in ,

VIDEO Temubual Bersama Penerbit Program GM2

Pada jam 2.30 petang semalam, Budiey sempat menemubual Qaseh Anita Abd Shukor, penerbit sebuah program realiti TV, GM2 yang kini sedang rancak ditayangkan di Astro Ria.

GM2 adalah program realiti TV terbaru Gadis Muka 2 yang telah menemui penonton lima minggu lalu. GM2 disertai oleh 10 gadis berbakat besar yang berjaya me­nempatkan diri sebagai finalis sekali gus mengejar impian dalam bidang penyiaran tempatan. Budiey difahamkan ada tujuh episod kesemuanya.

Lima episod sudah menemui penonton, bermakna ada dua episod lagi.Tterbitan I Like Entertainment Sdn Bhd yang bernaung di bawah Kumpulan Sedania dengan kerjasama Harian Metro (HM) ini disiarkan pada setiap Ahad jam 10 malam di saluran Astro Ria 104.

Barisan 10 finalis GM2, Aidiliahilda Abdul Halim (Aidilia), 19, dari Rawang, Selangor, Nur Syifa Athirah Amirol Melvin (Syifa), 19, Parit Buntar, Perak, Nur Syamera Ab Rasif (Myra), 21, Kota Tinggi, Johor, Alia Afiqah Abden (Lia), 21, Tawau, Sabah, Atira Remimurni Mohamed Ali (Tyra), 21, Setapak, Kuala Lumpur, Nur Sarah Marie Hildebrand Asyraf (Sarah), 22, Ampang, Selangor, Nur Afiqah Mohd Azmi (Fify), 22, Subang Jaya, Selangor, Siti Nor Izumi Salleh (Izumi), 23, Bangi, Selangor, Siti Nur­syahira Nabila (She), 23, Subang Jaya, Selangor dan Nur Asikin Kamarudin (Ekin), 24, Masjid Tanah, Melaka.

Dihoskan oleh pengacara terkenal Awal Ashaari, program ini juga dijayakan oleh Dynas Mokhtar (‘Big Sister’) dan dua juri tetap iaitu Datin Sofia Jane dan Zaihani Zain.

Tidak ketinggalan, pihak Snips Group yang akan sentiasa memastikan aspek penampilan wajah dan rambut finalis ­diberi tatarias yang betul. Cabaran-cabaran yang bakal dilalui peserta dalam program ini turut disokong oleh Inglot Cosmetic, Shu Uemura dan Loreal.

Juara rancangan Gadis M2 akan memena­ngi kontrak artis lumayan bernilai RM100,000 dan bakal membawa pulang barangan Rafflesia bernilai RM30,000, tajaan pembiayaan dari Snips Academy of Arts seba­nyak RM20,000 serta tiket ­penerbangan pergi dan balik ke Paris tajaan Air France.

TONTON VIDEO: Rafflesia Taja Rantai Ekslusif Untuk Pemenang Program GM2

gm2 aidillia\

GM2

GM2

GM2

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Betul Ke Shah Jaszle Putus Tunang?

Apa Perubahan Baru Dalam Anugerah Industri Muzik ke 20