persembahan We Are The In Crowd di Singapura dan Indonesia apabila We Are The In Crowd membuat konsert jelajah di negara-negara tersebut kelak.

“Kami berasa sangat gembira dan bertuah kerana mendapat peluang untuk membuka tirai persembahan We Are The In Crowd di Singapura dan Indonesia. Rasanya seperti kami mewakili Malaysi dan mempromosikan muzik Malaysia di luar Malaysia. Saya benar-benar tidak sabar untuk konsert jelajah Asia Tenggara We Are The In Crowd,” ujar Amber dari Oh Chentaku apabila ditanya apakah perasaan beliau apabila mengetahui kumpulan Oh Chentaku akan membuka tirai persembahan We Are The In Crowd di Malaysia, Singaura dan Indonesia.

concert poster

We Are The In Crowd Teruja Untuk Bertemu Peminat di Malaysia

“Kami sangat teruja untuk melawat Malaysia buat kali pertama. Apabila kami mula-mula mendengar kami akan ke sana, kami semua melayari internet untuk melihat apakah makanan-makanan yang ada di Malaysia. Kami tidak sabar untuk mencuba masakan baru di Malaysia dan berjumpa dengan peminat-peminat kami,” kata Tay Jardine, vokalis dari kumpulan We Are The In Crowd.

Peminat We Are The In Crowd berasa tersentuh apabila melihat video shout-out khas dari Tay Jardine dan Jordan Eckes kepada peminat mereka di Malaysia. Video tersebut boleh didapati di saluran YouTube rasmi TalentHarvestTV di link berikut:

Charles Trippy dari We The Kings: “I’ll be there!”

Bassist kumpulan We The Kings dan juga Vblogger terkenal dari rancangan ‘Internet Kill Television’ (atau lebih dikenali sebagai CTFxC oleh peminat) telah berjaya menjalankan pembedahan tumor pada lewat bulan Mac dan kini semakin beransur pulih. Apabila ditanya oleh seorang CTFxCier dari Malaysia Zulhimi Zais di laman rangkaian social Twitter sama ada Charles Trippy akan berada di Malaysia, Charles Trippy menjawab tweet peminatnya, “I’ll Be There!”.

Tiket Konsert Boleh Didapati Sekarang!

Tiket Talent Harvest Presents We The Kings Featuring We Are The In Crowd Live in Malaysia 2012 kini boleh didapati di Air Asia Red Tix dan kedai-kedai muzik yang disenaraikan di bawah. Harga tiket bermula dari RM68 ke atas.
Rock Corner
 The Gardens, Mid Valley (03-2283 4893)
 Mid Valley Megamall (03-2284 1423)
 KLCC (03-2161 9417)
 Subang Parade (03-5636 9520)
 The Curve (03-7729 6313)
 One Utama (03-7725 5667)
Victoria Music Outlets
 Sungei Wang (03-2148 7208)
 Amcorp Mall (03-7956 0592)
 Tropicana City Mall (03-7722 2955)
 Bangsar Shopping Centre (03-2093 1093)
 KL Life Centre (03-2162 2570)

Untuk sebarang pertanyaan mengenai tiket, hubungi Air Asia Red Tix Hotline di 03-8775 4666. Hotline beroperasi pada pukul 9 pagi-6 petang pada hari isnin-jumaat.

Talent Harvest Presents We The Kings Featuring We Are The In Crowd Live In Malaysia 2012 di bawa kepada anda oleh Talent Harvest Sdn. Bhd.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Linda Jasmine Selamat Melahirkan Tengku Cleopatra

Video Muzik Lagu UNTUKMU Joe Flizzow Duet Ila Damiaa