in

Video Super Spontan Minggu 1

Minggu lalu menyaksikan pertarungan sengit di antara dua pasukan iaitu Pasukan Angsa Ganas yang diselia oleh Pengurus Pasukan, Rashid Salleh menampilkan ahli pasukan yang terdiri daripada Zizan, Daphne Iking, Suhaimi Yusof, Riezman Khuzaimi, Zahid, Tauke dan Rahim R2.

Pasukan Beruang Comel yang terdiri daripada Johan, Bell Ngasri, Yasmin Hani, Sathiya, Cat Farish, Ropie dan Shahrul RL6 (Shiro) dan diuruskan oleh Reza Zainal. Walau bagaimanapun, keputusan tentang siapakah peserta pertama yang bakal disingkirkan hanya akan diketahui pada minggu ini.

Program realiti ni sangat lawak, sakit perut Budiey gelak. Korang rasa?

Super Spontan ialah sebuah rancangan improvisasi yang diambil dari rancangan Spontan sebelum ini. Bezanya daripada Spontan, Super Spontan menampilkan 2 kumpulan yang terdiri daripada pelawak dan selebriti.

Mereka akan bersaing bagi merebut gelaran juara setiap minggu yang ditentukan melalui undian SMS penonton. Pasukan yang tewas setiap minggu akan memasuki pusingan penyingkiran yang mana salah seorang peserta dalam kumpulan yang tewas akan disingkirkan berdasarkan undian daripada setiap ahli kumpulan.

Pasukan manakah pilihan anda? Siapa yang paling kelakar dalam Super Spontan ni?

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Korean Acapella Group Red Soul First Tour In Malaysia

Peraduan Jom Menonton LOCKOUT – Sensasi Selebriti