in ,

VIDEO Temubual Eksklusif In Person With Fahrin Ahmad di Paris

Selepas berjaya menemubual bintang drama Ariana Rose, Nur Fathia di Uzbekistan, Budiey dengan gigihnya terbang nun jauh ke Paris pula bersama pelakon lelaki yang tengah hot dengan drama Yes Boss, eh siapa lagi kalau bukan Fahrin Ahmad. Ramai yang tanya Budiey, best tak travel ke Paris? Laa, sah-sahlah jawapan dia best kan? Haha! Habis tu nak jawab macamana lagi?

Tujuan asal Budiey rakam temubual santai In Person With… adalah untuk kita semua mengenali selebriti dengan lebih dekat. Ada soalan yang Budiey tanya tu, dengar macam klise. Tapi ada juga beberapa soalan yang Budiey tanya, adalah soalan yang sukar diorang ni nak jawab. Terutama bab-bab cinta dan rahsia hidup mereka. Jika selebriti nampak agak keberatan untuk memberi jawapan, Budiey tidaklah memaksa mereka malah memberi peluang untuk mereka berfikir samada nak jawab atau tidak. Jika tak nak jawab, tidak apa, Budiey hormat keputusan mereka tu.

Travelogue Budiey & Fahrin Ahmad di Paris Day 3

[pullquote]Lebih 10 tahun dalam industri, sekarang ini siapa tak kenal jejaka sasa bernama Fahrin Ahmad. Tambahan pula, sekarang ini ada iklan menarik memperlihatkan sisi berbeza dari Fahrin yang memerlukan beliau menari Selain berlakon, Fahrin kini juga aktif dalam bidang pengacaraan dan banyak memenuhi undangan pengacara dari private function dan syarikat luar. Malah, Fahrin juga selalu mendapat undangan mengacara majlis perkahwinan.[/pullquote]

Menemubual pelakon Fahrin Ahmad berlatar belakangkan suasana dingin di halaman mercu tanda Kota Paris, Eiffel Tower tahun lalu, tidaklah sesenang yang disangka. Mikrofon Budiey.com yang selalu dibawa ke hulu ke hilir tiba-tiba tertinggal di hotel. Dengan masalah teknikal di mana Budiey terlupa nak bawa tripod dan terpaksa meminta pertolongan rakan media dari program Melodi iaitu Nik Syafik untuk memegang kamera yang seberat lebih 1 kg tu. Kesian pulak kat Nik Syafik yang terpaksa bertahan memegang kamera selama lebih 15 minit. Bayangkan. Mesti lenguh. Terima kasih Nik! Jasa anda dikenang!

Jika disoal tentang jodoh, Fahrin Ahmad dah lali diasak tentang persoalan jodoh dan baginya soalan itu tidak lagi sensitif dan tak lagi mengguris hatinya.

Nama pun bual santai, Budiey cuba untuk tidak terlalu formal dengan selebriti yang cukup tegas tapi sempoi orangnya ni. Sepanjang berada di Paris dan di London selama lebih 5 hari tu menjadikan Budiey mengenali Fahrin lebih dekat lagi. Apa yang menjadikan Budiey senang hati dengan Fahrin Ahmad ialah, dia tahu apa yang Budiey nak. Tapi ada pendirian dia sendiri. Kerana itu, kerja untuk merakam taklah lama. Pendek kata, Fahrin Ahmad seorang yang memahami, berfikiran terbuka dan yang paling best, Fahrin Ahmad ni seorang yang bersederhana.

Untuk anda khususnya peminat setia Fahrin Ahmad dari dulu sampai sekarang, video temubual ini ditujukan khas untuk anda. Tontonlah sampai habis!

Travelogue Budiey & Fahrin Ahmad di Paris Day 3

Fahrin Budiey di Paris

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Kristian Nairn Pelakon Game of Thrones Mengaku Gay

Tiket Monolog Jual Ubat Khalid Salleh Habis Dijual