• Home
  • Berita
  • Foto Artis
  • Filem
    • Sinopsis
  • Drama
  • Gossip
  • Hubungi Budiey

Sensasi Selebriti

Berita Hiburan Malaysia, Gambar Selebriti Terbaru, Gossip Artis, Filem, Muzik, Video & Teater

  • Events
    • Anugerah Bintang Popular
    • Anugerah Blockbuster
    • Anugerah Emmy
    • Anugerah Grammy
    • Anugerah Industri Muzik
    • Anugerah Juara Lagu
    • Anugerah Oscar
    • Anugerah Planet Muzik
    • Anugerah Seri Angkasa
    • Anugerah Shout!
    • Festival Filem Malaysia
    • Festival Muzik KL
  • TV
    • Astro
    • TV1
    • TV1
    • TV2
    • TV3
    • TV9
    • 8TV
    • NTV7
    • TV Al-Hijrah
  • Radio
    • Suria FM
    • Hot FM
  • Album
  • Fesyen
  • Teater
  • Travel
  • Gadget
  • Peraduan
  • Advertorial
  • K-Pop

Visa Lulus Shila Amzah Ke Amerika Syarikat Buat Persembahan di World Music Award 2012

2
  • by Budiey
  • in Shila Amzah
  • — 19 Dec, 2012

Hari ini, dah pun hari Rabu. Dalam jadual penyanyi Shila Amzah, pada malam ni, beliau akan bertolak ke Miami, Amerika Syarikat untuk buat persembahan di World Music Award 2012. Paling membanggakan Shila akan mengharumkan nama negara kerana akan buat persembahan di hadapan artis terkenal antarabangsa dan tercalon dalam Artis Wanita Terbaik Dunia dan Penghibur Terbaik Dunia 2012. Ko mampu?

Shila juga dikategorikan dalam dua kategori dalam anugerah World Music Award ini dan beliau berazam akan melakukan persembahan sehabis baik. Kalau nak tahu, dalam kedua-dua kategori itu Shila bersaing dengan nama-nama besar antarabangsa seperti Rihanna, Adele, Madonna, Alicia Key, Katy Perry, Kelly Clarkson dan Jesie J. WMA 2012 akan berlangsung di Marlin Park, Miami, Florida, Amerika Syarikat (AS) pada 22 Disember ini.

Shila Amzah Safi Balqis

Kita sama-sama ucapkan tahniah buat Shila Amzah. #Shilalas semuanya pastinya mendoakan keselamatan dan kejayaan anda di sana.

Permohonan visa untuk terbang ke Amerika Syarikat sudah pun diluluskan oleh kedutaan Amerika Syarikat pada tengah hari Selasa lalu. Shila Amzah berasa lega dan pastinya dia dah tak sabar-sabar untuk mengadakan persembahan pada acara World Music Award (WMA 2012).

Sebelum ini, permohonan yang dibuat pada Isnin lalu itu tertangguh apabila pihak kedutaan berkenaan begitu teliti untuk mengetahui tujuan sebenar dia mahu ke negara itu.

“Risau dibuatnya apabila permohonan visa saya tertangguh. Mujurlah pihak kedutaan faham dengan keadaan saya yang tidak sempat membuat permohonan itu lebih awal. Sampaikan saya terfikir, entah dapat ke tidak saya menyertai anugerah itu. Apatah lagi saya dicalonkan untuk dua kategori iaitu Artis Wanita Terbaik Dunia dan Penghibur Terbaik Dunia 2012. Apa-apa pun saya akan ke sana esok malam (Rabu.”

Tambah Shila, lebih istimewa menerusi acara itu dia turut diberi penghargaan untuk membuat persembahan yang secara tidak langsung membolehkannya memperkenalkan negara ini ke persada dunia.

Sementara itu, penyanyi berusia 22 tahun itu bakal mengadakan Konsert Shila Amzah sempena Gala Amal Pamoga-Gaza buat pertama kalinya sepanjang 12 tahun berkecimpung dalam industri muzik tempatan.

Kata Shila, dia bersyukur apabila pihak penganjurnya, Vida Beauty membuka peluang untuknya mengadakan konsert sendiri yang akan berlangsung pada 29 Disember ini di Hotel One World, di sini.

“Selepas 12 tahun bergelar penyanyi, sudah sampai masanya untuk saya mengadakan konsert sendiri. Alhamdulillah, peluang ini tidak akan saya sia-siakan dan saya akan mempersembahkan lagu-lagu hit bermula dari usia saya sembilan tahun sehinggalah sekarang.

“Pada masa sama ia juga merupakan konsert amal di mana saya sendiri serta para pembeli tiket dapat membuat sedikit amal kebajikan. Sebahagian daripada keuntungannya akan disalurkan kepada badan-badan kebajikan serta mangsa-mangsa perang di Gaza, Palestin,” ujarnya.

Bagi sesiapa yang ingin menyaksikan konsert Shila, tiket berharga RM3,500 hingga RM60,000 (satu meja) boleh ditempah menerusi talian 013-3935808 (Nurin), 05-5264199 (Ezura) dan 013-2895808 (Zamri) atau layari www.vidabeauty.com.my.

Komen via Facebook

Komen

Share

Tags: AdeleAlicia Keyamerika syarikatGala Amal Pamoga-GazaJesie Jkaty perryKelly ClarksonMadonnarihannaShila AmzahVideo Persembahan Shila AmzahVisa LulusWorld Music Award 2012

— Budiey

Seorang penulis blog hiburan & gaya hidup sepenuh masa, Photo Journalist, kerap bertwitter & facebook, videoman, new social media, copy writer, penulis iklan & advertorial, content provider & househusband. Obses dengan filem seram & thriller.

  • Previous story Video Untuk Dia Sleeq & Najwa Latif Antara Yang Popular di Youtube 2012
  • Next story Drama Muzikal Muli Kampung & Christmas Joy Special

ENTRI BERKAITAN

  • Shila Amzah Dibayar RM100 Ribu Setiap Persembahan di China? 17 Oct, 2012
  • Gambar Shila Amzah di Malam Tayangan Gala Filem Aku Kau & Dia 25 Jun, 2012
  • Gambar Shila Amzah di Sidang Media Program MANIA 21 Feb, 2012
  • Sharnaaz Ahmad Bangga Shila Amzah Menang Asian Wave 22 Sep, 2012

2 Comments

  1. dscarnia says:
    Wednesday, December 19, 2012 at 9:11 am

    Bangga tengok anak tempatan berjaya di luar negara. Good luck Shila! Semoga dipermudahkan segalanya. Amin.

  2. nur says:
    Friday, December 21, 2012 at 10:29 am

    Shila hamzah adalah seorang penghibur negara yang mempunyai bakat besar dalam dunia hiburan. Ini membuktikan kalau di beri restu ibu dan ayah dan apa tah lagi, ayah sendiri yang membimbingnya kearah satu pencapaian besar dalam karier seni; sudah tentu nasib menyebelahinya. Tambahan pula restu doa mak ayah dan sekeluarga termasuk diri nya untuk maju kehadapan dan berserlah dalam bidang nyanyian. Semoga cita cita Shila akan tercapai apabila dapat menyampaikan lagu2 segar dari Malaysia dengan baiknya di Miami nanti dan kita seluruh rakyat malaysia mengucapkan tahniah kepada shila kerana terpilih kesana dan berdoa akan balik dengan satu anugerah besar dari sana. Insyallah.

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

  • KONSERT MEGA BINTANG

    RadiGlow

    KONSERT MEGA BINTANG

    Tempat: Resort World Convention Centre, Singapura

    Tarikh: 8 Jun 2013 (Sabtu)

    Masa: 8 malam

    Info Tiket: www.sistic.com.sg atau hubungi +65 6348 5555

    Budiey.com Sebagai Blog Rasmi Konsert Mega Bintang

  • SEARCH

  • TERKINI

    • Mencari Ramli Kini Mencari Jaguh Bolasepak Paling Hebat
    • Apa Perubahan Besar Dalam Akademi Fantasia 2013
    • Ujian Air Kencing Positif Mahkamah Tinggi Perintah Saiful Apek Bela Diri
    • Program Popular Korea Running Man Disiarkan di TV2
    • Jangan Aib Keluarga Nasihat Zed Zaidi Kepada Afiq Muiz
    • Eina Azman Mahu Saman Ibu Afiq Muiz
    • Gambar Zo In Sung Kongsi Makan Cotton Candy Dengan Peminat Setia
    • Gambar Zo In Sung di Temubual Bersama Media Malaysia
    • Zo In Sung Tak Sangka Ada Ramai Peminat di Malaysia
    • Sinopsis Telemovie Dewi Suria Arahan Zul Huzaimy
  • IKLAN

  • DAPATKAN RADIGLOW UNTUK KESIHATAN

    RadiGlow
  • KONSERT

    • Recent Posts
    • Most Popular
    • Comments
    • Tags
    • Bintang-Mencari-BintangAchey Juara Konsert Penentuan Kumpulan A Bintang Mencari BintangWednesday, May 22, 2013
    • konsert-mega-bintangPeraduan Menangi Tiket Konsert Mega BintangTuesday, May 21, 2013
    • anuar-dayangGambar Anuar Zain & Dayang Nurfaizah di Serai KL Centre Kuala LumpurWednesday, May 15, 2013
    • cnblue-konsertTiket Konsert CNBLUE Mula Dijual Hari Sabtu IniWednesday, May 15, 2013
    • Idola Kecil Musim KeduaThursday, October 29, 2009
    • Gambar Sekitar Hari Jadi Erin Malek ke 14 di Red Box Plus, PavilionMonday, July 28, 2008
    • TV3 Kids Voice Out School AttackSaturday, October 25, 2008
    • Filem Congkak Arahan Pierre Andre : Gambar PelakonTuesday, June 19, 2007
    • Hayrin Matahir on:Mencari Ramli Kini Mencari Jaguh Bolasepak Paling Hebat
    • nura on:Bekas Isteri Jimmy Shanley Mengaku Hamil Anak Luar Nikah
    • aku je on:Kiriman SMS Dari Ibu Afiq Muiz Jahanam La Kau
    • aku je on:Kiriman SMS Dari Ibu Afiq Muiz Jahanam La Kau
    • 8TV Advertorial AirAsia Akademi Fantasia Anugerah Bintang Popular Astro Berita Bernama Blog Budiey Drama Erra Fazira Events Fasha Sandha Fesyen Filem Foto Artis Gambar Gathering Gossip Hollywood Konsert kuala lumpur Lirik Liyana Jasmay mampu Mawi NTV7 penyanyi Peraduan persembahan radio televisyen malaysia radio televisyen malaysia rtm RTM Showcase Sinopsis Siti Nurhaliza Teater TV1 TV2 TV3 TV9 Ucapan Video Muzik watak
  • AFTER EARTH MULAI 6 JUN

    After Earth
  • Jom Baca Berita

    • Agenda Daily
    • Astro Awani
    • Berita Harian
    • Bernama
    • Detik Daily
    • Google News
    • Gua
    • Harakah Daily
    • Harian Metro
    • KL Pos
    • KOSMO!
    • Malay Mail
    • Malaysia Kini
    • Malaysian Digest
    • Malaysian Today
    • mStar Online
    • Murai
    • News Straits Times
    • Sinar Harian
    • The Star
    • The Sun
    • Utusan Malaysia
  • ARKIB

  • KATEGORI

    18Jun2013

    Konsert Mega Bintang

    Rossa, Ungu, Afgan & Ramai Lagi

    Dari 20:00 hingga 23:30

    di Resorts World Convention Centre, Singapura

    Find out more...

  • ENTRI TERKINI

    • Mencari Ramli Kini Mencari Jaguh Bolasepak Paling Hebat
    • Apa Perubahan Besar Dalam Akademi Fantasia 2013
    • Ujian Air Kencing Positif Mahkamah Tinggi Perintah Saiful Apek Bela Diri
    • Program Popular Korea Running Man Disiarkan di TV2
    • Jangan Aib Keluarga Nasihat Zed Zaidi Kepada Afiq Muiz
    • Eina Azman Mahu Saman Ibu Afiq Muiz
    • Gambar Zo In Sung Kongsi Makan Cotton Candy Dengan Peminat Setia
    • Gambar Zo In Sung di Temubual Bersama Media Malaysia
    • Zo In Sung Tak Sangka Ada Ramai Peminat di Malaysia
    • Sinopsis Telemovie Dewi Suria Arahan Zul Huzaimy
    • Aliff Aziz Kini Bergelar Pengembala Kambing
    • Anis Nabila Jadi Program Kuali Bujang Tampil Selebriti Popular
    • Kids vs Film Discovery-Styled Documentaries Created By Kids For Kids
  • KALENDAR

    May 2013
    M T W T F S S
    « Apr    
     12345
    6789101112
    13141516171819
    20212223242526
    2728293031  
  • SPONSOR

  • BUDIEY

    Budiey Seorang full time blogger, kerap bertwitter & facebook, photographer, videoman, content provider, new media, copy writer, penulis iklan & advertorial. Obses dengan filem seram & thriller.

    Kenali Budiey lebih lanjut di [sini]
  • Social Media

    • Awal Ashaari
    • Fouziah Gous
    • My Facebook Fanpage
    • My Instagram
    • My Jurnal
    • My News & Events
    • My Photo Blog
    • My Twitter
    • My Youtube
    • Pipicomel
  • Home
  • Profile Budiey
  • Sitemap
  • Disclaimer
  • Hubungi Budiey
  • My Merchandise
  • Iklankan

© 2007 - 2013 Budiey.com (Sensasi Selebriti)
Budiey.com - Sensasi Selebriti dikendalikan sepenuhnya oleh syarikat Budiey Dot Com Media (001991735-T)
Copyright Budiey Dot Com Media (001991735-T). All rights reserved.