Video Siti Nurhaliza Nyanyi di Rumah Terbuka Media Prima
Di Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri & Deepavali Media Prima 2009 di Sri Pentas jam 3 petang tadi, Dato’ Siti Nurhaliza telah menghiburkan lebih 1500 tetamu dengan dua buah lagu iaitu Sesuci Lebaran dan Suara Takbir (lagu asal Allahyarham P. Ramlee).
Lontaran vokalnya padu seperti adanya, tetap rileks santai dalam keserian wajah anggun yang sentiasa menguntum senyuman berbunga, cahaya matanya mencari reaksi peminat di sekeliling, dari kanan – menabur kasih, menyubur cinta pada si anak-anak kecil yang gersangkan kasih sayang, dari kiri pula – meninjau-ninjau pada lensa-lensa dan cahaya flash yang memantulkan keserian pada foto-foto. Sedang Budiey terduduk seketika di kerusi mendepani pentas, bersungguh-sungguh mahu puaskan hati pembaca dengan menggunakan siku yang kian lenguh dibuat sebagai tripod untuk kamera Nikon D90nya. Moga video ini nampak terang pada mata penonton di youtube nanti.
Wajah Siti nampak macam makin putih dan agak kemerah-merahan sikit. Budiey percaya ramai mata yang tertumpu pada Siti ketika persembahannya siang tadi.
Budiey mulanya expect Siti nyanyi lagu baru dalam album Tahajjud Cinta tadi, tapi tak pe, mungkin takde rezeki. Lain masa la ek. Tapi dua-dua lagu ni kira boleh memeriahkan suasana rumah terbuka di penghujung Syawal ini.
SESUCI LEBARAN
SUARA TAKBIR
Tags: Siti Nurhaliza, Video Muzik
Tags: Siti Nurhaliza, Video MuzikClick on the following buttons to share this article with your friends:
Baca artikel lain yang berkaitan:





October 20th, 2009 at 3:08 am
suara siti masih hebatkah??
adakah sehebat dan selebat misai dato’ K?
October 20th, 2009 at 11:11 am
btol la budiey, muka dia nampak makin putih & kemerah-merahan..
bila produk kecantikan dia tu nk kuar ekk..
October 20th, 2009 at 9:22 pm
siti situ sana sini.
love her soo much!!!!!
hehehehhehee
October 21st, 2009 at 8:22 am
wah kak siti makin cantik n seksi lah…..syg kak siti….cepat2 dapat baby ea…..