in ,

WAN KAMARUDDIN DALAM TALIAN HAYAT

Pada 11 November lalu, Budiey ada menghadiri satu sidang media pelancaran sebuah program terbaru di NTV7 yang diberi nama Talian Hayat yang dihoskan oleh Wan Kamaruddin… apa kejadah?

ntv7 mempersembahkan sebuah rancangan hal ehwal semasa terbaru setiap Rabu, jam 9.00 malam hingga 9.30 malam mulai 7 Januari ini! Diberi jolokan Talian Hayat, rancangan berbentuk majalah ini turut menandakan kembalinya personaliti yang diraikan, digeruni dan paling berpengalaman, Wan Kamarudin di Saluran Ceria Anda, selepas kemunculan terakhirnya bersama rancangan signatur ntv7, Edisi Siasat 2005.

Talian Hayat menitikberatkan isu kemasyarakatan dan persekitaran. Sepanjang siri ini, pengacara akan menganalisis dengan teliti dan membuat pendedahan secara kritikal dan telus, menjadikannya rancangan wartawan penyiasatan yang paling berani di kaca televisyen anda. Berbekalkan pengalaman luas selama 10 tahun, Wan Kamarudin merupakan seorang yang berkaliber dan tidak pernah gagal untuk mendapatkan skup berita yang hebat – dia memiliki minda yang tajam serta motivasi diri yang tinggi untuk terus membongkar walaupun fakta telah diputar-belit dan semua pintu yang membawanya ke punca masalah tertutup rapi. 

Menerusi rancangan ini, ntv7 akan bertindak sebagai saluran utama masyarakat untuk menyatakan rungutan dan masalah yang melibatkan khalayak. Selain itu, tindakan strategik ini dilihat amat bertepatan dengan peranan utama stesyen untuk menjana perbincangan orang ramai dan meningkatkan kesedaran mereka mengenai isu rakyat dan hak mereka. 

Konsisten dengan misi program untuk mengetengahkan isu yang menjadi keutamaan masyarakat, Talian Hayat bertindak untuk memudahkan lagi kehidupan rakyat, hanya dengan menelefon terus atau menghantar SMS. Mesej utama ialah untuk menggalakkan orang ramai tampil ke hadapan dan bersuara. Saluran Ceria Anda turut akan menjalankan kempen besar-besaran bagi mewar-warkan nombor Talian Hayat. 

Apa yang lebih menarik, Wan Kamarudin akan turun padang ke lokasi yang dilaporkan terlibat bagi mengumpul informasi, menjalankan analisis yang menyeluruh, mendapatkan testimoni daripada pelbagai parti bagi memastikan laporannya adalah adil, saksama dan beretika. Pastinya, Talian Hayat merupakan rancangan yang memperdengarkan suara rakyat dengan memaparkan pandangan mereka yang berkuasa, yang diraikan sehingga ke akar umbi, yang ditindas dan dipinggirkan. 

Rancangan majalah hal ehwal semasa ini turut dimantapkan lagi dengan isi kandungan visual padat, menyentuh hati dan disunting hebat – semuanya bersatu bagi mempersembahkan gambaran yang tepat kepada penonton.

Bercakap semasa sidang akhbar, Pengurus Besar Kumpulan Penjenamaan, Pembangunan Perniagaan & Komunikasi Pemasaran, Airin Zainul berkata, “Dari kaji selidik yang dijalankan oleh stesyen, kami mendapati sebagai rakyat, penonton arif ntv7 sememangnya memberi keutamaan kepada program hal ehwal semasa dan oleh itu, kami amat komited bagi meneruskan misi saluran untuk memaparkan program wartawan penyiasatan yang berhubung rapat dengan kehidupan rakyat.”

Tambahnya lagi, “Wan Kamarudin telah banyak mengetuai gerakan untuk memperjuangkan hak masyarakat dan kami sememangnya teruja dengan kepulangannya di Saluran Ceria Anda. Sepanjang tempohnya mengacarakan Edisi Siasat, ratings melonjak sehingga 7.1 TVR iaitu sebanyak 1.1 juta orang penonton di samping melayakkan program berikut sebagai pemegang anugerah “Majalah TV Terbaik’ di Anugerah Seri Angkasa 2004. Oleh yang demikian, berbekalkan Wan Kamaruddin sebagai hos Talian Hayat, kami mengharapkan respons yang sama, atau lebih baik.”

“Untuk menghantar SMS ke program Talian Hayat, penonton hanya perlu taip TH<ruang>Nama>ruang>IC>ruang>Mesej dan hantar kepada 33399.”

Jangan lupa untuk bersama kami sementara hos rancangan membuat pendedahan isu yang lebih menggemparkan di Talian Hayat, setiap Rabu, 9.00 malam mulai 7 Januari 2008 hanya di ntv7!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Perceraian Nash dan Sosilawati Lawiya Tidak Sah

Fara Fauzana, Adam, Aizat di Siri Kedua Jelajah Promosi Majalah HAI Bersama Hot FM