in ,

Video Nabil Peluk Irma Hasmie di Anugerah Bintang Popular 2008

Memang ramai peminat yang happy apabila ABP kali ini mengangkat nama baru. Nabil, sememangnya 2009 dan 2008 adalah tahun untuk beliau. Mana-mana sahaja ada nama Nabil. Memang Nabil layak. Ramai yang buat andaian, kemenangan Nabil menjadi detik bermulanya kejatuhan Mawi?

Video ini mengabadikan detik kemenangan Nabil tatkala diumumkan oleh Adlin dan Sharifah Shaheera untuk dimahkotakan Anugerah Bintang Paling Popular 2008. Juga detik kegembiraan diekspresi dengan pelukan spontan kekasih Nabil iaitu Irma Hasmie. Mungkin bagi sesetengah orang, benda ni akan jadi isu. Apabila terlampau happy sangat, kekadang terlupa seluruh Malaysia menyaksikan detik kegembiraan ini. Tahniah Nabil!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Keputusan Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2008

Video Persembahan Dato’ Siti Nurhaliza Di Taman Teman di Anugerah Bintang Popular 2008