in ,

Isu Persenda Watson Nyambek SUKAN TAK SENTRAL Mohon Maaf 

Pengacara Ammar memohon maaf atas keterlanjurannya mempersendakan nama bapa bekas pelari pecut negara Watson Nyambek dalam sebuah program komedi Sukan Tak Sentral.

Ammar, 30, berkata, perkara tersebut menjadi pengajaran besar terhadapnya dan berjanji akan lebih peka dalam menjaga sensitiviti masyarakat.

“Dengan rasa rendah diri, saya ingin memohon maaf atas keterlajuran saya terhadap Watson dan keluarganya. Tanpa sedar kami telah mencalar nama baik mendiang bapanya.

“Segala panduan dan teguran akan dijadikan panduan buat saya menjalankan tugas di depan hari dan saya akan lebih peka dalam menjaga sensitiviti masyarakat pada masa akan datang,” ujarnya menerusi laman sosial Instagram malam Ahad.

Ammar membuat kenyataan maaf menerusi Instagram malam Ahad.

Menerusi program yang disiarkan pada malam Sabtu, hos program itu, Ammar mempersendakan nama bapa Watson dengan menyamakan dengan bunyi seekor binatang.

Perkara itu turut mendapat reaksi Watson sendiri yang menonton program itu di Facebook miliknya selain melahirkan rasa kecewa dan tersinggung dengan perbuatan menghina bapanya yang telah meninggal dunia tiga tahun lalu.

Reaksi Watson itu turut mendapat reaksi daripada netizen dan isu itu mula menjadi hangat apabila video rakaman program itu mula tersebar di laman sosial.

“Orang hina saya miskin, bankrap, tak ada apa saya terima, nak ketawakan saya apa boleh buat, nasib kita macam tu, tapi bapa saya bukan binatang untuk dipersendakan.” tulis Watson dalam Facebooknya.

Menurut laporan Bernama, Watson juga sedang mempertimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap program tersebut.

Ammar atau nama sebenarnya Azizul Ammar Abu Hassan berkata, dia menghormati atlet terkemuka tanah air itu yang telah mencipta nama dan mengharumkan nama Malaysia ke peringkat antarabangsa. Dia juga berjanji tidak akan mengulangi perkara berkenaan.

“Sekali lagi saya mohon maaf kepada semua dan akan pastikan kesilapan ini tidak akan berlaku lagi,” ujarnya.

Terdahulu, Primeworks Studios Sdn Bhd (Primeworks Studios) turut mengeluarkan permohonan maaf kepada Watson dan keluarganya.

Memetik kata Dato’ Ahmad Izham Omar, Ketua Pegawai Eksekutif Primeworks Studios Sdn Bhd

Saya mewakili Primeworks Studios Sdn Bhd (“Primeworks Studios”), selaku Ketua Pegawai Eksekutif, syarikat penerbit rancangan Sukan tak Sentral bagi pihak TV3 dan TV9, dengan rendah diri ingin memohon maaf kepada saudara Watson Nyambek gara-gara mempersendakan nama baik ayah beliau.

PWS telah memberi peringatan kepada semua kakitangan kami untuk sentiasa peka dan sensitf dalam setiap rancangan yang diterbitkan. Pihak kami juga akan membuat kajian semula terhadap kaedah kerja operasi kami bagi mengelakkan kejadian ini berulang kembali. Kejadian yang telah berlaku ini memberi pengajaran kepada kami untuk lebih peka dengan keadaan sekeliling.

Kami amat menghormati saudara Watson, ayah dan keluarga beliau. Saudara Watson adalah seorang jaguh pecut negara serta atlit yang telah banyak berjasa mengharumkan nama negara.

Dengan itu, kami sekali lagi dengan rendah diri ingin memohon maaf di atas kesilapan kami dan memastikan perkara seperti ini tidak berulang lagi.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Senarai Penuh Pemenang Anugerah MeleTOP Era AME2017

RTM Hos Penyiar Sukan SEA Ke-29