in

Video Muzik Lagu Terbaru Asfan Shah Alasan Untuk Bahagia

Setelah single pertama penyanyi Asfan Shah berjudul Terhenti Di Sini melonjak naik selepas menjadi lagu tema drama popular Nora Elena serta baru baru ini lagunya Tak Cuba Untuk Kembali layak ke Semi Final Muzik-Muzik 2013, Asfan terus berkarya lagi. Kali ini single terbarunya Alasan Untuk Bahagia dilancarkan semalam.

Asfan Shah

[pullquote align=”right”]Menurut Asfan, dia sangat berharap agar lagu ini dapat diterima di hati peminat tanah air juga membantu dari karier seni beliau.[/pullquote]

Lagu ciptaan sepenuhnya Asfan ini merupakan salah satu yang bakal hits l menjadi sandaran syarikat rakaman 17Eleven Music Sdn Bhd. Lagu yang dirakamkan sepenunhya di NAR Studio ini mendapat sentuhan pemuzik-pemuzik seperti Ujang, Kelly, Gjie serta susunan stringnya diolah oleh saudara Eddie Marzuki.

Budiey dah pun dengar beberapa kali lagu ini, ternyata lagu ini memang best sehingga Budiey dah banyak kali ulang lagu ini. Mungkin, lirik lagu ini kena dengan kisah hidup orang yang putus cinta dan masih merindui kekasihnya itu. Kalau dengar balik, lagu ni memang sedih gak. Masa corus, vokal Asfan memang ohsem giler sebab dia memang pakar untuk mendalami lagu dan menyelami perasaan dalam setiap lagu yang disampaikan. Tahniah buat Asfan.

Video klip berdurasi 4.20 yang sangat ringkas ini menceritakan tentang kisah sepasang kekasih yang putus cinta. Mengambil latar belakang di atas bangunan, sekali tengok macam Asfan ni nak bunuh diri je. Tapi taklah, sebab dia sangat sedih kot sebab berpisah dengan kekasih. Selain itu juga, konsep muzik video ini menggunakan surat sebagai perantara antara mereka untuk meluahkan isi hati masing-masing. Ianya nampak agak nostalgik memandangkan sekarang ini zaman WhatsApp, Line dan sebagainya, pasangan ini masih lagi menggunakan cara yang lama macam orang dulu-dulu untuk putuskan tali kasih antara mereka. Sangat sadis walaupun style rambut Asfan macam rambut penyanyi Kpop tapi tak mengganggu penyampaian. Kira okayla, ohsem!

Asfan Shah

Ketika ini Muzik Video Alasan Untuk Bahagia telah dilancarkan dan boleh di tonton di Youtube Seventeen Eleven Music.

Laman Sosial Media Rasmi Asfan
Facebook: https://www.facebook.com/AsfanOfficialPage
Twiiter: @AsfanShah
Youtube: Seventeen Eleven Music

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Peraduan Menangi Jersi Cardiff City Eksklusif Dari Fizo Omar

TV2 Siar Drama Bersiri Korea Brain