in

Vokalis Jipie Pesawat Lancar Lagu Separuh Sedar

Bersempena menyambut ketibaaan Hari Raya Aidiladha, vokalis dari band PESAWAT iaitu Jipie, telah melancarkan sebuah projek solo dengan lagu ‘Separuh sedar’.
Berbeza dengan muzik PESAWAT, lagu ‘Separuh sedar’ merupakan lagu yang berkonsepkan kerohanian.

Ia adalah lagu sepenuhnya hasil nukilan Jipie sendiri dan ia sudah mula diputarkan di corong-corong radio. Sebuah lirik video turut dilancarkan untuk tujuan promosi dan ia boleh ditonton di http://youtu.be/aEXfdbipPg8.

‘Separuh sedar’ juga merupakan lagu tema bagi telefilem ‘Aku bukan Haji’ lakonan Ashraf Muslim, Fauziah Nawi, Wan Hanafisu, Nadia Syahera, Daeng Farhan dan Tarmizi Abdullah arahan Mohd Yeop Hitler yang ditayangkan di TV Al-Hijrah pada 9 malam, 26 Oktober 2012.

‘Aku bukan Haji’, sebuah telefiem yang memperlihatkan kemunculan semula Ashraf Muslim setelah dua tahun menyepi dari dunia lakonan. Ia diterbitkan oleh Al-Hidayah Productions. ‘Aku bukan Haji’ mengisahkan tentang Muaz yang malu apabila digelar ‘Haji’ apatah lagi dia belum pernah mengerjakan ibadah haji. Gelaran itu menyebabkan dia terkenang dosa lampau yang pernah dilakukannya.

Saksikan lirik video ‘Separuh sedar’ di http://youtu.be/aEXfdbipPg8

Dengarkan lagu ‘Separuh sedar’ di http://soundcloud.com/jipiemusic/separuhsedar

Beli lagu separuh sedar di http://jipiemusic.bandcamp.com/track/separuh-sedar

More info on Jipie : www.facebook.com/jipiemusic

More info on PESAWAT: www.facebook.com/pesawatmusic

Vokalis Jipie Pesawat Lancar Lagu Separuh Sedar

Vokalis Jipie Pesawat Lancar Lagu Separuh Sedar

Vokalis Jipie Pesawat Lancar Lagu Separuh Sedar

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sazzy Falak & Razif Hashim Jadi Pengacara Program OMG

Chef Celebriti Promosikan Masakan Malaysia di Australia