in ,

Video Persembahan Aweera di Jelajah Anugerah Juara Lagu Ke-27

Ditampilkan pula kini, video Persembahan Aweera vokalis kumpulan Mojo di Jelajah Anugerah Juara Lagu Ke-27 di Melaka Mall yang diadakan pada 23 Disember 2012 yang lalu.

[dropcap]M[/dropcap]enurut Aweeeera, untuk persembahan di AJL27, Mojo sekarang tengah sibuk fitting baju, merancang untuk kelainan dan juga memilih gimik yang sesuai. Ya, Mojo akan menjanjikan sesuatu yang unik untuk persembahan bertemakan Ekspressi Seni. Apa-apa pun kita nantikan persembahan Mojo di AJL27 pada 6 Januari nanti.

[pullquote align=”right”]Selain itu, Mojo akan keluar satu lagi single terbaru (single kedua) yang berjudul Roman Cinta pada bulan Januari 2013 nanti.[/pullquote]

Tanpa ditemani oleh 3 orang anggota kumpulan Mojo yang lain, Aweera tetap memberikan persembahan hebat dan bertenaga di Jelajah AJL27 yang lalu. Dengan mendendangkan lagu dari Faizal Tahir berjudul Gemuruh dan diikuti dengan lagu yang menjadi finalis di AJL27 iaitu Andai Ku Bercinta lagi.

Lagu yang ditulis dan dicipta oleh Edry Abdul Halim ini dilihat antara lagu yang begitu catchy ala rock kapak zaman 90an dulu. Tak kurang ada yang kata lagu ini akan menjadi juara AJL27 kerana liriknya yang tidak terlalu puitis, senang difahami dan tempo serta komposisinya ada lenggok dan dinamik.

Korang rasa lagu Andaiku Bercinta Lagi ni strong ke tak?

Dunia serba berkemungkinan. Mungkin juga lagu Andaiku Bercinta Lagi akan dijulang sebagai juara, siapa tahu?

Selain lagu ni, Aweera juga nyanyi lagu Gemuruh dari Faizal Tahir

Remy Ishak Henry Golding

Remy Ishak Henry Golding

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Video Finalis AJL27 Amir Jahari Perform di Jelajah AJL27

Drama Salji Untuk Mabel Arahan Zul Huzaimy