Video Stacy Nyanyi Lagu Pelangi Senja Stacy di Malam Bersama Bintang

0
Walaupun gagal dalam Anugerah Juara Lagu 27 yang lalu, lagu Pelangi Senja masih lagi diingati antara persembahan yang menarik. Ada drama, ada prop yang bagus dan Budiey lihat skrin LED nya pun tak kurang hebatnya.

Kalau kita belek-belek kisah lama, Stacy pernah dikasari oleh penyanyi Indonesia, Agnes Monica semasa menjalani satu fotografi sekitar tahun 2010. Itu kisah lama tapi Budiey masih ingat lagi kejadian ini. Ternyata, Agnes Monica tidak dapat menghormati artis Malaysia. Cakap pasal Agnes Monica ni, bila la lagi agaknya Agnes akan datang buat konsert kat Malaysia ya? Budiey pernah hadir di konsert Agnes Monica yang pertama di Stadium Nasional beberapa tahun lalu. Memang gempak gak Agnes ni.

Hadir di Majlis Malam Bersama Bintang anjuran pada minggu lalu, Stacy mendendangkan lagu Pelangi Senja yang menjadi lagu tema Janji Shira. Menurut Stacy pada tahun 2013 ini, beliau mahu mencuba bakat dalam bidang lakonan pula. Itu pun kalau ada rezeki.

“Untuk tahun 2013 Stacy kalau boleh nak cuba kembangkan bakat dalam dunia lakonan. Itu pun kalau ditawarkan berlakon dalam mana-mana produksi. Stacy nak berlakon bukanlah untuk glamor tetapi lebih kepada untuk melihat di mana lagi kemampuan bakat Stacy selain menyanyi.

“Berlakon juga boleh melatih diri Stacy dari segi penghayatan ketika menyanyi. Bait-bait lirik yang kadangkalanya perlu kita faham sebelum menyanyi atau merakamkan sesuatu lagu. Kerana ini amat penting untuk seseorang penyanyi itu lebih menjiwai dan menghayati lagu-lagu yang akan disampaikan buat peminat.

“Dari segi watak, Stacy lebih selesa watak remaja yang kena dengan jiwa dan umur Stacy sendiri yang bersifat sempoi dan keremajaan itu terserlah. Sekiranya ditawarkan watak sebegitu, ia bakal merupakan pengalaman pertama Stacy yang tidak akan Stacy lupakan.”

Stacy kini sibuk menjalani penggambaran video klip single terbarunya berjudul “Bosan”.

Keaktifan Stacy dan peminatnya di alam maya membuahkan hasil yang lumayan apabila Stacy memenangi anugerah Favorite Malaysian Female Online Celebrity dalam DiGi WWWOW Awards melalui laman sosial Facebooknya. Selain itu, Stacy juga pernah memenangi beberapa anugerah seperti Artis baru Wanita Popular di ABPBH 2008 dan Lagu pilihan Hotlink di Anugerah Juara Lagu 24 menerusi lagu Pakai Buang.

Gambar Persembahan Stacy Nyanyi Lagu Pelangi Senja Stacy di Malam Bersama Bintang

Stacy Malam Bersama Bintang TV3

Stacy Malam Bersama Bintang TV3

Stacy Malam Bersama Bintang TV3

Komen via Facebook

Komen

Share
— 679 Bacaan