in ,

Video Muzik Lagu Raya Pesawat Menjelang Syawal

Bersempena menyambut hari raya yang bakal tiba, PESAWAT telah melancarkan muzik video bagi lagu raya mereka yang berjudul ‘Menjelang Syawal’. Wow, tahniah atas usaha kalian. Sekurang-kurangnya, raya kali ini meriahlah dengan bertambahnya lagu raya di corang radio, kan? Budiey rasa, pasti ramai yang suka dengan lagu ni.

Yang Budiey rasa bestnya, muzik video ini juga menampilkan penyanyi dan pelakon Adibah Noor. Ada drama sikit, kira lagu ni ceria dan sempoi.

Diarahkan oleh Razaisyam Rashid yang pernah turut terlibat dalam menerbitkan muzik video pertama PESAWAT iaitu ‘Mirage’. Muzik video ‘Menjelang Syawal’ mengambil konsep filem pendek di mana jalan ceritanya telah diadaptasi dan diolah semula dari sebuah buku berjudul “Sepucuk pistol di dalam laci” nukilan Hadi M.Nor dan Sufian Abas.

Mengisahkan perseteruan antara dua kumpulan gangster iaitu Geng Punai dan Geng Garuda dalam menakluk kawasan di bandaraya Kuala Lumpur.

Muzik video ini menampilkan anggota band PESAWAT sebagai ahli Geng Punai manakala Adibah Noor sebagai Kak Pah, Rom Mohd Nor (pengasas majalah muzik ROTTW) sebagai Ketua Geng Garuda dan vokalis band Couple iaitu Aidil Rusli sebagai orang kanan Geng Garuda. Ini merupakan kali pertama ahli PESAWAT tampil sebagai pelakon utama.

PESAWAT dianggotai oleh Jipie (vokal/gitar), Mann (bass), Kudux (drums), NizamCamel (gitar) dan Danial (synthesizer).

Video Muzik Lagu Raya Pesawat Menjelang Syawal

Saksikan muzik video ‘Menjelang Syawal’ di www.youtube.com/pesawatube

Dengarkan lagu ‘Menjelang Syawal’ di http://soundcloud.com/pesawat/menjelang-syawal

More info:
www.pesawatmusic.com
www.facebook.com/pesawatmusic
www.twitter.com/pesawat

Di kesempatan ini, kami PESAWAT dan Pramugaru Music ingin mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa dan selamat menyambut Hari Raya. Maaf zahir dan batin.

Lirik lagu Menjelang Syawal

Lirik oleh Jipie
Muzik oleh PESAWAT

Terdengar Suara Takbir
Kalimah Agung dilaungkan
Riuh Rendah di dapur
Lemang Rendang dihidangkan

Budak budak di laman
Kecoh bermain mercun
Mengimbau kenangan
Sanak saudara berhimpun
Alangkah bahagia di jiwa
Tak dapat ku gambarkan
Rasa dalam hatiku
Anugerah yg gemilang Kau beri pada hambaMu
Di kala Syawal

Kini tiba masanya
Bergembira di Hari Raya
Ziarah menziarahi
Sengketa lalu tak usah dikenang lagi
Di Aidilfitri

Tak dapat ku gambarkan
Rasa dalam hatiku
Anugerah yang gemilang
Kau beri pada hambaMu
Menyambut hari kemenangan
Dengan penuh rasa syukur
Hanya satu yang ku pinta
Ampun dan maaf dari mu
Di kala Syawal

Selamat berHari Raya
Hanya Ampun Maaf ku pinta

Tak dapat ku gambarkan
Rasa dalam hatiku
Anugerah yang gemilang
Kau beri pada hambaMu
Menyambut hari kemenangan
Dengan penuh rasa syukur
Hanya satu yang ku pinta
Ampun dan maaf dari mu
Di kala Syawal

Selamat berHari Raya
Hanya Ampun Maaf ku pinta
Selamat berHari Raya
Hanya Ampun Maaf ku pinta

Download Menjelang Syawal to your phone now!
CRT: Type *131*224319# & press send (maxis)
Type CT 0127074 & send to 2000 (Digi)
Type CMT 123232 & send to 22990 (celcom)
Type CT 306176 and send to 28118 (Umobile)

FullSong: type GET 10561498 & send to 29000 (Maxis)
FullSong : type GET 23900629459 and send to 2000 (Digi)

Video Muzik Lagu Raya Pesawat Menjelang Syawal

Video Muzik Lagu Raya Pesawat Menjelang Syawal

Video Muzik Lagu Raya Pesawat Menjelang Syawal

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Buffet Ramadan Hotel & Restoran Malaysia 2012

Selebriti Popular Meriahkan Program Amal Kasih Ramadan