Video Siti Nurhaliza Nyanyi Lagu Terukir Di Bintang Yuna
9Dengan lenggok gaya alunan tersendiri, penyanyi Dato’ Siti Nurhaliza telah mengalunkan sebuah lagu yang layak ke pentas Anugerah Juara Lagu 27 dari Yuna berjudul Terukir Di Bintang.
Tidak tahulah pada orang lain, tapi bagi Budiey, ini adalah kali pertama Budiey dengar suara lunak merdu Siti Nurhaliza menyanyikan lagu Terukir Di Bintang. Memang best gak dengar. Siti juga ada mengaku yang dia tak pernah nyanyi lagu ini di depan khalayak.Kalau kat rumah memang selalu nyanyi kot dalam bilik air. Maklumlah lagu ni kan bunyinya sangat klasik dan mendayu pastinya menjadi kegemaran Siti Nurhaliza.
Sebelum meneruskan nyanyian, penyanyi yang bakal menjelajah ke Indonesia dalam siri konsertnya tahun depan itu berucap sepatah dua kata di depan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah dan isterinya, Sultanah Pahang, Sultanah Kalsom.
Menurut Siti Nurhaliza, beliau begitu gembira dapat menyanyikan lagu Terukir Di Bintang pada Malam Gala Pink Jazzy Affair atas memenuhi permintaan peminatnya. Siti juga turut mengkagumi penyanyi berkualiti seperti Yuna dan ianya harus dibanggakan kerana pencapaian Yuna sehingga ke peringkat antarabangsa sedikit sebanyak mengharumkan nama negara.
Jom tonton persembahan Video Siti Nurhaliza Nyanyi Lagu Terukir Di Bintang Yuna di Malam Gala Pink Jazzy Affair.“Patik rasa gembira kerana patik berdebar-debar juga Tuanku kerana ini adalah kali pertama patik buat persembahan untuk Pink Jazzy Affair. Alhamdulilah, sambutan amat menggalakkan. Patik bersyukur, patik sebagai anak seni, apa yang boleh patik bantu dengan suara nyanyian patik. Sama-sama kita doakan semoga ianya memberi cahaya harapan dan makna kepada pesakit-pesakit yang kita sumbangkan nanti.”
Apa pendapat anda dengan lagu Terukir Di Bintang apabila berada di tangan Siti Nurhaliza? Adakah ianya lebih baik, lebih sedap dari nyanyian penyanyi asal, Yuna?
Dari telinga Budiey, Yuna dan Siti Nurhaliza ada kelebihan masing-masing. Yuna ada cara dan stailnya dan Siti juga ada gaya dia sendiri. Siti Nurhaliza ada kekuatan kelebihan vokal yang dapat mewarnai struktur lagu dengan alunan yang lebih beralun dan membuai rasa. Budiey anggap, Siti Nurhaliza berjaya membawanya dengan baik, malah Budiey rasa lebih baik dari dendangan Yuna. Lagu ini sesuai sangat dengan suara dan vokal Siti Nurhaliza. Ini bukan untuk memuji tapi ini hanya pendapat dari Budiey.
Apa pula pendapat anda? Sila tulis kat ruangan komen ya.










betul, bagi saya pun Siti nyanyi lebih indah lagu ini jadinya.
sedap mcm mana pun lagu orang…
sory siket, yuna born in kedah, and hometown in batu gajah, perak!!!
yuna is better.
Dgr siti nyanyi lagu ni mmg terbuai n best sgt. Lg best dr yuna…
Bagi angah yang original adalah lebih baik , mgkin dato’ Siti bila dah dengar lagu nieh dan buatkannya lebih indah . Itu sahaja. Lagi pun sebelum lagu ni dah banyak lagu artis tempatan di olah semula dato Siti untuk versi beliau.
Mana bukti Yuna orang Pekan Pahang? Dia dilahirkan di Kedah dan org tuanya asal dari Kuala Kangsar Perak.Budiey sebagai orang yang tengah saya harap beritahu pada Dato Siti. Kalau tak pasti,jangan bercakap tambahan pula bercakap di hadapan Sultan.Malu
* Bukan Kuala Kangsar tetapi Batu Gajah
penyanyi asal Yuna lagi best nyanyi…sebab lagu dia kan..dan cara Yuna membawakan lagu ini sangat klasik bunyinya…