in ,

Video Muzik Terbaru Hafiz Hamidun Karimu Antallah

Bersempena kehadiran tahun baru Islam 1435H, pihak Arteffects International mengeluarkan video muzik terbaru Hafiz Hamidun iaitu Karimu Antallah, yang dipetik dari album Zikir Terapi Diri 2. Kandungan zikir di dalam klip video ini ialah; Ya Latif, Ya Khafi, Ya Hafiz, Ya Syafi, Ya Wafi, Ya Karimu Antallah.

[pullquote align=”right”]Video klip yang ringkas ini, telah dirakam di Bangunan BATA, di Damansara Perdana. Keunikan senibina bangunan ini yang mempamerkan rekaan moden sesuai dengan busana jubah Lawung tajaan Galeri Asfa, One Utama.[/pullquote]

Buat masa ini, sebanyak empat buah video dari album Zikir Terapi Diri 2 telah dirakamkan. Tiga daripadanya telah pun dimuat naik di YouTube termasuk Rabbi Zidni dan Allahu Ya Rahman. Baki 6 video klip zikir dari album ini akan dirakamkan pada awal bulan ini di Lombok, Indonesia.

Sehingga hari ini, album Zikir Terapi Diri 2 telah mencatat jualan 30,000 unit semenjak dipasarkan bermula pertengahan bulan ramadhan yang lalu. Album ini boleh diperolehi dalam bentuk CD, muat turun nada dering pemanggil, dan juga iTunes serta Google Play. Album ini merupakan kesinambungan album Zikir Terapi Diri edisi pertama, yang kini mencecah jualan 200,000 unit dalam masa 2 tahun.

Untuk pembelian terus secara pos, tempahan boleh dibuat dengan menghubungi / sms / Whatsapp ke nombor 6017-2812978.

Album Zikir Terapi Diri 2 diterbitkan oleh Arteffects International, dan diedarkan bersama oleh Warner Music Malaysia Sdn. Bhd.

Hafiz Hamidun Bakal Lancar Album Zikir Terapi Diri 2

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Kerjasama Shila Amzah & Warner Music Malaysia

ntv7 Continues To Stay Relevant & Fresh In 2014