Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me









Wan Kamarudin Pengacara Talian Hayat Musim 2



…kembali dengan isu-isu yang lebih sensasi, mantap  serta mencabar minda dan jiwa..

“Saya percaya media berupaya menjadi penghubung antara masyarakat dan budaya. Namun, kita harus memberi ruang kepada orang ramai untuk bersuara untuk kebaikan mereka. Namun, sekiranya anda tidak mempedulikan suara-suara ini, maka ia menjadi lebih mudah untuk membuat mereka merasa dipinggirkan,” kata seorang wartawan penyiasat – Amy Goodman.

Dikemudi oleh penyampai yang penampilannya di kaca TV sering diraikan, digeruni dan berpengalaman iaitu Wan Kamarudin, Saluran Ceria Anda amat berbangga untuk memaklumkan mengenai musim baru rancangan siaran hal ehwal dan semasa terbaik di ntv7 – Talian Hayat, mulai 6 April, bersambung pada setiap Isnin dari jam 7.30 malam – 8.00 malam.

Talian Hayat Musim 2 berazam untuk membongkar dan menyorot isu yang lebih sensasi dan mencabar minda dan jiwa. Program berbentuk majalah ini terbahagi kepada 8 episod yang turut dimantapkan lagi dengan isi kandungan visual padat, menyentuh hati dan disunting hebat – semuanya bersatu bagi mempersembahkan gambaran yang tepat kepada penonton.

Berbekalkan pengalaman luas selama 10 tahun, Wan Kamarudin merupakan seorang yang berkaliber dan tidak pernah gagal untuk mendapatkan skup berita yang hebat – dia memiliki minda yang tajam serta motivasi diri yang tinggi untuk terus membongkar walaupun fakta telah diputar-belit dan semua pintu yang membawanya ke punca masalah tertutup rapi. Pastinya, Talian Hayat merupakan rancangan yang memperdengarkan suara rakyat dengan memaparkan pandangan mereka yang berkuasa, yang diraikan sehingga ke akar umbi, yang ditindas dan dipinggirkan. 

Pada episod pertama, Wan Kamarudin menjelajah ke Kuala Sepetang demi mendekati masalah penduduk dan membangkitkan setiap isu yang didapati masih gagal diselesaikan, khususnya isu paling asas – bekalan air bersih. Lebih menyedihkan, Kuala Sepetang berpotensi hebat untuk tampil sebagai lokasi pelancongan, bagaimanapun ia seolah-olah menjadi pekan ‘cowboy’ kerana dibiarkan tanpa sokongan bantuan.  Daripada aktiviti perikanan yang berskala besar hinggalah kedai makan tepi jalan – mee udang, sehingga kini terkenal seluruh utara, semuanya berpotensi untuk dimajukan lagi.  

Apa yang lebih menarik, Wan Kamarudin turun padang ke lokasi bagi mengumpul informasi, menjalankan analisis yang menyeluruh, mendapatkan testimoni daripada pelbagai parti bagi memastikan laporannya adalah adil, saksama dan beretika.

Pengurus Besar ntv7, Airin Zainul berkata, “Setelah meneliti kajian terhadap penerimaan penonton pada musim pertama, kami mendapati sebagai rakyat, penonton arif ntv7 sememangnya memberi keutamaan kepada program hal ehwal semasa dan oleh itu, kami amat komited bagi meneruskan misi saluran untuk memaparkan program wartawan penyiasatan yang berhubung rapat dengan kehidupan rakyat.”

Tambahnya, “Wan Kamarudin telah banyak mengetuai gerakan untuk memperjuangkan hak masyarakat dan kami sememangnya teruja dengan kemunculannya sebagai pengacara Talian Hayat Musim 2.

Untuk menghantar SMS ke program Talian Hayat, penonton hanya perlu taip TH<ruang>Nama>ruang>IC>ruang>Mesej dan hantar kepada 33399 atau DAIL hotline Talian Hayat di 017 4758 121. “

Antara pendedahannya dalam Talian Hayat Musim 2 termasuklah ‘Melintas di landasan keretapi’, ‘Pencemaran Sungai Marang akibat pencerobohan aktiviti melombong emas’, ‘Dakwaan penderaan kanak-kanak di tadika’, ‘Keluhan rakyat di perkampungan Ulu Tembeling Taman Negara’ dan banyak lagi.

Jadi, jangan lupa temu janji anda bersama ntv7, pada setiap Isnin, 7.30 malam – 8.00 malam mulai 6 April 2009! Untuk sebarang pertanyaan lanjut mengenai program ini atau untuk menyaksikan siaran ulangan di Catch-Up TV, layarilah laman web kami di www.ntv7.com.my

Tags:

Tags:

Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Talian Hayat Musim Ketiga Lebih Telus
  • WAN KAMARUDDIN DALAM TALIAN HAYAT
  • Gambar Pengacara MyStarz LG Naz Habibur Rahman
  • Program Wanita Hari Ini Bakal Perkenal Set Baru
  • Airasia X To Appoint Y.B. Tan Sri Rafidah Aziz As Chairman
  • Gambar Kartini Pengacara 3R Musim Terbaru di Anugerah Skrin 2007
  • AirAsia Support ASEAN Youth Caravan of Goodwill
  • Another AirAsia Mission Flight Arrives at LCCT
  • Casa Impian Musim Baru di TV3
  • Shadiya Abbas Pengacara Haiwan Teladan di TV3



    • Ntahla….

      ..Lame x nmpak Kamarudiin ni..teringat tagline dia…..’Ape kejadahnya…..’

    • wawa

      Wan ni mmg hebat la… dia nye karisma mmg patut kite tabik
      lowprofile lak tu..
      patut bagi pinggat kat wan ni, sebab byk memperjuangkan hak masyarakat… tanggungjwp dlm keje dia mmg perlu d beri pujian.
      Org yg punye minda begini patut d pilih utk memangku tanggung jwp negara…perjuangan yg tak terpesong itu yg susah nak carikan kat dunia ni
      anyway WAN KAMARUDDIN u the BEST Bro!

    • nana

      memang dia hebat..bukan calang-calang orang boleh masuk belukar redah danau semata-mata hendak tunjuk betapa lebih daif sesuatu tempat untuk kita sama-sama fikir betapa beruntungnya kita,betul wawa kata
      alangkah baiknya kalau kita punya pemimpin semacam beliau di negara kita,bukan takde langsung ,cuma kurang sahaja, apapun WAN KAMARUDIN U’RE THE BEST

    • ater ntahapapantah

      salam en wan kamarudin.
      saya merupakan antara ribuan mungkin jutaan peminat tuan. rancangan yg tuan kendalikan amat bermanafaat dan berguna pada semua penduduk malaysia. kami semua dapat info terkini dan mengetahui masalah org lain.
      disini saya ingin meminta jasa tuan supaya membawa perkara ini ke media masa.. isu jirat cina di pondok kempas melaka. walaupun saya bukan org melaka tetapi saya sebagai org melayu tersentuh bila perkara ini terjadi. sila lawat laman blog ini

      http://www.pondokempas.blogspot.com/

    • awin

      Bagaimana saya boleh menghubungi en. wan kamarudin wan ibrahim kerana saya ada perkara yang perlu didedahkan dan perlu disiasat serta dibantu kerana hal ini sudah berlarutan melebihi 10 tahun tidak ada jalan penyelesaian.



































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK