in

Voize Independent Music Awards 2011

Tahniah buat penyanyi Andi Merican yang telah tercalon dalam VIMA 2011. Andi tercalon dalam kategori Best Pop Song, Best R&B Acts, Best Mixed Genre dan Best MTV for ‘SOLO’. Congrats Andi! Kalau tak silap, Yuna pernah menang anugerah ini beberapa tahun sudah.

Andi A Merican Cover Album SOLO

VIMA adalah singkatan dari Voize Independent Music Awards yang dianjurkan untuk semua penyanyi dan pemuzik indie. Berbanding dengan anugerah komersil yang lain, pemilihan VIMA bergantung sepenuhnya terhadap kualiti muzik artis tersebut tanpa mempunyai unsur ‘biased’, dan focus mereka lebih kepada artis yang mengamalkan corak pemasaran independent. Yang lebih menarik, anugerah ini melibatkan bukan sahaja artis Malaysia, malah di sekitar Asia Tenggara dan Asia.

Baru-baru ini Budiey sempat menemubual Andi…

Apakah perasaan you bila dapat tahu nama tercalon?
Sangat gembira bila tercalon untuk 4 kategori dalam VIMA 2011. Ternyata, segala usaha saya membuahkan hasil, dan saya bersyukur atas penghormatan tersebut. Pada tahun2 sebelumnya, saya berjaya memenangi kategori lagu pop terbaik bersama Infinatez ‘Ada Masa’, Luscious ‘Khabarkan’ dan pada masa yang sama tercalon untuk kategori penerbit terbaik

Apa Pendapat you tentang anugerah ini?
Pada pendapat saya, anugerah ini memberi impak yang positif untuk industri muzik tanahair. Ianya memberi peluang serta penghormatan untuk pemuzik yang bergerak secara independent, agar pemuzik mampu berkarya lebih tanpa menghiraukan batas2 komersil dan mainstream. Pada masa yang sama, anugerah ini membuka peluang untuk artis Malaysia keluar mencuba nasib ke pasaran antarabangsa. Antara artis yang lahir dari VIMA adalah Yuna, Iz Zulaini dan Amanda Imani

Harapan Andi?
Harapan saya agar peminat di luar sana menyokong aktiviti muzik saya, serta penggiat seni yang lain juga. Jangan berhenti menyokong artis tempatan yang berkualiti. Saya juga berharap agar badan2 korporat di luar sana akan tampil memberi bantuan, memberi penajaan, agar anugerah ini mampu bertahan demi memertabatkan industri muzik tanahair.

Untuk mengundi, korang boleh ke SINI

For more info on the awards and full nominees do checkout: http://bitemymusic.com

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Charge-on-the-Go with TomTom High Speed Multi-Charger

Gambar Lisa Surihani di Malam Gala Filem Ombak Rindu