in , ,

Video Untuk Dia Sleeq & Najwa Latif Antara Yang Popular di Youtube 2012

Jika anda selalu melayari laman video Youtube hari ini, pasti anda akan terperasan logo Youtube lain macam je. Di sebelah logonya ada seperti simbol Psy tengah menari Oppa Gangnam Style.

[dropcap]B[/dropcap]udiey pun ada klik dan rupa-rupanya, Youtube di bawah syarikat besar Google ada menyiarkan senarai video paling popular dan kerap ditonton di Malaysia sepanjang tahun 2012 melalui Youtube Rewind.

Rasanya ramai yang dah sedia maklum, video yang paling hangat sehingga menjadi trending di Twitter dan Google ialah video muzik Psy – Oppa Gangnam Style. Itu memang tak boleh nak nafikan, kehebatan dan aura Psy sehingga kini diperkatakan. Jadi, Youtube turut menghasilkan satu video parodi untuk Youtube Rewind. Turut menampilkan beberapa Youtubers dan juga artis yang dilahirkan menerusi Youtube. Anda boleh tonton di bawah ini:

Dalam banyak-banyak video yang tersenarai menjadi yang paling trending di Youtube ialah video lagu Sleeq dan Najwa Latif iaitu Untuk Dia. Jadi, tahniah buat Sleeq dan Najwa Latif kerana telah berjaya membuktikan Malaysia boleh. Ini membuktikan Sleeq & Najwa layak bergelar Nova Media Baru di APM… walaupun…

[pullquote align=”right”]Video yang turut menampilkan pelakon terkenal Aaron Aziz dan Siti Saleha ini juga turut bersaing dengan video dari BigBang dan Psy – Oppa Gangnam Style.[/pullquote]

Statistik yang dikeluarkan menunjukkan pengguna Youtube ada menonton sehingga 4 bilion jam untuk sebulan.

Di Malaysia sendiri, YouTube telah melancarkan YouTube Malaysia, memfokuskan kepada kandungan yang dibangunkan oleh pengguna tempatan, di samping turut melancarkan sokongan YouTube Partners di Malaysia.

Berikut di bawah ini adalah senarai video paling popular, terhangat di Malaysia sepanjang tahun 2012:

  1. PSY – Gangnam Style
  2. Sleeq & Najwa Latif – Untuk Dia
  3. Bigbang – Fantastic Baby
  4. PSY (ft Hyuna) – 오빤 딱 내 스타일
  5. Orang Sabah Style
  6. Maher Zain – Number One For Me
  7. Bigbang – Blue
  8. KL Style (Gangnam Style Parody)
  9. Hafiz & Siti Nurhaliza – Muara Hati
  10. Upin & Ipin 2012 – Tangkap Dia

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Jodoh Fouziah Gous & Iqram Dinzly Dalam Drama Jodoh Kita di Slot Tribute P.Ramlee

Visa Lulus Shila Amzah Ke Amerika Syarikat Buat Persembahan di World Music Award 2012